Image Slider

Ikan Siakap Goreng Berlada

Saturday, May 30, 2015
Biasanya masak ikan siakap kukus ataupun ikan siakap 3 rasa tapi harini lain sikit masaknya. Masak ikan siakap goreng berlada  atau goreng kunyit. Lagi senang nak masak. Kalau dah namanya nak cepat masak, masak yang mudah je.

Yang penting kena masak pedas sebab husband orang nismilan suka pedas kahwin pulak dengan orang johor yang suka pedas jugak tapi kurang sikit lah. Memang masak apa pun kena pedas kecuali masak sayur :p Kalau dah dua dua menu pedas pingsan pulak nanti.

ikan-siakap-goreng-berlada

Cara masak macam biasa sama je dengan masak ayam goreng berlada yang Fiza dah share resepi ayam goreng berlada tu cuma bezanya kali ni ikan pulak. Sesekali tukar menu pun boleh. buat eksperiment masakan gitu.

Sambal Goreng Jawa

Friday, May 29, 2015
Sambal Goreng Jawa atau lauk lodeh kering versi Fiza memang mudah je sebab guna bahan simpe yang ada. Tak letak tauhu, sayur fucuk dan kentang. Walaupun bukan orang jawa tapi Fiza suka makanan jawa salah satunya tempe. Goreng tempe lepas tu cicah dengan sambal kicap pun sodap!

Dah jemu masak sayur biasa je. So menu hari ni luar biasa sikit la. Tapi masak biasa biasa je. Cukup sekadar ada sayur. Tak tahu kenapa panggil sambal goreng tempe sebab sambal sikit je rasanya. Ke namanya sayur tempe  jawa? Confused suda.

sambal-goreng-jawa

Bahan bahan
Tempe
Kacang panjang
Suhun
Bawang besar 1 biji
bawang putih 2 ulas
Cili kisar 1 sudu Kicap 1 sudu
cili merah besar 1
garam secukup rasa
Minyak masak
Ikan bilis dalam 7-8 ekor
Air

Cara cara
1. Goreng tempe sehingga masak kekuningan, angkat dan toskan. Kemudian ketepikan dahulu.
2. Potong kacang nipis², basuh dan ketepikan.
3. Rendam suhun dengan air bagi dia lembut sikit.
4. Blend 1/2 biji besar, bawang putih dan ikan bilis.
5. 1/2 biji bawang lagi potong² je.
6. Tumiskan bahan blend dan cili besar yang dah dipotong halus . Nak tumis sekali dengan bawang potong tadi pun boleh atau nak letak kemudian pun boleh. Tapi Fiza masuk sekali dan tumis.
7. Kemudian letak cili kisar, kicap dan garam sikit.
8. Masukkan air sikit dan masukkan kacang, kemudian suhun. Dah agak masak baru last sekali masukkan tempe yang dah digoreng tadi. Kacau sebati dan tutup api. Siap!

Ini cara bukan orang jawa masak. Kalau orang jawa masak lagi banyak sikit bahannya dan lagi sedap!

Cara Buat Popsicle Warna Warni

Thursday, May 28, 2015

Hari ni nak share Cara Buat Popsicle Warna Warni pulaklah. Nampak menarik betul warna warni macam ni dan dapat rasa pelbagai jenis flava dalam one popsicle. Pulak tu memang rasa pure buah sebenar takde bahan perasa tambahan. Nak buat pun senang je.

cara-buat-popsicle-warna-warni

Cara buat popsicle warna warni

1. Blend halus semua buah secara berasingan. Boleh pilih buah apa yang korang suka tapi kat sini buat menggunakan buah blueberry, strawberry, orange, nenas dan kiwi.
2. Untuk buat layer warna warni ni, mula mula masukkan jus pertama, kemudian bekukan seketika. Keluarkan dari freezer bila dah beku, kemudian masukkan layer kedua dengan jus kedua dan letakkan dalam freezer kembali sehingga beku dan lakukan step yang sama untuk semua layer. Untuk layer pertama tadi jangan lupa cucukkan stik di tengah² ye.
3. Biarkan popsicle beku dan bila dah cukup beku dah boleh makan.

Mudah sangat kan???Tengok gambar pun dah tahu macamana nak buat ^__^

Sumber dari Dapur Bumbu Praktis

Cara Simpan Resit Pembelian Harian

Selalunya bila kemas handbag atau purse mesti ada terselit macam macam jenis resit. Itu yang kekadang buat penuh purse je. Kekadang ade juga terselit dalam poket seluar bila nak basuh seluar tu. Ada juga resit yang nak kena simpan kalau beli barang elektrik yang ada warranty tu. Kalau simpan pun kekadang lupa letak mana kan.

cara-simpan-resit-pembelian-harian

Jadinya bila macam ni apakata jadi lebih sistematik letak dalam satu buku khas segala resit harian mengikut hari. Ini cara Fiza simpan resit pembelian/perbelanjaan harian. Tak kisahlah keluar duit beli apapun. Kalau takde resit Fiza just tulis je untuk rekod.

Bila dah buat macam ni kita nampak ke mana duit kita guna setiap hari. Make sure kena rajin la hari hari buat. Make sure clear dalam kereta, bag, purse tanpa sebarang resit untuk dimasukkan ke dalam buku tu.

cara-simpan-resit-pembelian-harian

Mula mula buat mungkin macam malas kan tapi bila dah makin penuh buku rasa semangat dan rasa patut buat hari hari dan jadi lebih disiplin lah kot. Dah macam kerja office pulak anak buah Fiza cakap. hahaha.. Tak kisahlah nak cakap apa.

Cara macam ni lagi senang kot nak rujuk balik atau nak check apa yang kita dah beli. Cara korang camne pulak? Meh share..ke buang je?

Fiza baru je buat cara ni awal bulan February hari tu. So belum proper sistematik lagi ni. Buku pun hampir penuh pemberian dari blogger Suriamanda. Alhamdulillah digunapakai dengan baik. Next year kena stand by buku tebal sikit dan lebih sistematik gitu.

Susun Atur Frame Gambar

Tuesday, May 26, 2015
Susun Atur Frame Gambar perjalanan kehidupan seorang yang bernama Fiza. Inilah dia idea yang biasa² je. Fiza susun dari masa bertunang, pre wedding, solemnization, resepsi sebelah Fiza dan resepsi sebelah husband

Kalau ada anak kena buat perjalanan pembesaran dia pulak. Doakan untuk Fiza dan husband ada rezeki anak ye. Mudah mudahan..Aminnn...

Guna frame stand macam ni lebih mudah tak perlu tarik stand kat belakang macam frame biasa tu. Plus yang ni lebih menarik dan jimat space boleh susun rapat² dan overlapped each others. Boleh guna both sides dan kalau jatuh xpecah pun sebab plastik.

susun-atur-frame-gambar


Ini baru susun atur frame gambar kat rak. Yang kat wall kemudianlah Fiza share sebab masih dalam plan nak susun atur betul². Gambar family, gambar konvo dan gambar kahwin. Cadangnya nak guna frame yang sama biar nampak sepadan je nanti. Projek deco² rumah sikit² ni amek masa lah kan. Lagilah nak raya ni, macam macam nak kena deco.

Jadual Entry Untuk Blogger

Bermula tahun ni  dah siapkan satu notebook khas untuk Jadual Entry Blog. Kononnya nak nampak macam blogger yang lebih bersistematik dan dah tentu Fiza jenis yang suka buat kerja ikut sistem. Nampak progress dan nampak sikit usaha kat situ untuk perbaiki cara yang lama. Itu cara Fiza la, setiap orang ada cara masing masing.

Bagi Fiza cara jadualkan entry lebih mudah nak rancang ataupun rekod segala aktiviti blog. Kalau ada idea Fiza akan tulis entry macam biasa dan buat autopublish. Tapi kalau sebaliknya Fiza akan masukkan dalam jadual setelah publish entry untuk rekod aktiviti blog juga. So nampak  full aktiviti blog setiap hari.
jadual-entry-untuk-blogger

Target Fiza nak tulis entry 4-5 entry sehari. Kadang² maintain dan kadang² kelaut. Susah sangat nak konsisten tapi itu bukan penghalang. Kena usaha kalau nak berjaya. Update entry banyak² ade orang baca ke? Tak kisah takde yang baca atau komen asalkan sesuatu tu kita share ada maklumat yang orang lain mungkin mencari jugak kan.

Adakalanya entry santai je. Tapi kalau ada yang bosan, itu masing² punya perasaan. Kita cuma manusia masing berhak merasa apa² pun kan. No problemo. Bergantung pada cara masing² dan masing² hebat dalam penulisan.

Alhamdulillah dengan cara ini kita nampak apa yang kita dah tulis dan mudah nak semak semula mana yang dah tulis. Cuma yang susahnya bila takde idea.. Dah boleh stress tetiba kat situ. Tapi nak jadi blogger kenalah jiwa kental, sayang haters dan terus berusaha. Usah dengar kata² mereka yang memberikan kata negatif, jadikan yang negatif itu positif. Okay?

nak cuba cara Fiza ni silakan, Sekadar berkongsi idea. Bila selak selak notebook ni rasa seronok macam buat kerja sekolah lah pulak..hahaha.


7 Resepi Mudah dari Nutella

Monday, May 25, 2015
Suka Nutella? Apakata cuba 7 Resepi Mudah dari Nutella ni. Sangat mudah dan yang penting mestilah kena ada nutella. Dengan adanya Nutella ni boleh buat kek keju bakar Nutella, Kek Nutella, Biskut Nutella, Cupcake Nutella, Aiskrim Pisang, Roti bakar Nutella bersama marshmallow dan Puding Nutella.

Gerenti terliur bila tengok semua menu ni kan. Tak perlu susah payah nak beli. Buat sendiri je. Fiza share untuk korang dan juga untuk diri sendiri nanti ada masa bolehlah nak buat kan. Agak² craving Nutella ke, baru lah rajin masa tu. Kom cuba pelbagai resepi mudah berasaskan Nutella yang sedap ni.


1. Kek Keju Bakar Nutella
resepi-mudah-dari-nutella


Bahan bahan Kek Keju Bakar Nutella
2/3 cawan Nutella
12 keping biscut 'Oreo', dihancurkan 
3 sudu besar unsalted butter, di cairkan
1 cawan cream cheese, dilembutkan
1 sudu kecil ekstrak vanilla
1 cawan whipped cream

Cara membuat
1. Masukkan biskut 'Oreo' yang telah dihancurkan dan mentega yang telah dicairkan ke dalam mangkuk. Dan bahagikan adunan ke dalam bekas untuk dihidangkan.

2. Masukkan cream cheese dan Nutella ke dalam pengadun dan pukul sehingga sebati. Kemudian, campurkan vanilla ke dalam aduanan. Gunakan sudip untuk menggaulwhipped cream dan kacau sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan untuk dimasukkan ke dalam bekas untuk dihidang. Tutup bekas dengan pembalut makanan dan sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 2 ja sebelum dihidangkan.

2. Kek Nutella

resepi-mudah-dari-nutella
Bahan Bahan Kek NutellaAnda hanya perlukan dua bahan sahaja iaitu:
240g Nutella
4 biji telur (bersuhu bilik)
resepi-mudah-dari-nutella

Cara-cara membuat 
1.Panaskan ketuhar kepada 180°C dan sediakan bekas acuan bulat kek berukuran 20cm dan ratakan kertas pembakar di permukaan acuan.

2. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul dengan laju sehingga benar-benar gebu. Ia akan mengambil masa selama 5-7 minit.

3.Sementara itu, masukkan Nutella ke dalam mangkuk berasingan dan panaskan ke dalam microwave selama 15-20 saat sehingga lembut. Kemudian, masukkan 1/3 daripada telur yang telah dipukul kedalam adunan Nutella. Pastikan anda menggunakan sudu besi untuk menggaul dengan cara menggulung adunan sehingga sebati. Selepas itu, masukkan telur yang selebihnya ke dalam adunan sehingga adunan sebati.

4. Masukkan adunan yang telah dikacau sebati ke dalam acuan kek dan bakar selama 25-30 minit. Untuk memastikan kek anda cukup masak, cucuk lidi ke dalam kek. Sekiranya tiada sisa yang melekat di lidi, ia bermakna kek anda telahpun masak secukupnya.

