Sepatutnya 31 Ogos haritu kami pergi kenduri kahwin di Putrajaya kawan Encik Suami. Tapi tak jadi sebab mak mentua emergency di zon kuning Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kebetulan kami tengah nak bersiap-siap masa tu. Jadi, terus ke PPUM je.

Kalau dah gerak ke Putrajaya tadi bakal jadi lambat sikit. Kami terus ke KL je dan mak pun dah boleh keluar balik rumah. Cuma masa sampai tu kena uruskan urusan discharge dan ubat-ubatan. 

Alhamdulillah, tak ada apa yang serious. Lepak rumah adik ipar kejap. Balik petang tu dah nak sampai rumah, pergi makan dulu. Balik rumah tak perlu susah payah nak masak nanti.

Makan malam awal sikit. Nak pergi satu cafe ni tapi penuhlah pula. Jomlah kita ke Melewar Kitchen je alang-alang dah dekat situ juga. Nampak macam tak ramai orang. Masa kami sampai pun ada beberapa meja dah berpenghuni.

Makan Malam di Melewar Kitchen

Kami duduk di tempat yang sama waktu kami pernah makan di Melewar Kitchen buat pertama kali. Di meja ada disediakan kertas untuk buat pesanan. Duduk je nanti pekerja akan berikan buku menu. Tulis pesanan dan kemudian tekan je buzzer atas meja.

Mereka akan ambil pesanan. Dah siap mereka akan hantar di meja. Mudah juga sistem macam ni. Kita ada masa untuk memilih menu tanpa perlu mereka tunggu dan catit. Lepas tu kita boleh letak nota dalam pesanan, contohnya nak pedas ke bungkus ke tak nak sayur taugeh ke. Ehhh...

Isu taugeh pun jadi hal kan. Yih! YTJT...

Bagus Melewar Kitchen mempertahankan servis yang bagus. Cepat buat kerja, tak lama menunggu air dah sampai. Saya pesan honey lemon sejuk dan Encik Suami pilih air carrot susu. Bertahun rasanya tak minum air carrot susu. 

Sini tak ada kopi-kopi barista tu ye, jadi pesan minuman ni je. air kosong lupa pula nak pesan sekali. Tapi elok juga tak pesan. Kalau tidak, tak habis air kami nanti. Minum air kosong pun dah boleh buat penuh perut selepas makan.

Makan Malam di Melewar Kitchen

Kami pesan makanan yang sama macam sebelum ni, chicken grilled dan chicken chop pilihan Encik Suami. Mulanya macam nak makan asam pedas, tapi macam nak makan ikan bakar juga tapi nak juga chicken grilled. Ahh sudah..keceleruan di situ.

Akhirnya kemenangan milik chicken grilled. Nak makan yang mudah-mudah je. Bila pesanan sampai, terpandang saiz ayamnya yang macam saiz burung. Comel je duduk bertenggek atas french fries tu. 

Sekarang dah susah nak jumpa ayam saiz besar kan. Kat pasar pun ayam comel-comel je saiznya. Harga pula makin menambah-nambah. So sedia maklumlah kalau dapat saiz begini.

Makan Malam di Melewar Kitchen

Tapi chicken chop pesanan Encik Suami besarlah sikit. Dari segi saiz je lah yang kurang. Rasa tetap sama macam kami pernah sebelum ni. Masih sedap di tekak kami. 

Makan Malam di Melewar Kitchen

Alhamdulillah... Tak lama ambil masa untuk makan di sini. Servis cepat dapatlah makan cepat, cepatlah juga kita dapat balik.

Restoran Melewar Kitchen ni sesuai untuk makan-makan seisi keluarga sebab ada menu macam-macam. Lauk pauk kampung, western, bakar-bakar. Banyak menunya sampai kita pun tak tahu nak pilih mana satu. Servis cepat dan harga pun berpatutan.

Melewar Kitchen

No 114-115, Pusat Perniagaan Lavender Heights, Jalan Lavender Heights 1, Senawang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan