Hari Sabtu minggu lepas Encik Suami ke pasar beli barang dapur. Saya tukang senaraikan apa yang perlu. Dah pesan siap-siap kalau nak beli keladi tu pastikan ada siput sedut sebab nak masak siput sedut masak lemak cili api campur keladi.
Disebabkan dah lama tak muncul siput sedut ni di pasar, saya pun jadi kurang teringin dah. Jadi dalam list apps note tu saya tandakan KIV je. Nanti-nantilah beli kalau rasa teringin. Tiba-tiba ada pula di pasar tu.
Bila teringin seekor pun tak nak muncul, bila tak teringin meriah pula datang sekampung. Menduga kesabaran betul lah kan.
Nak dijadikan cerita, Encik Suami dah beli baru call cakap dah beli siput sedut. Makanya kenalah beli keladi. Dan kita terpaksalah juga merajinkan diri berlamaan di dapur tu.
Akhirnya dapat jugalah siput sedut yang dihajati. Alhamdulillah...
Dapat pula siput sedut yang segar, masih hidup lagi. Ada hikmahnya tak dapat makan sebelum ni, sekarang dapat yang elok-elok semuanya. Segar dan masih hidup lagi.

Saya rendamkan dengan air garam. Memanjat masing-masing melarikan diri.

Besar-besar saiz siput sedut ni. Memang puas hatilah membeli. Siput saiz dewasa rasanya ni kan. Encik Suami beli sekilo, RM26. Harga boleh tahan juga tapi berbaloi dengan saiz dan segarnya siput sedut ni.

Ni nak masak ke nak ambil gambar ni. Teruja kan dapat siput sedut segar. Lama pula tak makan siput sedut masak sendiri. Jadi jakun kejap.

Salah satu punca kerja masak jadi lambat sebab inilah, sibuk nak ambil gambar. Bila nak siapnya. Kalau mak ada ni confirmlah kan kena bebel. Tapi bebelan tu lah yang dirindui bila dah tiada. Hmmm...sedih lagi!

Saya gunakan gunting je untuk memotong tapi yang keras tu terpaksalah guna pisau besar potong ayam tu. Dah potong, saya rendam lagi dengan air garam 5 minit macam tu, bilas beberapa kali sampai bersih dan barulah ke proses memasak.

Sebelum proses bersihkan siput sedut, saya rebus dulu keladi ni bagi empuk. Nanti baru campurkan dengan siput sedut. Orang masak campur batang keladi, tapi saya campur keladi, batangnya pun tak berapa nak ada.

Jangan tanya saya jenis atau nama keladi ni, saya tak tahu.
Mudah nak masak siput sedut masak lemak cili api ni. Yang buat susahnya nak memotong bawah tu ambil masa sikit. Tapi sangat berbaloilah dapat makan siput sedut segar dan besar ni masak lemak cili api campur keladi ikut selera sendiri.

Masak sendiri juga puas hati dapat makan lebih. Lambat lah sikit makan tengah hari hari tu disebabkan siput sedut sibuk bergambar. Ehhh...

Alhamdulillah..kadang rezeki tu datang tanpa disangka. Dia datang lambat sebab nak bagi kita yang terbaik. Orang yang sabar pasti akan dapat yang terbaik dengan izin Allah.

Selepas rendam dengan air garam. Bilas dan toskan untuk proses seterusnya memotong bawah siput sedut tu. Nak panggil apa bahagian bawah tu ek?

Saya gunakan gunting je untuk memotong tapi yang keras tu terpaksalah guna pisau besar potong ayam tu. Dah potong, saya rendam lagi dengan air garam 5 minit macam tu, bilas beberapa kali sampai bersih dan barulah ke proses memasak.

Sebelum proses bersihkan siput sedut, saya rebus dulu keladi ni bagi empuk. Nanti baru campurkan dengan siput sedut. Orang masak campur batang keladi, tapi saya campur keladi, batangnya pun tak berapa nak ada.
Jadilah campur keladi pun, dapat juga makan keladinya tu. Campur keladi ni nak bagi pekat sikit kuah tu, barulah sedap dimakan. Tapi ada orang suka makan tanpa campur keladi. Ikut selera masing-masing lah ye.

Jangan tanya saya jenis atau nama keladi ni, saya tak tahu.
Siput sedut masak lemak cili api campur keladi masak cara Fiza
- Potong keladi dan rebus sampai empuk. Dah masak, tos dan ketepikan dahulu.
- Tumbuk cili api dan kunyit hidup.
- Masukkan siput sedut yang telah dibersihkan bersama bahan tumbuk, serai di ketuk, asam keping, garam bukit kasar dan santan segar. Saya guna 2 bungkus santan segar.
- Hidupkan api dapur perlahan dan kacau-kacau bagi santan tu elok jangan sampai pecah minyak dan berketul-ketul. Lama sikit nak mengacau ni. Tapi kadang saya biarkan je dulu dan nak masak tu barulah rajin mengacau sampai elok santannya.
- Bila dah masak tu bolehlah masukkan keladi dah siap rebus tadi tu dan kacau rata. Biarkan seketika bagi sebati dengan kuahnya.
Mudah nak masak siput sedut masak lemak cili api ni. Yang buat susahnya nak memotong bawah tu ambil masa sikit. Tapi sangat berbaloilah dapat makan siput sedut segar dan besar ni masak lemak cili api campur keladi ikut selera sendiri.
Dapat makan kuah pekat sikit dan pedas sikit. Kami kan orang Johor dan Nismilan yang pempedas. Kena pedas sikit baru sodap! Bahan-bahan pula ditumbuk dengan kasih sayang. Mabelesss rasa dia.
baca juga : resipi siput sedut masak lemak cili api

Masak sendiri juga puas hati dapat makan lebih. Lambat lah sikit makan tengah hari hari tu disebabkan siput sedut sibuk bergambar. Ehhh...