5. Biarkan kek sejuk sebelum dialihkan daripada acuan dan dihidangkan.


3. Biskut Nutella

resepi-mudah-dari-nutella

Bahan Bahan Biskut Nutella.
1 cawan Nutella
1 cawan (150g) tepung
1 biji telur
1/2 cawan (115g) gula kaster
resepi-mudah-dari-nutella
Cara membuat 
1.Panaskan ketuhar kepada 180°C dan sediakan kertas pembakar di atas dulang pembakar biskut.

2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengadun dan gaul sehingga adunan berbentuk doh. Anda juga boleh tambah cip coklat ke dalam adunan.

3. Ceduk satu sudu besar adunan dan bentukkan ke bentuk bulat. Kemudian, letakkan ke dalam dulang. Gunakan gelas rata untuk meratakan acuan ke bentuk leper.

4. Bakar selama 12 minit. Setelah dibakar, biarkan ia sejuk selama paling kurang 5 minit sebelum dialihkan ke dalam balang kaca atau dihidangkan.

4. Cupcake Nutella
resepi-mudah-dari-nutella
Bahan bahan Cupcake Nutella
1 cawan Nutella 
3/4 cawan (120g) tepung naik sendiri
2 biji telur yang dipukul sedikit

Cara membuat 
1.Panaskan ketuhar kepada 180°C. Sediakan acuan cupcake dengan 9 acuan dan letakkan kertas cupcake.

2.Masukkan Nutella, tepung dan telur ke dalam mangkuk. Campurkan adunan dengan sudu besi sehingga sebati.

3. Isi acuan cupcake dengan adunan dan bakar sehingga 20-25 minit. Cupcake yang cukup masak akan melantun kembali apabila di picit sedikit di permukaan dengan jari. 

4. Biarkan sejuk sebelum dialihkan dan dihidang.

5. Jika anda ingin menambah frosting, anda boleh campurkan 1 cawan Nutella bersamacream cheese. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan cupcake anda.



5. Aiskrim Pisang

resepi-mudah-dari-nutella

Bahan Bahan Aiskrim Pisang
Untuk membuat aiskrim pisang, anda hanya perlukan dua bahan sahaja iaitu:
2 sudu besar Nutella
2 biji pisang bersaiz besar

resepi-mudah-dari-nutella

Cara Membuat
1. Potong pisang menjadi kecil dan simpan ke dalam peti sejuk selama paling kurang 2 jam. Apabila pisang telah beku, masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut.

2. Kemudian, masukkan Nutella ke dalam pisang yang telah dikisar dan kisar untuk beberapa saat lagi.

3. Alihkan ke dalam mangkuk kecil. Taburkan sedikit cip coklat dan hidangkan.


6. Roti bakar Nutella bersama marshmallow
resepi-mudah-dari-nutella

Bahan bahan Roti bakar Nutella bersama marshmallow
Nutella 
marshmallow
roti 
mentega

resepi-mudah-dari-nutella

Cara membuat
1.Letakkan marshmallow ke atas sekeping roti dan sapu Nutella ke atas sekeping roti lagi. Masukkan sedikit mentega ke dalam kuali dan apabila sudah cair, bakar roti yang di letakkan marshmallow. Pastikan marshmallow berada di permukaan  kuali. Kemudian, letakkan roti yang disapu Nutella di atas roti yang sedang dibakar. Terbalikkan untuk lekatkan kedua dua roti.

7. Puding Nutella
resepi-mudah-dari-nutella

Bahan bahan Puding Nutella
500g Nutella
800ml krim pekat
1 sudu besar air panas
2 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar

Cara membuat
1.Kacau krim dan Nutella di dalam kuali dengan suhu serdahana selama 3-4minit atau sehingga lembut. 

2. Masukkan satu sudu besar air panas ke dalam mangkuk kalis panas dan masukkan sedikit serbuk agar-agar. Letakkan mangkuk tersebut ke dalam periuk berisi air mendidih. Kacau serbuk agar-agar sehingga ia cair.

3. Tuang agar-agar yang telah cair ke dalam adunan Nutella. Masukkan adunan ke dalam bekas untuk dihidang dan biarkan sejuk selama lebih kurang 6 jam. 

4. Sebagai hiasan, anda boleh letakkan sedikit whipped cream ke atas puding dan taburkan sedikit serbuk koko sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Credit info & image : sumber

Cara Masak Beras Moghul Faiza Basmathi

Cara Masak Beras Moghul Faiza Basmathi. Bagaimana caranya?  Ada sesiapa yang berpengalaman masak beras moghul faiza basmathi ni tak? Dah lama mencari cara masak beras ni dengan betul. Sebelum ni Fiza masak mesti melekat dekat periuk. Rugi pulak rasanya dah beli beras mahal tapi yang tepi² tu melekat kat periuk. Padahal kalau masak nasi biasa okay je pulak. Tetiba rasa macam tak pandai masak nasi pulak. Newbie gitu!

cara-masak-beras-moghul-faiza-basmathi

Google punya google dan ikut cara mereka tapi masih result yang sama. Melekat! Terbaca pulak kat satu blog ni rupanya ada cara masak kat packaging beras ni..Punyalah sengal tak baca kan. Haishhh..Salahkan diri sendiri. So dah ikut dah cara yang ni. Tapi tapi masih mengecewakan. Melekat jugak sikit². Macam hari hari kena buat eksperimen masak nasi lah pulak gayanya..kurangkan air, tambahkan air..lansung tak menjadi.=__='


cara-masak-beras-moghul-faiza-basmathi

Agak agak ada tak yang tahu cara yang terbaik nak masak beras moghul faiza basmathi tanpa melekat kat periuk nasi. Harap sangat ada yang membantu. Ke ada yang mengalami masalah yang sama jugak? Help help...

cara-masak-beras-moghul-faiza-basmathi
Camnilah bila lepas masak tu. Melekat kat periuk. Rugi kan?
cara-masak-beras-moghul-faiza-basmathi
Rasa suka dengan beras ni sebab cepat kenyang. Makan sikit je dah kenyang. Wangi pulak tu dan boleh memanjang dua kali ganda dari beras biasa. Sebab tu cepat kenyang dan lebih cepat masak. Ke? Lepas ni nak cuba beras herba ponni pulak. Kotlah tak melekat kat periuk dan dalam masa yang sama dapat menjaga kesihatan.

Mohon bantuan kalian..Terima Kasih :)

Menu Lunch Hari Ini

Cuaca mendung hari ni, baru je hujan turun. Dapat makan masakan panas dan pedas. Right timing betul masak Menu Lunch hari ni masak ayam goreng berlada dengan sayur campur

Ayam goreng berlada masak pedas² memang sedap. Siapa suka pedas memang best la makan. Berpeluh makan! Selalunya kalau masak goreng berlada Fiza suka goreng ayam separuh masak dulu. Kalau tak rasanya macam kurang sedap. Pada Fiza la.. Tapi ada je yang masak tanpa goreng ayam dulu. Ikut selera memasing lah kan.

menu-lunch-hari-ini

Sayur pun campur je la. Lebihkan masak sayur sebab kamiorang memang suka makan sayur. Kekadang ratah sayur je. Makan panas² lagi best dari makan sayur sejuk yang dah lama masak. Kalau boleh nak makan, baru masak sayur. Baru sedap! Lagipun masak sayur kejap je kan.

menu-lunch-hari-ini

Alhamdulillah rezeki untuk hari ni. Kotlah sesiapa belum masak lagi bolehlah masak menu camni jugak. Takde idea nak update blog hari ni, so kita update menu masakan je la. Bukan nak buat orang terliur..ampunnnn...

Cara buat Swiss Roll Bercorak

Sunday, May 24, 2015
Cara buat Swiss Roll Bercorak yang cantik dan comel dengan mudah je. Salah satu cara kreatif untuk menampakkan swiss roll nampak lebih menarik dan cara untuk pikat pelanggan membeli swiss roll. Kalau tengok pasti tergoda nak membeli kan.

