Lama betul tak jengah Google Analytics untuk semak performance blog. Rasa macam dah malas dan macam merajuk sejak trafik blog merundum. Lagipun kita bukan pandai sangat nak tengok dan analysis. Tahu-tahu gitu. Setakat tengok users online dan beberapa lagi tu tahu lah.

Bab teknikal lain? Hauk! Nak kongsi pun tak berapa nak tahu. Nanti orang kata buat-buat pandai pula. Baru-baru ni sajalah jengah. Sekali tengok. Eh, meriah betul dari pelbagai negara datang menjengah. Mendonia blog saya tiba-tiba.

Entah-entah orang lain biasa je benda ni. Kita je terlampau excited. Takpe, kita raikan sekecil-kecil kejayaan. Why not!

Blog Mendunia Tiba-Tiba

Pernah nampak juga blogger lain share yang pengunjung blog ramai dari China. Tak pasti apakah sebabnya kan. Selagi tak kacau takpa. Macam ni buat kita tambah semangat lagi nak berblog. Kann...