Tertinggal pula satu dessert ni nak update. Beli sekali dengan banana pudding dan kuah rojak namplawan di stesen minyak PETRONAS tu. Pada label ditulis cookies stick. Kalau cookies stick bukan panjang-panjang ke?

Satu bekas RM13. Dalamnya agak banyak juga biskut chocolate chip crunchy dan limpahan coklatnya. Dari segi rupa parasnya sangat menyelerakan tak sabar nak makan!

Dulu pernah viral biskut dan coklat dijual dalam satu bekas tu kan. Apa entah nama dia. Cookies celup? Masa viral tu tak terjebak nak mencuba. Nampak ni ada di rak, belilah sebekas buat rasa-rasa walaupun dah terlambat nak join the crowd.

Satu bekas RM13. Dalamnya agak banyak juga biskut chocolate chip crunchy dan limpahan coklatnya. Dari segi rupa parasnya sangat menyelerakan tak sabar nak makan!
Biskutnya rangup dan sedap. Tapi...part coklat tu saya tak boleh nak makan dah selepas cuba makan satu.
Bila makan terus triggered sakit gigi, ngilu rasa. Terus berhenti makan dan cuci dengan water flosser. Gigi sensitif kalau makan manis-manis ni. Plus, coklatnya kurang berlemak. Macam manis gula bukan manis susu berlemak tu.

Encik Suami lah yang kena habiskan makan sorang. Itu pun makan sikit-sikit berhari-hari sebab nak habiskan Mujurlah expired date lambat lagi. Pelan-pelan kayuh habiskan.
Nasib baiklah gigi dia tak sensitif dan boleh makan. Kalau tidak, siapa pula nak menghabiskan. Tersadai dalam peti ais lah agaknya. Nak adjust coklat tak boleh sebab bercampur. Kalau tidak boleh juga campur susu ke kan.
10 Comments
Kalau sakit gigi tu memang gula la bukan coklat. Kita samalah gigi sensitif, boleh rasa macam mana sakit gigi tu kalau makan coklat banyak gula. Mujurlah partner tak sensitif giginya, boleh makan pelan² habiskan sebab expired lambat lagi. Rugi pulak kalau tak dimakan, kan.
ReplyDeleteBetul, kalau manis yang triggered tu memang manis gula lah cerita dia. Itulah tu, nasib baiklah dia boleh makan tak sakit gigi.
Deletedessert by hawa bakery memang sedap, kena dengan tekak sis dan husband.. selalu kalau singgah Calalily Dessert kat kajang ni, mesti x miss dessert ni.. biasanya kitorang beli mango cheesecake dengan chocolate indulgence.. ^^
ReplyDeleteOo ada jugak ek sana. Mungkin dessert lain sedap kot tak macam yang saya beli ni. Okaylah tu kalau kena dengan selera.
DeleteAkk pun sekarang sgt berhati² dgn makanan manis. Once gigit kalau too sweet tu mmg cepat² kumur. Tak sanggup nak tanggung sakit macam bulan puasa hari tu
ReplyDeleteSekali gigit kalau dah sakit, red flag dah tu. Memang kena cepat kumur hilangkan manis tu. Tak sanggup nak tahan sakit gigi.
Deletecookies stick camni yg dlu femes yg SUKA DESSERT jual tp tk terbeli sbb takut manis sgt tp kwn ckp tk manis sgt..smp sudah tk beli2 hehe..slalu cookies suka famous amos je
ReplyDeleteSuka Dessert rasanya juga pemula viral biskut celup ni kan. Saya pun baru nak cuba rasa. Manis sangat memang cannot go lah.
Deleteseingat saya coklat celup ni viral masa zaman2 lepas pkp. saya mmng tak boleh makan mende ni sebab nampak manis sangatt
ReplyDeleteTak ingat pula saya. Kalau biskut dan coklat tu kurang manis mesti ramai yang suka, kann...
Delete