Habis makan di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly, kami singgah ke Family Mart beli stok makanan. Lepas tu barulah check in Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru tengah malam. Ye, masa tu hampir jam 12.00 tengah malam.

Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru ni kami dah survey sehari sebelum. Hotel lama tapi masih okay untuk menginap sebab katanya seaview top notch! Itu yang saya mahukan. Sebab nak dapatkan seaview yang menakjubkan.
Ikutkan jauh sikit dari tempat kerja Encik Suami. Tapi nak seaview punya pasal, kita menginap di sini je lah alang-alang dah sampai Desaru.
Di pondok pengawal tadi berhenti kejap dan beritahu pos pengawal untuk check in. Parkir dia senang tepi jalan menuju ke lobby tu je. Parkir ada kosong. Tak ramai sebab weekdays, hari Rabu pula tu.

Hotel lama ni ada vibes seram-seram sikit. Tapi kami redah je lah, dah penat kot. Malas nak fikir pun ye. Lagi difikir tak jadi apa nanti. Kann...Lebih baik kita enjoy.
Sementara Encik Suami urusan check in, saya ambil gambar dulu.

Baru ambil beberapa keping gambar dah selesai urusannya. Bilik pun dah ready lama kan, nak tunggu apa lagi. Jomlah kita naik bilik. Masa kami booking dah siap-siap request high level dan full seaview, best seaview.
Keluar dari lif, laluan ke bilik. Rasanya ini kali pertama saya menginap di hotel yang laluannya terbuka. Kalau sorang ni boleh jadi seram jugalah.

Sebelah almari ruang minuman dan bawahnya ada peti ais. Air botol minuman tu memang sentiasa habis sebab kami kuat minum air masak juga. Tambah lagi kami beli 2 botol air spritzer yang besar.

Di sebelah kiri dari pintu masuk bilik air dan toilet dalam satu ruang yang sama. Sekali tengok sinki dia. Aduhaii...betul-betul lama tak direnovate ni. Dia tak kotor tau tapi sebab dah lama, susah nak dibersihkan.

Sebelah sinki disediakan toiletries yang diperlukan.

Lantai bilik air dia agak tak best juga. Macam simen je. Cat hitam bagi tak nampak kotor sangat kot. Water heater macam di rumah kaedah dia. Tak rasa macam di hotel. Gaya hotel lama beginilah.

Tuala diletakkan atas tilam. Yang ni menarik untuk dipotretkan. Cantik lah sikit kan untuk sambut tetamu.

Ada vanity mirror. Selfie kejap walaupun lighting tak on point. Tak banyak ambil gambar sebab malam tak secerah waktu siang. Banyak gambar kusam nanti. Tak menarik.

Sebelah katil di sliding door balkoni ada dua lounge chair. Bolehlah bersantai layan permandangan seaview nanti. Kena terbalikkan menghadap balkoni. Ni dia susun menghadap ke dalam bilik.

Dah ambil gambar dalam bilik. Jom tengok di luar balkoni. Tak nampak laut nun di sana. Gelap pekat. Hanya kedengaran bunyi ombak. Wahh bestnya! Itu pun dah rasa macam healing. Tak sabar nak turun ke pantai esok.

Ada swimming pool dan macam-macam aktiviti disediakan. Permandangan dari dalam bilik untuk keluar. Kira luas jugalah untuk kami berdua.

Oh ya, air cond pun macam di rumah. Bukan jenis aircond centralized tu. Saya rasa bilik semua ni dah dinaik taraf sikit sebab nampak macam okay je perabot semua. Bilik bersih. Cuma bilik air tu je lah agak spoil sikit dari pandangan mata.
Tilam dan bantal empuk okay, lena kami tidur walaupun macam-macam bunyinya. Bilik macam tak kedap bunyi. Penat dan mengantuk, mujur dapat tidur lena. Lebih kurang jam 2.00 pagi jugalah baru kami tidur lepas berehat, bersihkan diri dan solat.

