Bahaya Buka Instagram

Thursday, October 22, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Uishhh apa yang bahaya buka instagram tu? Kalau buka instagram waktu pagi lagi bahaya. Dah kenapa pulak kan? Pagi pagi ni lagi bahaya buka sebab ramai peniaga online mula bekerja seawal pagi. Makanya banyaklah post gambar produk, baju, seluar, kasut, handbag, barang make up, dan macam² lagilah.


Dan dengan itu, mulalah rambang mata nak beli itu ini. Sangat bahaya untuk poket. Boleh rabak poket dibuatnya. Jadi nak selamat scroll laju laju. Tapi tak boleh jugak, tengok segala barang terus jadi celik mata hilang mengantok. Kan kan kan..

Scroll punya scroll habis masa kat situ ke sampai kerja tergendala. Pernah je jadi..sebab tu bahaya buka instagram..sebelum buka instagram, niat dulu. Niat untuk tengok gambar dan like je. Jangan shopping. hehehe..

Almaklumlah instagram kan dah jadi medium jual barang online yang sangat berkuasa. Barang lebih laku jual kat instagram sebab lebih ramai suka buka instagram.

Siapa kaki shopping banyak bajet no hal lah kan. Yang bajet ciput tu bawak bawak bersabar lah ye. Membeli ikut keperluan bukan kemahuan. Tapi kekadang tergoda. Tu yang susah nak elak...Ke Fiza je rasa camtu? Korang camne pulak? 
With Love, Sihatimerahjambu

14 comments

  1. HAHA. Kan. saya pun kekadang mcm tu jgak tapi now dah kurang dah sebab dah tahu apa tujuan duit tu dibelanjakan. ahaks. sebab nak mengumpul aset emas. hehe

    ReplyDelete
  2. Morning...
    samalah...bahaya gler buka IG skrg nie...huhu...
    nieyl biasanya akan buka IG shop jual shawl yg nieyl slalu beli je...huhuhu...
    yang lain x leh tgk...sat lagi duit dlm akaun merosot...hahaha

    ReplyDelete
  3. Sebab tu x suka sangat follow igshop, mudah tergugattt. Takut habis duit dalam bank tanpa disedari. Ahakss

    ReplyDelete
  4. hehe..bahaya ni..sy tgk camni pun boleh tergoda gak..huhu..nasib baik takde instagram :p

    ReplyDelete
  5. betul betul. haha. PG kalau buka instagram je, igshop ni lah sangat mendahului :D

    ReplyDelete
  6. Hahahaha....bila buka ig hati jadi cair ya..

    ReplyDelete
  7. Memang bahaya giller. sbbnya, syira memang dah sambar byk brg beli kt IG shop ni. tu la padahnya bila duk rumah je sementara cuti berpantang ni.. -____-

    ReplyDelete
  8. memang bahaya sebab terjebak sekali.. geram2

    ReplyDelete
  9. haha..betul tu..bahaya betul instagram ni...

    ReplyDelete
  10. Hahahha bahaya bahaya..rambang mata nnt...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.