Kejadian Tanah Runtuh dan Banjir Lumpur Lebuhraya KL-Karak

Friday, November 13, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Lebuhraya KL-Karak petang 11 November 2015 lepas memang menakutkan. Bila tengok gambar yang dikongsikan di facebook tu tak dapat bayangkan bagaimana keadaan mangsa yang berada di situ pada masa kejadian. Sekarang ni musim hujan, bermacam macam bencana boleh berlaku.

Tanah runtuh yang berlaku di Kilometer (KM) 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Lentang-Bukit menyebabkan laluan terhalang dan trafik sesak kedua arah. Pengguna jalan raya boleh mengikut jalan alternatif dari Kuantan keluar ke persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke persimpangan Genting Sempah.
http://www.azhafizah.com/

Setakat hari ni satu laluan telah dibuka untuk kedua arah sementara satu arah laluan masih lagi dalam proses pembersihan dan membaik pulih. Harapnya kerja kerja semua dipermudahkan dan laluan dibuka macam biasa sebab ianya adalah laluan utama yang biasa digunakan. Nasib baik juga ada jalan alternatif.
http://www.azhafizah.com/
Sumber dari google
Satu persatu bencana yang menimpa Malaysia. Peringatan buat kita sebagai hamba-Nya sentiasa mengingati kebesaran Allah SWT. Sabar menghadapi segala ujian yang diberikan oleh Allah.


With Love, Sihatimerahjambu

5 comments

  1. salam jumaat...
    semoga malaysia dilindungi Allah.. Amin...

    ReplyDelete
  2. ngerinya tengok keadaan macam ni kan..harap takdelah kejadian macam ni menimpa lagi..kesian orang yang dok lalu lalang kat sini

    ReplyDelete
  3. Masih ramai yang leka walaupun Allah dah tegur...

    ReplyDelete
  4. pernah lalu sini bila tgk papan tanda nyer.
    ni kes pembalakan haram ni.
    menyusahkan org awam!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.