![]() |
ruang lobby yang luas dan selesa |
Sementara Encik Suami urusan check in, saya ambil gambar dulu.

Baru ambil beberapa keping gambar dah selesai urusannya. Bilik pun dah ready lama kan, nak tunggu apa lagi. Jomlah kita naik bilik. Masa kami booking dah siap-siap request high level dan full seaview, best seaview.
Hotel ni tak tinggi mana pun, tiga tingkat je. Dapatlah tingkat tiga dan dapat tengah-tengah bangunan gitu betul-betul best seaview. Yelah, tak ramai orang menginap hari biasa dapatlah the best bilik. Cuba kalau weekend, lewat malam check in pula kan. Mesti dapat bilik apa yang available je.

Belakang dekorasi tu ada 3 lif untuk ke bilik. Bau dalam lif tak berapa nak best, bau kepam lepas tu agaknya dia sembur bau pewangi yang tak best, jadi tak best baunya. Aduhaii..sakit hidung kita wak.

Lif lama kan. Faham-faham je lah. Selfie pun jadi tak cantik.
![]() |
tema hitam dan maroon |
Keluar dari lif, laluan ke bilik. Rasanya ini kali pertama saya menginap di hotel yang laluannya terbuka. Kalau sorang ni boleh jadi seram jugalah.

Bilik standard family
Kami booking bilik standard family sebab nak katil queen. Kalau bilik dua orang ada katil single 2 je. Dia tak ada queen sahaja atau king. Itu yang booking bilik family terus ada 1 katil queen dan 1 katil single. Luas dan selesa. Jadinya semua barang ada 3 lah.Tapi kami tak ambil dengan sarapan sebab baca review sarapannya agak kurang. Takpelah, kami pun dah tukar cara makan sekarang. Tak makan breakfast dah, terus makan tengahari je.

Bilik tak ada bau pelik. Selesa semuanya bersih. Okaylah untuk menginap 3 hari 2 malam di sini. Saja pilih 3 hari 2 malam disini baru puas dapat berehat sekali. Kalau bertukar hotel, nanti buang masa nak check out awal before 12.00 tengah hari, lepas tu nak kena tunggu jam 3.00 petang baru boleh check in.

Masuk bilik, sebelah kanan ada almari terbuka. Saya suka jenis almari terbuka macam ni. Senang tak perlu buka tutup.
Tak best hanger jenis melekat macam ni. Susah bagi orang rendah macam saya nak guna. Disediakan selipar bilik, laundry service dan tag gantung di pintu. Apa entah nama dia. Senang ada tag ni boleh letak sebab tak nak mereka masuk dan kemas.

Sebelah almari ruang minuman dan bawahnya ada peti ais. Air botol minuman tu memang sentiasa habis sebab kami kuat minum air masak juga. Tambah lagi kami beli 2 botol air spritzer yang besar.

Di sebelah kiri dari pintu masuk bilik air dan toilet dalam satu ruang yang sama. Sekali tengok sinki dia. Aduhaii...betul-betul lama tak direnovate ni. Dia tak kotor tau tapi sebab dah lama, susah nak dibersihkan.

Sebelah sinki disediakan toiletries yang diperlukan.

Lantai bilik air dia agak tak best juga. Macam simen je. Cat hitam bagi tak nampak kotor sangat kot. Water heater macam di rumah kaedah dia. Tak rasa macam di hotel. Gaya hotel lama beginilah.

Tuala diletakkan atas tilam. Yang ni menarik untuk dipotretkan. Cantik lah sikit kan untuk sambut tetamu.

Ada vanity mirror. Selfie kejap walaupun lighting tak on point. Tak banyak ambil gambar sebab malam tak secerah waktu siang. Banyak gambar kusam nanti. Tak menarik.

Sebelah katil di sliding door balkoni ada dua lounge chair. Bolehlah bersantai layan permandangan seaview nanti. Kena terbalikkan menghadap balkoni. Ni dia susun menghadap ke dalam bilik.