Alhamdulillah..kadang rezeki tu datang tanpa disangka. Dia datang lambat sebab nak bagi kita yang terbaik. Orang yang sabar pasti akan dapat yang terbaik dengan izin Allah.
Okay, dah habis rasa teringin makan siput sedut masak lemak cili api campur keladi. Boleh beralih ke menu lain pula.
24 Comments
Hehe.. selalu macam tu kan, Fizah. time cari dia takde. Time tak cari, belambak-lambak semua orang jual. 😁 Pandainya Fizah masak siput sedut. Percaya tak, akak tak pernah masak siput sedut ni, sebab akak tak tahu potong ekor atau belakang dia tu, berapa banyak. Kalau terpendek atau tak cukup potong, susah nak sedut keluar, orang kata. Itu yang akak selalu beli saja. Tapi memang puas hati, masak sendiri di rumah ya, Fizah. Alhamdulillah, hilang teringin. Good job, Fizah. 😋👍
ReplyDeleteKannn...Lainkali tak yah beria nak cari. Buat tak tahu, senang nanti nak jumpa. hihihi...
DeleteDah biasa juga masak siput, jadi tahulah juga caranya tu. Potong sikit je jangan potong banyak. Kena cuba nanti Kak Nur, boleh masak ikut selera sendiri. Alhamdulillah puas hati dah dapat makan siput sedut masak lemak cili api campur keladi.
Yang malas nak beli siput fresh ni bab nak buang hujung tu la. Sedapnya masak sendiri puas makan.
ReplyDeleteBetul, setuju sangat! Tu yang paling leceh sekali. Alhamdulillah masak sendiri lagi berselera makan.
DeleteLast week aunty cari siput sedut ni... tapi kat pasar cakap bukan musim
ReplyDeleteSaya dah berbulan cari kat pasar takde uncle. Ni baru jumpa. Agaknya baru musim kot uncle. Tak lama lagi tu dah sampai musim nanti sampailah kat pasar rumah uncle.
Deletesaya suka makan siput sedut...versi yg dh masak la..mkn kat kedai jer..tak pernah masak sendiri. siput versi hidup tu saya geli plak menengoknya hahahah
ReplyDeleteHihi..dah siap makan tu senang kan, terus makan je.
DeleteBetul tu part potong bontot dia tu yang laceh tapi bila dah masak pergh gigih menyedut isinya.
ReplyDeleteKann..masak punyalah lama. Nak makan tu sekejapan je siapnya. hihihi...
Deletelama tk mkn siput sedut..biasa MIL yg masak la...
ReplyDeleteMasakan mak-mak kita memang the best. Alhamdulillah...
DeleteKat pasar tempat wak ni, dia orang jual siput sedut yang dah siap potong bontot.
ReplyDeleteTinggal cuci dan masak aje.
Batang keladi pun ada yang dah siap siang.
Wah bagus betul macam tu wak. Balik rumah tinggal bersihkan dan masak je. Pasar mana tu wak?
DeleteI have never eaten snails! Thank you so much for sharing. :)
ReplyDeleteYou’re welcome! If you ever get the chance, you should try.
DeleteAlhamdulillah...Dapat jugak apa yang dihajati ye meskipun dah lamaaaaa teringinnya tu .. Siput sedut, faveret mak sayaaaa...Hehe..
ReplyDeleteDah boleh teringin menu lain pulak ye 😄 Menu apa agaknya..
Alhamdulillah...akhirnya muncul juga siputnya.
DeleteTak tahulah apa yang teringin makan lepas ni. Harap tak susah nak cari. hihihi...
Aduh menggoda sungguh!
ReplyDeleteBetul, kalau dah rezeki kita cepat atau lambat tetaplah dapat juga.
Betul sangat tu kak. Kalau dah rezeki tak kemana lah dia. Cuma masa tu cepat atau lambat je kita dapat.
DeleteAlhamdulillah...
Masak lemak , kalu ciknur kuah je mkn siput kasi org lain
ReplyDeleteDulu arwah mak rajin Masak dan mencari siput ni paling bestttt
Zaman kanak2 la
Ohh macm tu. Sebab Cik Nur tak makan siput ye? Bestnya tu cari siput sendiri, dapat makan siput segar. Seronok kan terkenang zaman kanak-kanak tu.
DeleteSaya tak makan spesis macam ini.Tak tahu kenapa., mungkin sebab tak diajar makan sejak kecik atau mak/bapa pun x makan. Jadi tak pernah teringin nak cuba makan.
ReplyDeleteOhh faham faham. Selalunya macam tu lah kan.
Delete