Borong Plain Shawl Murah Izzara Hijab

Wednesday, November 09, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Walaupun sekarang ni Fiza nampak tengah hot musim tudung bawal pucci, tudung bawal satin pucci, tudung bawal turkey, tudung bawal chiffon turki dan bermacam nama jenis lagi tudung bawal tapi Fiza tetap setia dengan shawl. Lagi-lagi plain shawl sebab tak lapuk dek zaman orang kata. Sentiasa relevan dan pratikal sepanjang zaman gitu..cewahh. Marah pulak peminat tudung bawal nanti. Apapun setiap orang ada citarasa masing-masing dan ikut kelesaan masing-masing.

Pada Fiza, plain shawl wajib ada sebab boleh disesuaikan dan boleh di gayakan dengan bermacam gaya. Nak buat gaya dan fesyen apapun boleh. Shawl pun lebar dan panjang. Dalam koleksi tak banyak warna plain yang Fiza ada, kali ni terus borong plain shawl banyak sikit dan dapatlah harga murah dari Izzara Hijab.



Sepatutnya Fiza borong beli 10 helai tapi disebabkan 2 warna takde stok dan pilih warna baru pun ada yang takde. Jadi, Fiza beli 8 helai je masih dapat harga murah lagi. Kalau korang borong 1 kodi 20 helai boleh dapat harga RM6.50 sehelai. Berbaloilah kan untuk tambah koleksi semua warna plain shawl dan untuk berniaga pun boleh.

Kali ni Fiza pilih warna plain shawl yang gelap sikit senang nak disesuaikan dengan plebagai event dan aktiviti. Suka warna pastel tapi mungkin macam kurang sesuai sangat nak pakai warna cerah ni. Jadi, pilih warna yang lebih sesuai je la.

Material dia so far chiffon yang best takdelah jenis chiffon yang keras tu. Heavy Chiffon yang senang di bentuk dan flowy. Kalau premium heavy chiffon mesti lagi flowy dan best pakai. Tapi takde pulak. Kalau ada mesti harga dia agak mahal sikit. Kain best dan kualiti haruslah mahal sikit kan. Kalau korang berminat nak beli borong plain shawl ni dengan harga murah belek-belek lah instagram Izzara Hijab. Selain shawl ada juga jenis tudung yang lain. Tunic pun ada!

With Love, Sihatimerahjambu

3 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.