Lamanya berehat dari buat aktiviti brisk walk, slow jogging dan hiking. Encik suami maintain workout dirumah. Saya je yang lama berehat akibat alahan kulit muka sejak Februari tahun ni. Bila Encik suami bosan workout dirumah, diajaknya ke KOMBES (Kompleks Belia Dan Sukan) Paroi.

Saya pun setuju je lah rasa macam dah okay sikit keadaan kulit ni. Tapi tak apa, kita cuba. Awal tahun lepas masa aktif beriadah pun kami mulakan brisk walk di KOMBES.

Macam biasa lepas solat Maghrib terus berdesup ke KOMBES. Suka pergi awal sebab masih belum ramai. Konsepnya cepat pergi dan cepat balik.

Kembali Brisk Walk di KOMBES

KOMBES ni tak pernah tak meriah. Sentiasa ramai orang beriadah pada waktu malam. Suka pergi waktu malam sebab sejuk sikit. 

Saya suka brisk walk di KOMBES ni. Lebih selamat, lebih semangat, balapan pun best lembut je dipijak. Taklah sakit kaki walaupun ada cushion dalam kasut.

Haritu pun tak semua lampu dibuka. Malap sikit. Dan signboard KOMBES pun tak dibuka lampunya. Agaknya tak ramai orang, kurangkan penggunakan lampu kot.

Saya cakap dengan Encik Suami nak brisk walk leha-leha je. Malas nak pulun sangat sebab dah lama tak bersenam kaki kan. Nanti otot terkejut injured pula. 

Brisk walk

Brisk walk in malay, berjalan laju. Berjalan dengan laju tapi bukan berlari. Brisk walk pace ikut tahap kecergasan masing-masing. Tak perlu nak kejar pace sangat macam berlari asalkan dapat buat aktiviti senaman kardiovaskular yang baik untuk jantung dan sistem peredaran darah. Selain tu kurang berisiko berbanding dengan senaman berlari yang berimpak tinggi. 

Kami tak buat regangan sebab biasanya jalan perlahan dulu untuk pusingan pertama. Tapi saya terus pulun jalan laju, pusingan ketiga dah mengah. Apooo...

Kembali Brisk Walk di KOMBES

Tiba-tiba pula hujan rintik-rintik air bergelora. Ingatkan nak berhenti, tapi sayanglah pula baru sampai. Kita ni baru nak semangat. Lenjan jugalah brisk walk sampai 5 pusingan. Cukuplah untuk rekod permulaan saya.

Kembali Brisk Walk di KOMBES

Saya berhenti lepas 5 pusingan dan duduk perati Encik suami berlari sampai 10 pusingan. Hujan pun semakin riang turun. Tapi tak lebat. Masih ramai berlari dan brisk walk di balapan. Masing-masing semangat. Bagus!

Ikutkan nak juga teruskan tapi boleh pula dia bagi salam perkenalan, kaki melecet pula belakang buku lali tu. Tak pernah-pernah melecet pun haih. 

Kasut pun merajuk dah lama tinggalkan dia. Blacky si Adidas Adizero SL W kasut running ni rekod dia baru 13.98km. Jauh lagi perjalanan dia. 

Harap semangat tak hilang lah. Entah bilalah pula nak kembali hiking.