Lama betul tak jengah Google Analytics untuk semak performance blog. Rasa macam dah malas dan macam merajuk sejak trafik blog merundum. Lagipun kita bukan pandai sangat nak tengok dan analysis. Tahu-tahu gitu. Setakat tengok users online dan beberapa lagi tu tahu lah.
Bab teknikal lain? Hauk! Nak kongsi pun tak berapa nak tahu. Nanti orang kata buat-buat pandai pula. Baru-baru ni sajalah jengah. Sekali tengok. Eh, meriah betul dari pelbagai negara datang menjengah. Mendonia blog saya tiba-tiba.
Entah-entah orang lain biasa je benda ni. Kita je terlampau excited. Takpe, kita raikan sekecil-kecil kejayaan. Why not!

Pernah nampak juga blogger lain share yang pengunjung blog ramai dari China. Tak pasti apakah sebabnya kan. Selagi tak kacau takpa. Macam ni buat kita tambah semangat lagi nak berblog. Kann...
12 Comments
Wah ramai dari china. entry apa agaknya yang mereka duk baca tu ye?
ReplyDeleteYe, tak tahu lah apa yang dicari tu.
DeleteKadang tu, dari Israel pun ada 😅
ReplyDeleteUishh..itu seram. Entah apa nak nya kan.
Deleteinternational sgt!!! syabbasss
ReplyDeleteTerima kasih. Sama-samalah kita mendunia.
DeleteBila ramai ni macam bersemangat sikit. Tapi bila tengok yang view lagi ramai dari Malaysia atau Indonesia ni mcm pelik juga.
ReplyDeleteBolehlah kan buat tambah semangat kita. Itulah tu, semacam juga kan.
DeleteKak SA banyak dari Brazil dan China
ReplyDeleteWah dasyat ada Brazil lagi tu. Marilah kita sama-sama mendunia. hihi...
DeleteWah, blog kak mendunia ya. Di negara China, ada sebuah wilayah unik. Orang di daerah sana berbudaya Melayu, bertutur bahasa Melayu dan masakan dia pun macam kita. Itulah wilayah Hainan. Saya tonton di Youtube, saluran Warna Malaysia, "Ada Kampung Melayu Tersembunyi Di China". Mungkin merekalah yang berkunjung ke blog kak aphizha
ReplyDeleteSesekali je ni. Baru nak merasa. huhu...Ohh baru saya tahu. Terima kasih share. Mungkin jugalah kan. Saya pun tak pasti.
Delete