Selepas membeli kopi di Stesen Petronas Desaru, kami makan malam di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly. Saya cari dalam TikTok tempat makan best di Desaru, jumpalah restoran ni. Restoran pun dah dekat dan tutup jam 11.30 malam. Sempat lagi kalau nak pergi makan.

Dengan menggunakan perkhidmatan waze, sampailah kami di lokasi. Jalan nak sampai ke sini sikit punya seram, jalan masuk ke dalam tak ada lampu. Mujurlah tak jauh sangat. Kita dah risau dah. Dahlah dekat nak tengah malam kan.

Makan Malam Lewat di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly
Di sebelah kiri laluan ada kolam ikan boleh bagi makan, kena bayarlah tapi

Masa sampai hanya ada dua tiga buah kereta. Jomlah kita masuk ke restoran cepat. Nanti lambat-lambat tutup pula. Perut pun dah meminta-minta ni. Nampak gayanya macam kami pelanggan terakhir.

Menarik suasana di Restoran Terapung Saefood Bujang Firefly ni dihiasi dengan lampu warna-warni dan dibina atas sungai.

Makan Malam Lewat di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Ruang makan dia luas dan banyak kedai makan. Restoran ni popular di Desaru, itu yang ramai pelanggan datang makan malam di sini. Tengok tempatnya pun kita dah tahu ramai orang datang sebab banyak tempat makannya.

Makan Malam Lewat di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Selain tu tempat ni juga tempat tengok kelip-kelip atau kunang-kunang dalam english firefly. Sebab tu namanya firefly. Tapi Bujang tu tak tahulah sempena nama apa. Bukan bujang senang kan? Terapung tu sebab restoran ni didirikan atas air. 

Ada platform tempat untuk boat bawa penumpang tengok kelip-kelip pada waktu malam. Teringin nak tengok kelip-kelip. Nak ada pengalaman tu tapi tak berani pula dah malam-malam ni. Kita ni dah lah paranoid dan aquaphobia. Lupakan saja hasrat tu.

Mungkin kalau masih awal malam tu boleh jadi pergi juga tu. Masa pun tak mengizinkan. Jadi kita makan-makan je lah di sini.

Makan Malam Lewat di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Saya pilih untuk duduk di bahagian yang terapung dekat dengan tepi air. Seram pula tengok air sungainya tu. Tenang tapi jangan disangka air yang tenang tu tenang. Eh, silap peribahasa. Nak kata ada buaya macam tak.

Oleh kerana kami ni pelanggan terakhir. Boleh lah pilih nak duduk dimana. Meja pun tak ada untuk duduk berdua. Bantailah pilih meja yang besar untuk keluarga. Kami buat pesanan di kaunter dan pilih pakej Set A, RM83.

Pakej Set A

  • Teh O ais x 2
  • Nasi putih x2
  • Tomyam campur
  • Kangkung belacan, kami tukar kailan ikan masin
  • Siakap tiga rasa, kami tukar siakap bakar sambal
  • Sotong goreng tepung
  • Telur dadar

Senang dah ada pakej macam ni. Boleh tukar menu juga. 

Teh O ais

Tak lama menunggu minuman pun sampai, pesan ais kosong sekali. Air teh O ais pun ngam tak manis sangat. 

Makan Malam Lewat di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Service laju sebab tak ada pelanggan lain. Pelanggan yang ada dah hampir siap makan. Adalah dalam tiga keluarga macam tu. Makanan pun sampai serentak semuanya kecuali ikan siakap bakar sampai lewat sikit.

Bila tiba makanan rasa macam banyak sangat lah pula nak makan berdua. Kalau tahu order ala carte je tadi. Surprisingly, kami makan habis ye. Masing-masing lapar. Mujurlah porsi nasi dia kecil.

Tomyam campur

Saya suka betul dengan rasa tomyam dia. Lain dari yang lain rasa tomyam yang pernah saya cuba. Kuah pekat, rasa pedas manja-manja je, masam dia tak berapa sangat ada manis sikit. Tak macam tomyam Thai tapi sedap.

Isi tomyam dia menimbun ye. Puas hati makan, semuanya segar-segar. 

Sotong goreng tepung

Sotong goreng tepung sedap rangup. Isi sotong pun tak liat. Pandai tukang masak ni masak. Kalau liat, saya nak makan pun susah dengan braces ni. Tapi ni okay, mudah kunyah tak liat. Banyak pula tu porsi dia. Kami meratah je lepas habis nasi.

Makan Malam Lewat di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Telur dadar

Telur dadar dia tanpa garam rasanya. Saya suka kalau telur dadar tanpa garam atau perasa. Suka rasa aslinya sebab yang lain pun dah berasa kan. Kat rumah pun kalau masak telur mesti tanpa perasa. Sedap!

Kailan ikan masin

Kailan ikan masin tak masin sangat. Ditaburi dengan bawang goreng. Sayur kailan yang segar, sedap mengunyah sebab rangup. 

Makan Malam Lewat di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Ikan siakap bakar sambal

Watak utama dalam hidangan makan malam kami. Ikan siakap bakar sambal dengan isinya yang sangat lembut juicy. Bakar tapi macam makan ikan  di stim pula. Saya suka kalau ikan bakar tu ada hangus-hangus sikit dan rasa smoky baru best. 

Tapi kalau bersambal macam ni pun okay je dah sedap dah. Makan aje lah. Dah makan baru perasan ada limau. Terlupa nak perah. Penangan lapar sampai tak perasan ek.

Makan Malam Lewat di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Sebelum makan tadi nampak boat lalu, bergoyang kejap tempat kami makan ni dek kerana gelombang air dari boat tu . Ambil peluang ambil gambar kejap. Tak ramai yang tengok kelip-kelip. Tak pasti berapa harganya. 

Makan Malam Lewat di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Kami makan dengan pace yang sederhana, makan sambil menikmati suasana. Tapi taklah terlalu santai berleha-leha walaupun masa masih banyak lagi belum jam 11.00 malam. Ada masa setengah jam lagi.

Tapi kita faham lah masa-masa nak tutup kedai ni kan. Lepas kami balik mesti mereka terus tutup kedai punya. Makanan pun sampai cepat dan kami pun ambil masa tak lama untuk makan. Sebelum balik jangan lupa bayar di kaunter tadi.

Jomlah kita check in hotel. Badan pun dah penat. 

Makan Malam Lewat di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Laluan keluar menuju ke pintu gerbang utama. Hati-hati lalu di sini. Papan dia bukan rapat-rapat. Tersandung atau ada barang jatuh naya ni.

Makan Malam Lewat di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Nak juga bergambar depan Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly tanda hadir. Alhamdulillah berselera kami makan, makanan sedap dan berbaloi. Lain kali boleh datang lagi. Tapi entah bila. Ini pun kebetulan Encik Suami outstation.

Tak tahu nak makan di mana kat Desaru ni, silalah singgah makan di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly. Berbaloi kalau makan ramai-ramai ni. Harga murah dan makan pun sedap.

Lokasi Restoran Terapung Seafood Bujang Fire Fly

Bandar Penawar, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta'zim.