Hari Jumaat minggu lepas Encik Suami balik awal. Sebelum dia gerak balik macam biasa saya akan terima text check in jam 5.00 petang sampai rumah. Dapat text check in awal, saya pun rancang nak ajak Encik Suami makan petang di Club House Coffee Lavender Height Senawang.
Kebetulan saya lunch awal jam 11.00 pagi makan maggi sup je. Bila petang rasa dah lapar awal sebelum masam makan malam. Jomlah lah minum petang merangkap makan malam sekali, jadilah makan petang.
Lepas solat asar, berdesuplah ke Club House Coffee. Sampai di pondok pengawal, kena tinggalkan kad pengenalan atau kad lesen memandu.

Waktu kami sampai di club house masih tak ada pelanggan lagi sebab baru buka. Untuk sesi petang, mereka akan buka dari jam 5.00 petang sampai 11-12 tengah malam.

![]() |
Welcome board |
Dapatlah kami memilih tempat yang menarik untuk bestview waktu petang di sini. Sebelum ni kami pilih duduk di kerusi tinggi long bar tinggi sebelah kiri tu masa sarapan pagi di Club House Coffee. Makan petang ni kami duduk di platform bawahnya, di anjung yang menarik sikit.

Memandangkan waktu petang dan panas pun semakin berlabuh, dapatlah duduk di sini dengan tenang tanpa perlu bergaduh dengan panas. Inilah permandangan waktu petang yang menarik. Masih cerah lagi pada jam 5.00 lebih.

Lepas duduk, terus buat pesanan melalui QR di meja macam biasa. Sementara menunggu pesanan tiba, potretkan gambar mentol ni.

Menyesal pula tak bawa phone holder atau tripod. Kalau tidak menarik juga kalau buat video timelapse di anjung ni.
Saya kurang arif tentang tiramisu ni, jadi minta tolong Encik ChatGPT jelaskan.
Tiramisu
Ciri-ciri utama tiramisu:
- Bahan asas: biskut ladyfingers (savoiardi) yang dicelup dalam kopi pekat.
- Lapisan krim: campuran keju mascarpone, kuning telur, gula, dan kadang-kadang ditambah krim putar.
- Perisa tambahan: serbuk koko di atasnya, ada juga resipi yang menambah sedikit minuman beralkohol seperti rum atau Marsala (tapi boleh juga dibuat tanpa alkohol).
- Tekstur: lembut, berkrim, dan sedikit gebu dengan rasa kopi yang wangi.
Di Malaysia, tiramisu sering diubahsuai. Ada versi yang tak guna alkohol, ada yang guna biskut Marie atau kek span sebagai ganti ladyfingers. Malah ada juga versi “tiramisu in a cup” yang lebih ringkas.

Nasi lemak Club House

Croissant chicken sliced

Hazelnut latte
Hazelnut latte, RM12.00

Honey lemon
Untuk segarkan tekak, dah ada minuman kopi panas kenalah ada minum sejuk juga. Encik Suami pilih honey lemon sejuk. Sedap kurang manis dan tak masam sangat. Just nice.
Lama jugalah kami lepak makan petang di sini, sebelum jam 7.00 malam kami gerak balik. Makan santai-santai sambil bersembang sambil menikmati permandangan tak perlu nak kejar masa.
Masa kami sampai tu, tengah buat pesanan baru lah meriah sikit ramai yang datang. Ada lah dalam 5 meja macam tu dah berpenghuni. Kalau malam lagilah meriah. Tempat menarik di area Seremban ni. Cafe mengopi untuk healing dan lepak-lepak.
0 Comments