Dah ambil gambar dalam bilik. Jom tengok di luar balkoni. Tak nampak laut nun di sana. Gelap pekat. Hanya kedengaran bunyi ombak. Wahh bestnya! Itu pun dah rasa macam healing. Tak sabar nak turun ke pantai esok.

Ada swimming pool dan macam-macam aktiviti disediakan. Permandangan dari dalam bilik untuk keluar. Kira luas jugalah untuk kami berdua.

Oh ya, air cond pun macam di rumah. Bukan jenis aircond centralized tu. Saya rasa bilik semua ni dah dinaik taraf sikit sebab nampak macam okay je perabot semua. Bilik bersih. Cuma bilik air tu je lah agak spoil sikit dari pandangan mata.
Tilam dan bantal empuk okay, lena kami tidur walaupun macam-macam bunyinya. Bilik macam tak kedap bunyi. Penat dan mengantuk, mujur dapat tidur lena. Lebih kurang jam 2.00 pagi jugalah baru kami tidur lepas berehat, bersihkan diri dan solat.
Tak best check in lewat ni, rugi masa sikit nak berehat lama tu. Paling untung kalau check in awal seawal jam 2.00 petang kalau bilik dah ready. Boleh rehat dalam bilik lama sikit. Tapi apa nak buat, perjalanan jauh dan banyak persinggahan pula.
22 Comments
Mcm2 bunyi pun boleh tido...letih sgt tu...
ReplyDeleteHihi..itulah tu, letih betul.
DeleteTak ada bajet agaknya nak reno bilik air, pakai cat aje senang nak tutup daki² lama. Nak beli singki baru dah berapa pulak harganya, bukan nak ganti satu sinki tapi beratussss, hihi. Yang bestnya Tunamya ni semua bilik seaview, tapi sebelum ni hotel lama terbiar. Rasanya dari Iman kecik, hotel ni kosong dan dalam mass pkp atau sebelum pkp, jadi Tunamaya. Bunyi apa yg macam² tu, Fiza.. jangan macam² pulak ya. .mujur boleh tidur nyenyak, tilam dan bantal empuk dah tukar baru. Tu kalau tak tukar, mati laaa.
ReplyDeleteSaya pun rasa macam tu, jiran-jiran dia pun gempak-gempak juga tu bersaing. Tak silap saya bilik ada seratus lebih macam tu. Betul, semua seaview tapi kalau tepi tak best sangat viewnya, request siap-siap full seaview, best seaview senang dapat tengah² sikit.
DeleteOh ye ke? Kira barulah lagi ni selepas lama dibiarkan kosong. Mujur jugalah bantal dan tilam bilik semua okay perabotnya dan selesa. Bilik air je lah spoil sikit.
Hahaha..macam-macam bunyi dari luar dan atas. Tak tahu lah bunyi apa. Yang atas tu macam pelik sebab kita dok tingkat paling atas kan. Apa ntah bunyi atas rooftop tu. Kita husnuzon je. Abaikan je. Kang ditegur lain pula jadinya. Malam kedua macam tenang je tak ada apa bunyi. Bunyi dari luar je lah orang lalu bersembang.
Berdekatan bilik ada pintu emergency, mungkin staff keluar masuk kot atau ronda ke. Anggap je semua ni coooobaaan...Selagi dia tak kacau, biarkan. Kalau kita takut sangat nanti lagi dia suka mengacau. Saya rasa bunyi nature biasa-biasa je kot.
barang ke-3 tu ada yang tolong gunakan tak? ahaksss
ReplyDeleteHahaha..jangan macam-macam Ammi. Mujurlah dia tak usik barang ketiga tu. Ghisauuu...
Deletebilik seaview best...besar juga biliknya...tp bila check in dh malam ni seram skit
ReplyDeleteLuas bilik ni sebab standard family. Tulah tu, seram sikit check in malam.
DeleteSeram² je takpe.. jangan sampai dengar budak berlari² kat atas walau tingkat 3 tu paling atas🤭
