Balik dari shopping di Mydin, singgah stesen minyak PETRONAS dan terus makan malam di Restoran Nelayan Seafood & Catering. Teringin nak makan ikan bakar. Sebenarnya tak tahu nak makan di mana. Nak layan mengopi di cafe mostly jam 10.00 malam dah tutup.
Carilah di grab food apps, jumpa Restoran Nelayan Seafood & Catering yang terletak di Rahang Square. Jomlah kita! Pernah pesan makanan di sini guna Grab food delivery. Pesan asam pedas untuk makan tengah hari. Boleh tahan sedap juga.

Kali ni kita cuba makan malam di sini pula. Tak ramai orang masa ni sebab dah lewat masa untuk makan malam. Kami sampai sini lebih kurang jam 10.00 malam macam tu.
Tak lama duduk disitu, datanglah pekerja bawa buku menu. Saya dah belek menu siap-siap dalam aplikasi Grab food dalam kereta tadi, terus pesan air suam, nasi putih, ikan kembung bakar dan juga sayur kailan ikan masin.

Kali ni kita cuba makan malam di sini pula. Tak ramai orang masa ni sebab dah lewat masa untuk makan malam. Kami sampai sini lebih kurang jam 10.00 malam macam tu.
Ruang makan ada dalam kedai, luar kedai dan juga seberang jalan kedai. Kami pilih untuk duduk di seberang jalan kedai berdekatan dengan padang bola. Kebetulan malam tu ada perlawanan bola sepak, boleh juga layan bola sepak secara lansung. Tak tahulah team mana lawan mana. Layankan je.
Malam tu juga perlawanan bola sepak antara PDRM vs Negeri Sembilan FC (NSFC). Kalah pula NSFC. Biasanya buat comeback second half. Walaupun kalah menang agregat ke peringkat seterusnya. Next, lawan Selangor FC.
Handal NSFC musim ni. Awal-awal liga dah bagi saingan hebat. Lawan JDT pun handal. Okay, cukup cerita bola.
Encik Suami pesan kuetiau goreng kerang dan juga air kosong sejuk. Puasa kejap air manis-manis.

Tak lama air sampai, kuetiau goreng kerang pun sampailah. Uishhh macam sedap je. Masing-masing dah lapar. Makan dululah kongsi-kongsi sementara tunggu makanan saya sampai. Sedap betul ada rasa hangus-hangus sikit tu.

Bila makanan saya sampai, pesan lagi kuetiau goreng kerang tapi bungkus. Rasa tak puas pula makan kuetiau goreng tu.

Saya memang suka ikan kembung. Tapi kurang suka ikan kembung jenis besar. Suka ikan kembung yang saiznya sedang-sedang je, baru lah rasa sedap rasa manis-manis ikan tu. Tapi jenis saiz besar ni kurang sedap sikit pada saya.

Air asam dan sambal kicap tu tak pedas. Potong markah sikit. Mujurlah ada cili potong yang datang dengan kuetiau tadi ada lebih lagi. Dapatlah rasa pedas sikit sambal kicap tu.
Alhamdulillah..perut kosong sudah terisi. Perut kenyang, hati pun senang. Game bola pun dah nak habis, ada next perlawanan. Tidaklah kami tunggu sampai habis. Dah habis makan balik lah. Ada ja ramai yang lepak di sini tengok bola.


Tak lama air sampai, kuetiau goreng kerang pun sampailah. Uishhh macam sedap je. Masing-masing dah lapar. Makan dululah kongsi-kongsi sementara tunggu makanan saya sampai. Sedap betul ada rasa hangus-hangus sikit tu.
Lama tak makan kerang, jadi sedap pula. Kerang tak meriah sangat tapi disebabkan sedap terus lupa yang tu kuetiau kerang.

