Threads ni lagi bahaya rupanya ye. Asal viral je, mesti terhasut nak membeli. FOMO pula nak mencuba Vanilla OTR. Salah satu versi air minuman OTR (On The Rock) yang sedap katanya.

OTR 2 espresso shots + vanilla powder + rose syrup + espresso crème crown

Begitulah resipi Vanilla OTR yang mereka kongsikan di Threads. Saya menurut saja. Bukan saja tertarik dengan warnanya tapi tertarik juga nak tahu rasa vanilla OTR ni.

Vanilla OTR Coffee Bean And Tea Leaf

Pertama kali rasa kopi campur sirap rose. Mulanya rasa kopi pahit-pahit sikit sebab add on espresso creme crown tu kan. Mujurlah tak ambil 3 espresso shots tu. Lagilah pekat dan kuah rasa kopi dia. Hujung-hujung barulah dapat rasa sirap rose tu. 

Dia macam ala-ala sirap bandung campur kopi pekat kot kan. Sedap juga gabungan kopi dan sirap rose. Rasa tak pelik sangat dan saya suka. Boleh repeat beli kalau rasa teringin. Ye lah, sesekali nak juga bertukar menu kopi kan. 

OTR 16oz - 2 Espresso Shots (Vanilla powder +Rose syrup +espresso creme crown) harga RM14.60 order guna grab. Kalau di store atau guna apps murah sikit.

Selamat menyambut Hari Malaysia 2026 yang ke-63 tahun. Selamat bercuti semua.

Harini mesti ada banyak promosi sempena Hari Malaysia. Kan?