Lepas solat Maghrib, kami terus gerak ke Uptown Sports Bangi yang tak jauh dari The Everly Hotel. Tapi lambat sikit sampai, janji pukul 8.00 malam. Janji melayu kan...
Ingatkan kita dah lambat, rupanya ada lagi yang lambat. Jadi, kami bukan punca lambat lah. Mana yang ada main dulu. Saya tak mainlah, hanya jadi pemerhati di tepi je walaupun ada raket baru beli tu.


Ingatkan kita dah lambat, rupanya ada lagi yang lambat. Jadi, kami bukan punca lambat lah. Mana yang ada main dulu. Saya tak mainlah, hanya jadi pemerhati di tepi je walaupun ada raket baru beli tu.

Dah lama rasanya tak menepek. Sebelum ni rajin juga main badminton depan rumah di kampung. Sekarang tak lagi. Main guna raket kesayangan arwah abah. Arwah abah memang aktif main badminton dulu. Aduh, rindu pula.
Pertama kali ikut Encik Suami main badminton di sini. Sebelum ni berdesup pergi sini lepas kerja, balik rumah lambatlah. Bila main hari Sabtu, dapatlah saya ikut sekali.
Untuk harga sewa court 1 jam saya tak pasti berapa. Bila main ramai-ramai, banyak sikit sorang lah konsepnya. Meriah full house semua court. Bagus masing-masing semangat bersukan.
![]() |
beria orang tu nak smash |
Dah main beberapa round, dah nak hujung-hujung berlaga raket pula dengan team mate. Patah dan bengkok terus. Raket murah kita berlaga dengan raket mahal. Baru beli dah patah bengkok macam tu sekali ek. Kalah pemain pro.

Tandanya tu kena beli raket yang lebih baik. Habis main jam 10.00 malam sebab booking court 2 jam. Terus lapar sebab tak makan malam lagi. Sebelum gerak tadi sempat minum air mineral je.
Kami terus cari kedai makan di TikTok. Nampak macam menarik dan buka sampai lewat malam. Tapi indah khabar dari rupa. Malas nak review sebab servis dan makanan dia mengecewakan. Rasa macam tak kenyang dan tak puas makan.
Konon balik hotel nanti nak order dine in room dan mengopi, sekali sampai hotel dah habis waktunya. Cut off time jam 11.00malam. Kempunan lah kita. Pesan makanan guna grab delivery je lah. Pesan kopi dan gyoza, kebetulan ada jual di kedai yang sama.
Gyoza sedap tapi kopi tak berapa. Spanish latte dia rasa susu pekat kuat yang amat. Macam bancuh susu pekat dengan air panas je, kopi macam rasa tak rasa je. Air kopi sejuk dia pula tawar. Nampaknya tu je lah rezeki kami malam tu. Yang ni pun malas nak review. Hampa.
Oppss...maaf termeluah emosi pula.
Anyway, happy wedding anniversary kami. Tak ada sambutan wedding anniversary yang fancy, potong kek ke candle light dinner ke. Tak ada. Tak sempat nak merancang apa-apa, cukuplah berehat stay di hotel je. Itupun tak rehat sangat. hihi...Jadilah kan.
Anyway, happy wedding anniversary kami. Tak ada sambutan wedding anniversary yang fancy, potong kek ke candle light dinner ke. Tak ada. Tak sempat nak merancang apa-apa, cukuplah berehat stay di hotel je. Itupun tak rehat sangat. hihi...Jadilah kan.
Kalau tak pergi Desaru haritu mungkinlah sempat nak rancang aktiviti itu ini atau jalan-jalan sana sini. Tapi dah pergi Desaru, jalan-jalan kira dah celebrate dah tu. Celebrate awal tak kalut.
16 Comments
kopi tapi takda rasa kopi huhu sedihh. hilang nikmat kan?
ReplyDeleteTahu takpe! Kecewa betul. Kita nak kopi, bukan air susu rasa kopi sipi-sipi.
Deletekenangan wedding anniversary tahun nie...
ReplyDeletetapi yang best, dapat tido hotel, kira meraikan la juga kan?
semoga bahgia selalu buat fiza dna suami
Ye, betul. Meninggalkan kenangan lain sikit. Ya, tidur hotel tu yang best tu. Boleh jugalah kira macam tu kan.
DeleteAamiin...Terima kasih Linda. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan untuk Linda dan keluarga.
bestnya main badminton, jika jadi penunggu keseorangan begitu ku rela cari satu siri drama, layan sampai habis.
ReplyDeletetidak kiralah apa kenangannya, jika di buat sempena hari istimewa terasa lebih bermakna.
happy anniversary awak!
Hihi..tak rajin nak layan drama. Kita jadi pembakar semangat husband main badminton.
DeleteKenangan tu yang mahal kan. Terima kasih Sya.
Happy anniversary Fizah dan Suami. Semoga bahagia till jannah.
ReplyDeleteSaya pun malas nak jadikan entri kalau makan di tempat yang serba menyakitkan hati. Nanti terlepas pula perkataan tak bagus kalau ditulis. Yang sedihnya sebab tempat yang diviralkan kehebatannya, tapi bila sampai jauh panggang dari api. Dua minggu lepas, ada dua tempat viral kami pergi, tapi indah khabar dari rupa. Jadi delete terus gambar!
Aamiin...Terima kasih Kak Amie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan atas doa kak Amie untuk kami.
DeleteItulah tu, rasa sakit hati malas terus nak buat entri. Barulah cadang nak buat sebab macam menarik tempatnya. Sekali hampa. Yang delivery pun sama. Kopi tak seperti kopi. huhu...
Ohhh happy anniversary kak Fiza 🎉🎉🎉🎉. Rukun dan langgeng selalu dengan suami yaa 🤗.
ReplyDeleteOke, sekarang terjawab sedikit pertanyaan saya di artikel raket badminton sebelumnya. Jadi salah satu kelebihan raket mahal dan sedikit murah, ada di kekuatannya yaa, yg mahal tak mudah patah 😅😅.
Aiiish kalo kopi rasa susu nya lebih kuat, memang saya tak akan minum. Sebab saya tak suka susu 😂. Jadi rasa kopi mesti kuat baru suka . Ini macam mixue, pas pertama kali coba, langsung nak muntah, Krn susunya yg pertama saya rasa.
Aamiin...Terima kasih untuk doanya Fanny. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Fanny dan keluarga.
DeleteYa, begitulah Fanny. Raket murah biasanya kurang lasak dan mudah patah.
Kalau susu fresh saya boleh terima lagi. Ini macam susu pekat manis tu, lansung tak boleh terima.
wah..terbaik , bagi sokongan minat kepada sumi..suri hati kena sokong..
ReplyDeleteYa, kenalah menyokong Encik Suami. hihi...
DeleteNampaknya kena cari raket yang elok sket hehe
ReplyDeleteHappiest Anniversary Lovebirds, Fiza dan suami.
Ya, nanti kena mencari raket yang lebih berkualiti sikit. Masing-masing raket hebat-hebat. Kita ni bilisan je. hihi...
DeleteAlhamdulillah..Terima kasih kak.
dia pakai coffee powder instead of coffee beans la kot..
ReplyDeletetu yg kengkadang malas nak pergi kedai yg viral kat TT atau mana-mana sbb indah khabar dari rupa. Prefer yg blogger review especially yg bukan paid review
Macam je rasa dia. Agaknya lah kot guna coffee powder. Saya saja je pergi nak rasa-rasa, sekali tak ada lah pulak. Kann...review dari blogger non paid review boleh dipakai.
Delete