Apa Yang Menyebabkan Mee Meggi Bertambah Sedap

Saturday, November 07, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Bila teringin makan meggi mesti kena masak sedap² baru lah sedap sesekali makan tu. Kalau rendam dengan air panas letak cili potong pun sedap juga cuma tak boleh lawan kesedapan bila ditumis dulu dan campur dengan bahan-bahan lagi penambah selera makan.

Apa yang menyebabkan mee meggi bertambah sedap adalah dengan menumis bawang putih dan cili api. Nak lagi sedap kenalah ada bahan tambahan macam ayam, sotong, udang, ketam, fishball, sosej dan lain lain. Nak melengkapkan rasa haruslah kena ada sayur sebab Fiza ni pencinta sayur. Lagi suka kalau letak sayur kailan sebab kurang pahit. Biasanya kalau takde sayur kailan, sayur apa pun boleh. Sawi ke, taugeh ke, lobak ke. Janji ada sayur. Tanpa sayur, rasa tak lengkap makan gitu. Nahh gitu pencinta sayur berkata-kata.

Paling suka kalau mee meggi masak ditambah dengan udang dan kurang kuah. Memang sedap! Kalau korang macamana pula? Ada yang suka berkuah ada yang suka kurang kuah ataupun bergoreng. Dalam banyak-banyak mee meggi, meggi kari paling sedap kan. Tapi sekarang dah ada samyang ramen tu terus kau orang berpaling tadah ye. Tapi nak makan selalu memang taklah. Mahal yang amat samyang ramen tu. Sesekali boleh la hadap kalau teringin makan.

Tapi tetap kalau tengok mee meggi kari terus terliur rasa meronta-ronta nak makan masa tu jugak. Betul tak?


Dulu masa zaman sekolah mesti mak marah makan mee meggi. Ye lah, mak bapa mana yang nak anak dia makan makanan yang tak berkhasiat kan. Kalau kerap makan memang bising lah mak. Curi-curi makan je selalunya. Tapi dah besar ni dah tahu kenapa mak selalu bising kalau makan mee meggi. Bila dah tahu, kenalah kawal nafsu makan mee meggi tu. Kalau teringin baru makan. Ataupun terdesak dah lapar sangat dan nak cepat makan dah tentu mee meggi pilihan terbaik masa  tu. Tak dapat dinafikan lagi. Betul tak? Tapi awas, jangan makan terlalu kerap. Sebulan sekali dah memadai. Lagi bagus, setahun sekali. Nak lagi bagus, tak payah makan mee meggi. Mampu ke?


With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

  1. leya pun kalau masak maggie tumis bawang dulu. memang sedap. nak nak kalau letak ayam, tapi kalau letak ketam pun sedap juga. hehehhe tak pernah makan lagi

    ReplyDelete
  2. Betul mewah sayur lagi best...lagi sedap..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.