ReplyDeleteHaaa..yang tu jangan. Kita yang akan lari keluar nanti. huhu...
Deletenasib baik encik suami pun tak kisah menginap sini walaupun jauh dari tempat kerja. tapi bukan selalu kan nak bercuti-cuti healing gini hehe. terus ambil 3 hari 2 malam lagi
ReplyDeletemakk... corridor dia menyeramkan sangat. dahlah pukul 12 malam. tapi biliknya agak luas jugak tu. nampak selesa. bab sinki tandas tu, tutup mata jelah. asalkan takde bau2 busuk xD
Dia OK je, alang-alang dah sampai sini kan. Stay tempat best sikit. Seram bangunan dia tu je lah dengan corridor luar. Bilik air je tak OK, lain-lain okay je. Ada lah pro and cons dia. Yang penting enjoy je menginap 3D2N kat sini. Bau busuk dalam lif je sebab lif lama kan.
Deleteerrr ada hantu tak hahah sbb vibe seram kan :p
ReplyDeleteTak ada, kita husnuzon je. InshaAllah tak ada apa-apa walaupun ada vibes seram tu.
Deletechek in tengah malam, auto vibe seram la.. hihihi
ReplyDeleteTahu takpe, tambah lagi hotel lama.
Deletesyok arrr
ReplyDeletesorg 1 katil
puas berguling kuak lentang bagai
hehehehe
tapi dinding tu nampak kosong sgt laa
kalau ada hiasan apa2 tentu bilik lbh berseri ;-)
Katil single tu tak berusik pun. Mana boleh tidur asing-asing. hihi...Kena keluar modal juga tu nak letak hiasan di dinding.
DeleteSaya kalo hotel lama, tak masalah juga, asalkan terawat, dan lampu tidak remang2. Yg buat spooky itu kalo lampunya remang.
ReplyDeleteDan untungnya saya tidak bisa melihat makhluk halus. Ada orang yg bisa kan. Mantan asisten saya bisa, dan selama dia jadi asisten saya dulu, asik kaget saya dibuat, Krn dia langsung kaget juga tiap kali melihat makhluk halus 🤣🤣🤣.
Nah soal sarapan hotel, saya pun kadang galau kak. Antara nak pesan atau tak. Soalnya saya kan IF yaa. JD biasa tak sarapan. Tapi kalo traveling ke suatu tempat yg saya tahu makanannya sedap, saya merasa rugi juga tak coba, apalagiiiii kalo saya cuma sebentar di sana. 🤣🤣.
Macam Nov esok , saya akan ke KL dan Ipoh. Tapi akhirnya memutuskan pesan sarapan juga di hotel, Krn saya cum 5 hari. Jadi rugi lah kalo tak kulineran 😄
Betul tu Fanny, asalkan dia buat maintainance dan kemas okay dah kan. Ya, syukur juga kita tak dapat melihat semua tu. Kalau dapat tengok rasanya pergi mana-mana jadi tak aman. Kalau pergi dengan orang yang dapat melihat tu jadi takut jugalah kan.
DeleteSaya baca review dulu, kalau OK baru add. Tapi sejak tak sarapan ni rasa better tak payah included. Kecewa juga kalau sarapan tak sedap.
Kalau macam Fanny tu wajib makan sarapan sekali sebab bukan selalu dapat datang sini kan. Boleh rasa macam-macam masakan. Pergi Ipoh naik ETS ke Fanny. Seronoknya! Betul, rugi tu kalau tak kulineran.
Nampak menarik hotel ni...malam check in tu tengah malam x dengar bunyi pape sebab dah penat sanagt tu kan...tapi sedikit tak best la xde maintenance betul2 hotel ni..tunamaya ni kalau tak salah popular gak dulu zaman- zaman sebelum PKP...agaknya lepas PKP buka balik tu yg jadi macam ni
ReplyDeleteMenarik juga ID bilik dan seaviewnya. Cuma hotel lama sikit lah. Agaknya lah tu, dah penat malas nak fikir yang lain tu. Tulah, rasa macam popular dulu. Kurang modal kot nak buat major renovation.
Delete