Tapi kalau buat sendiri boleh buat macam macam corak yang korang nak. Nampak mudah je. Nak tahu caranya? Boleh rujuk semua gambar kat bawah ni. Petang petang ni kalau rajin boleh buat. Okay, boleh bookmark dulu entry ni ye. Takpun boleh print je entry ni tekan simbol screw di sebelah kanan atas entry ni.

cara-buat-swiss-roll-bercorak

cara-buat-swiss-roll-bercorak

cara-buat-swiss-roll-bercorak

cara-buat-swiss-roll-bercorak

cara-buat-swiss-roll-bercorak

cara-buat-swiss-roll-bercorak

cara-buat-swiss-roll-bercorak
Senang ke tidak? Tapi kalau rajin buat sure senang punya kan. Cantik pun cantik. Budak budak mesti suka makan kalau mak mama mummy dorang rajin buat corak camni..hehe




Panorama Masjid Wilayah Persekutuan


Panorama Masjid Wilayah Persekutuan yang cukup cantik. Kalau view dari atas super cantik sebab dapat tengok full design Masjid Wilayah ni. Semalam ke Masjid Wilayah Persekutuan sepupu husband akad nikah kat sini. Bertuah dapat buat majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan yang cukup indah ni. 

panorama-masjid-wilayah-persekutuan
Sumber dari google
Pembinaan Masjid Wilayah ini direalisasikan pada 25 Syawal 1416 Hijri bersamaan 15 Mac 1996 Masihi dan siapdibina pada 30 Ogos 2000 Masihi. Upacara serah milik kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) padaSeptember 2000 Masihi.Tapak binaannya berkeluasan kira-kira 13.4 hektar, iaitu di atas tapak bekas mahkamahdan pejabat kerajaan. Cadangan pembangunan Masjid Wilayah ini diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir ketikamenjadi Perdana Menteri keempat. Ia merupakan projek Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan diiktiraf berstatus Masjid Negeri.
Masjid Wilayah Persekutuan terletak di sebuah kawasan berbukit Jalan Duta, berhampiran susur masuk ke pusatbandaraya Kuala Lumpur dan Dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku SyedSirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail pada 18 Februari 2005 Masjid ini dinamakan MasjidWilayah Persekutuan adalah sebuah masjid berkonsepkan 'masjid dalam taman' telah pun dibina.Iamenggunakan konsep tradisi masjid-masjid Othmaniah di Turki,Rekabentuk senibina dan hiasan dalamanya pulaadalah merupakan kombinasi rekabentuk tradisi Melayu Malaysia dan Timur Tengah.Ianya terletak berhampirandengan Kompleks Kerajaan, Jalan Duta dan kini merupakan satu lagi mercu tanda di ibu negara.Masjid ini bolehmenmpung seramai 17,000 orang jemaah pada satu-satu masa.Keluasan keseluruhan bangunan adalah kira-kira47,000 meter persegi.Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan,masjid ini merupakan masjid yang termoden diMalaysia pada masa kini. Credit-masjidwilayah.gov.my

Bila dah dapat jejak dalam masjid yang besar ni of course lah nak explore sikit. Jom kita tengok panorama dalam masjid wilayah persekutuan ni. Cukup besar cukup cantik dan cukup bersih. Paling kagum dengan ukiran masjid ni.
panorama-masjid-wilayah-persekutuan


panorama-masjid-wilayah-persekutuan

panorama-masjid-wilayah-persekutuan

panorama-masjid-wilayah-persekutuan

panorama-masjid-wilayah-persekutuan

panorama-masjid-wilayah-persekutuan


panorama-masjid-wilayah-persekutuan

panorama-masjid-wilayah-persekutuan

Gambar pengantin takde, pengantin lama ada..Of course nak amek gambar juga.

panorama-masjid-wilayah-persekutuan

panorama-masjid-wilayah-persekutuan

Ini je yang sempat explore..Kemudahan semua lengkap kat Masjid ni, kalau buat majlis nikah kat sini pun ada dewan makan, ade lif, ade escalator dan lain lain kemudahan. Lain kali boleh singgah solat kat sini lagi.

Print Baju Murah Di Print Kaler Shah Alam

Thursday, May 21, 2015
Print Baju Murah Di Print Kaler Shah Alam | Nak print baju mesti nak cari harga murah dan kalau boleh murah yang berpatutan. Trend sekarang kalau kenduri, rewang, family day dan event apa pun mesti nak pakai Tshirt yang sama. Servis printing baju di Print Kaler adalah yang terbaik! Murah, Cepat dan Berkualiti.

Tak perlu dah nak pening cari servis printing murah di area Shah Alam. Bukan setakat di Shah Alam je, Print Kaler juga mengambil tempahan di seluruh Malaysia. Nak order sikit nak order banyak contact je Print Kaler sedia membantu.

print-baju-murah-di-print-kaler-shah-alam

Print Kaler menawarkan service printing baju yang terbaik dengan pelbagai design baju mengikut design anda sendiri dengan kualiti yang pasti terbaik. Yang PENTING cetak baju dengan Print Kaler anda akan dapat 3 perkara: 

Cetak Baju termurah!! Cetak baju siap cepat!! Cetak baju kualiti terbaik!!


Sangat berbaloi kalau tempah dapat semua ni kan? Untung membayar dan dapat servis yang macam ni. Bukan cakap kosong tapi rata rata pelanggan Print Kaler sangat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan.

print-baju-murah-di-print-kaler-shah-alam

Print Kaler adalah sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman dalam bidang percetakan dan sulaman berkomputer untuk pakaian. Print Kaler telah beroperasi sejak 2011 lagi dan dari hari ke hari, Print Kaler telah mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan kerana harganya yang murah dan berkualiti.

print-baju-murah-di-print-kaler-shah-alam

Semua pelanggan yang buat tempahan ulangan dan berpuas hati dengan servis Print Kaler makin meningkat. Mereka bukan sahaja menjalankan perniagaan secara offline malah secara online bagi memudahkan pelanggan melihat hasil kerja tangan mereka dan bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat.

print-baju-murah-di-print-kaler-shah-alam

Print Kaler dimiliki sepenuhnya oleh APS Group Industry Sdn Bhd yang dikendalikan oleh anak muda yang minat dalam cetakan baju bermula dari alam universiti lagi. 

Print Kaler Menawarkan printing Tshirt murah yang terdiri daripada pelbagai jenis material seperti :
- Custom Made Shirt
- Double Interlock ITT
- Double interlock TINT
- French Ribs
- Lacoste CT – 220GSM
- Lacoste TC – 200GSM
- Lacoste CVC – 220GSM / 240GSM
- Microfibre Dry Fit
- Round Neck 100% Cotton – 200GSM
- Stair Cloth (Knitting Corporate TShirt)
- Local – Ready Made T-Shirts

Berikut Adalah Harga Yang DiTawarkan atau boleh rujuk harga disini.
100 – 150 helai : RM9.90 sehelai
151 – 200 helai : RM9.00 sehelai
201 – 250 helai : RM8.50 sehelai
251 – 500 helai : RM8.00 sehelai
501 – 1000 helai : RM7.70 sehelai
1000 helai ke atas : RM7.50 sehelai

print-baju-murah-di-print-kaler-shah-alam
Selain menjual t-shirt yang telah siap, Print Kaler juga menawarkan perkhidmatan menjahit mengikut design yang telah diberikan oleh pelanggan seperti :
- Baju korporat / F1 
- Baju muslimah 
- Jaket varsity 
- Baju raglan
- Jaket korporat
- Vest
- Baju chef
- Apron

print-baju-murah-di-print-kaler-shah-alam

print-baju-murah-di-print-kaler-shah-alam

Print Kaler juga menawarkan perkhidmatan cetakan untuk cenderahati korporat seperti button badge, Woven Bag, topi, tuala, beg, pen dan lain-lain lagi.

print-baju-murah-di-print-kaler-shah-alam

Antara pelanggan-pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan Print Kaler adalah UMW Equipment,UMW Advantech, UMW Corporation, UiTM, UNISEL, TV3 Bersamamu, UIA, UPM,USM, Perodua ,PDRM, TUDM dan banyak lagi.
print-baju-murah-di-print-kaler-shah-alam
Sekiranya anda ingin membuat sebarang tempahan bolehlah pergi ke Print Kaler di Shah Alam atau layari website mereka di :

APS Group Industry Sdn Bhd
Tingkat 3, Bangunan PTAR 1,
UiTM Shah Alam,
40450,Shah Alam
Selangor
TEL: 013.594.2697
Email: sales@printkaler.com.my
Facebook: Print Kaler
Instagram: @PrintKaler
Twitter: #PrintKaler

Auto Post Signature

Auto Post  Signature