Kejap betul dah sebulan, rasa macam baru je lepas jumpa doktor. Kenalah kita menghadap doktor gigi untuk braces monthly review bulan Ogos/ September 2025. Dapat temujanji tengahari. Tak ramai orang masa ni. Sampai je terus daftar dan sign consent form.
Begitulah rutin setiap bulan kalau kita pakai conventional braces. Masa nak pilih o-ring, hati berbunga-bunga bila nampak ada stok o-ring warna hitam setelah sekian lama tak muncul. Ini kalilah baru ada. Tak fikir banyak, terus ambil warna hitam.
Belum sempat nak duduk, nama dah dipanggil. Tak sempat nak ambil gambar o-ring hitam sahaja. Sempat ambil gambar di kaunter je. Teruslah masuk bilik.
Doktor check gigitan. Masih ada ada ruang kosong belum rapat lagi. Jadi, hanya tukar o-ring dan power chain baru je. Itu sahaja. Tak sampai 5 minit selesai.
Macam biasa bila tukar kedua-dua getah ni hanya akan terasa sikit je tarikan tu. Lepas tu tak rasa dah. Selesai untuk temujanji bulan Ogos.
Jumpa lagi bulan September. November nanti genap setahun setengah, jadi kena jumpa doktor pakar orthodontic sebab 6 bulan sekali. Itu kita seram, mesti ada accesories lain yang kena tambah. Mungkin power chain bahagian atas pula? Mungkin elastic band?
Kita nantikan saja.
Kita nantikan saja.
14 Comments
Banyak aksesori rupanya ya. Kena jumpa pakar² gigi ni pun dah seram bagi sy.
ReplyDeleteYa, ada banyak. Kena pakai mana yang perlu ikut plan dentist. Nak tak nak, terpaksa juga untuk dapatkan susunan gigi yang cantik.
DeleteAlhamdulillah sekejap je prosesnya.
ReplyDeleteMaaf Fiza, Akk terlepas info. Pakai braces ni brp tahun ye? Ke depends pada struktur gigi kita?
Ye, kejap je tak lama. Ikut pakej, 2 tahun setengah. Bergantung juga pada keadaan gigi. Kalau masih tak okay, kena extend.
DeleteSelamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68!
ReplyDeleteSelamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 Madam Syaz Dr. to be.
DeleteLepas selesai pakai braces ni nanti sure senyuman Fiza lebih manis dengan gigi tersusun molek ye😊
ReplyDeleteHarap begitulah KakSarie.
DeleteSetiap bulan kena pergi dentist ye? Adoii... seram juga. Nanti kalau tak keberatan, Fizah cerita dari segi kos pakai braces pula, ye.
ReplyDeleteYe kak Nur sebab saya pakai jenis konvensional. Saya dah cerita masa awal-awal pakai dulu Kak Nur, consult, x-ray, acuan dan kos pun dah cerita. hihi...
DeleteBestnya. ML pun teringin nak pakai braces. Share la tips geeting braces for beginner.
ReplyDeleteSaya ada share awal-awal getting braces tahun lepas. Mungkin boleh check entry awal tu dalam label yang sama dengan entry ni.
DeleteSemangaaàat kak Fiza 😄🤗🤗. Saya dah rasakan itu semua 5 tahunan lebih pakai behel. Tapi begitu dilepas, memang macam merdeka hahahahah. Tp dulu saya pakai kan tahun 93. Kalo behel sekarang pasti dah lebih modern dan cepat.
ReplyDeleteYa, harus sabar dan rajin jumpa dentist tanpa culas. Lama juga tu kan. Sekarang dah moden lagi cepat sikit kot kan. Fanny tak pakai retainer ke selepas buka braces?
Delete