Bila makanan saya sampai, pesan lagi kuetiau goreng kerang tapi bungkus. Rasa tak puas pula makan kuetiau goreng tu.
Sampai makanan saya, saya bahagi separuh nasi pada Encik Suami. Berkongsilah makan nasi dan lauk pauk pula. Kailan ikan masin tu bahan tumisan dia macam guna bahan kisar. Rasa pun tak macam ikan masin tapi lebih kepada ikan bilis.
Saya lebih suka versi tumis bawang holland hiris dan bawang putih ketuk je. Itupun dah sedap ditambah pula dengan ikan manis. Versi macam ni kurang sikit bagi saya.

Saya memang suka ikan kembung. Tapi kurang suka ikan kembung jenis besar. Suka ikan kembung yang saiznya sedang-sedang je, baru lah rasa sedap rasa manis-manis ikan tu. Tapi jenis saiz besar ni kurang sedap sikit pada saya.
Dah macam rupa ikan cencaru pun ada. Didatangkan bersama air asam dan juga sambal kicap. Ikan nampak macam kurang segar tapi okaylah rasa dia sedap juga dibakar dengan sambal.

Air asam dan sambal kicap tu tak pedas. Potong markah sikit. Mujurlah ada cili potong yang datang dengan kuetiau tadi ada lebih lagi. Dapatlah rasa pedas sikit sambal kicap tu.
Alhamdulillah..perut kosong sudah terisi. Perut kenyang, hati pun senang. Game bola pun dah nak habis, ada next perlawanan. Tidaklah kami tunggu sampai habis. Dah habis makan balik lah. Ada ja ramai yang lepak di sini tengok bola.

Total semuanya RM30 lebih termasuk dengan bungkus bawa balik tu. Kira murah lah juga untuk 3 hidangan tu. Oh ye, sebab tak pesan air manis-manis. Itu yang murah sikit kan.
30 Comments
murah jugak tiga hidangan rm30 je, jimat sebab takde air manis.
ReplyDeletekalau saya mesti rasa sedih order kueytiaw kerang, tapi kerangnya tak banyak huhu. walaupun makanan kat kedai ni rasanya biasa2 je, at least kenyang jugak
Kann..kalau ada air manis mesti dah cecah RM40 lebih dah tu. Nasib baik kerangnya ada. Kalau seketul dua sedihlah jugak.
DeleteMulanya ingatkan cerita kat Tunamaya, Desaru, sebab kat sana pun ada restoran nama yg sama, rupa²nya di Nismilan. Ishhhh, sampai membungkus tu memang betul tiau la. Kueyteow goreng kalau rasa hangus² tu memang wok hey laaaa!
ReplyDeleteEhh takkk...Cerita Desaru dah habis. hihi...A'ah Resto tu sebelah Tunamaya je kan. Hihi..kalau dine in macam sikit je sepinggan. Tu yang macam tak cukup. Balik rumah tengok yang bungkus tu boleh tahan banyak juga. Sedap ada rasa hangus-hangus api besar tu.
Deletesedapnya kuehtiaw kerang ..yummyyy
ReplyDeleteSedap! Siap order bungkus lagi. hihi...
DeleteAkak suka kuetiau macam tu la, Fizah, kering. Lamanya tak makan kuetiau goreng kerang. Tapi kerang makanan laut, tinggi kolesterol, minggu lagi satu kena ambik darah, jadi, tunggu tahun depan je la. Hehe... best makan, sambil tengok bola.
ReplyDeleteSedap kuetiau goreng kering macam ni kan. Oo baru tahu yang kerang ni kolesterol tinggi.
DeleteKalau makan satu pun effect jugak ye kak Nur?
Kalau sekor kerang je, takpe kot. Cuma akak refer list yang doktor bagi tu, kerang ada dalam makanan tinggi kolesterol. Makan secara sederhana, takpe kot.
DeleteOhh kalau macam tu, bolehlah makan satu buat rasa-rasa bila teringin kan Kak Nur.
Deletekat nelayan ni..foods dia sedap..pernah bfast & lunch kat situ, dinner x pernah pulak
ReplyDeleteYe, kat Nelayan seperti yang diceritakan. Betul, makanan dia sedap. Oo breakfast pun ada ek. Ingatkan lunch sampai dinner je.
DeleteNama restorannya sama dengan Nelayan di Medan 😄. Tapi saya rasa tak ada hubungan, sebab logo restoran beda. Sama2 seafood.
ReplyDeleteTerkadang memang untuk beberapa jenis ikan, yg size sedang lebih sedap dibanding yg besar.
Tapi sayang kalau sambal tak pedas ya kak.
Rasanya rata-rata tempat ada nama yang sama gunakan Nelayan Seafood dan tidak sama company. Betul, suka yang sederhana saiznya. Ya, sambal kurang pedas. Mujur ada cili potong jadikan sambal pedas sikit.
DeleteWah, menapau pula kuetiaw bawa balik. Memang sedaplah tu kan Fizah. Memang ikan kembung saiz besar rasanya kurang sedikit berbanding saiz kecil. Yang kecil lebih lemak dan terasa manisnya.
ReplyDeleteBegitulah, air manis-manis harga pun semanis kayangan. Terasa sangat harga makanan lebih murah kalau tak order minuman manis.
Sebab sedap, kita pun tapau lah juga rasa tak cukup pulak sepinggan tu. hihi...
DeleteBetul betul. Ikan kembung saiz kecil sikit lagi sedap.
Kann..rasa murah kalau tanpa air manis.
zmn2 dulu, restoran nelayan ni famous kat tasik titiwangsa..then pindah ke lokasi jln gombak..then now tak tau lah wujud lagi ke tak
ReplyDeleteBanyak nama restoran Nelayan kan. Tapi bukan company yang sama yang pastinya. Berpindah randah kalau sedap mesti orang cari.
Deletesedapnya
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap.
Deleteya ke?
ReplyDeletetapi ada tak potongan2 kecil ikan masin dalam lauk tu?
kalau tak ada ni dah kira menipu dalam perniagaan ;-)
Macam tak ada je sebab rasa macam bahan tumis dia seperti dikisar. Ada hirisan bawang sikit. Kalau kita biasa makan kailan ikan masin kita tahulah rasa dia macamana kan Anies. Tu yang macam pelik sikit. Takpelah, mungkin ada ikan manis tu tapi dia kisar halus ke rumbuk ke, kita tak tahu. Dah selamat masuk perut. hihi...
DeleteNampak main bola lagi, memang sedap makan sambil tengok them main bloa
ReplyDeleteYa, ada hiburan tengok sukan sambil makan.
DeleteDah lama Kak SA x pi makan kat Restoran Nelayan ni...buka malam jugak rupanya..siang ada lauk2 eksotik kan...
ReplyDeleteSaya pun ingat siang je sebab pernah nampak dalam Grab dan pernah beli guna grab. Baru tahu dia buka malam juga masa tengok dalam grab. Tak pasti pulak yang eksotik tu sebab sayapun first time dine in, beli guna grab pun baru sekali. hihi...
DeleteBetul tu... air manis yang buatkan harga yang dibayar mahal.
ReplyDeleteNak jimat dan lebih bagus pesan air suam atau air sejuk je, kannn...
DeleteAmmi sekolah kat depan tu je masa sekolah rendah. Taktaulah pulak restoran nelayan ni dah established since 1980 (mungkin sebelum ni ditempat lain) sebab dulu itu tapak rumah kawan kelas ammi. Masa kita darjah 4 (tahun 1989) baru rumah dia dirobohkan dan naiklah wisma pbns bagai tu.
ReplyDeleteLah ye ke Ammi. Mesti banyak berubah dah kan dari dulu sampai sekarang. Dulu masa ada ZA Cafe tu rajin juga ke PBNS beli ayam Geprek.
Delete