Balik dari Port Dickson Mini Zoo ingatkan nak lepak tepi Pantai kejap. Ambil angin petang. Kononnya nak pergi Pantai Poli walaupun tak tahu mana lokasinya. Tak pernah lagi pergi situ. Tengok dalam TikTok orang share macam cantik je.
Ombak pun tak berapa nak besar. Hempas-hempas manja gitu. Sejuk sikit sebab mendung. Ambil gambar pun kelam je macam kabus di hujung-hujung permandangan.

Sebelah kanan dan ramai, di tengah pun tak kurang meriahnya. Macam remaja-remaja ke student politeknik datang mandi-manda sebab politeknik je yang dekat-dekat Pantai Purnama ni.

Dah ramai-ramai tu malas dah lah nak turun, jalan-jalan di sidewalk ni je lah. Nun dihujung sana sebelah kiri pantai pun ada orang. Hujung sana tu tak silap pernah nampak dalam TikTok ada aktiviti menunggang kuda.

Malaslah pula nak jalan sampai hujung sana. Tak lama di sini sekadar singgah sebentar je. Patah semula dan beredar. Selain pantai Cermin, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Teluk Kemang, Blue lagoon, Monkey bay tu mana lagi pantai yang menarik di PD? Sila komen.
Pantai Purnama ni antara pantai yang cantik di Port Dickson. Dulu hidden gem, sekarang dah diketahui semakin meriah ramai pengunjung datang berkelah dan mandi manda. Ada sidewalk, banyak pokok sepanjang pantai, redup sikit untuk berteduh.
Rasa macam lama betul tak datang Port Dickson ni walaupun tak jauh mana senegeri je. Sesekali datang ambil vitamin sea.
Tapi macam tak sempat, pergi Pantai Purnama je lah yang dekat dengan PD Mini Zoo. Cuaca agak mendung masa tu. Pergi je lah tengok kot-kot cuaca macam okay.
Sampai sana ada lah 2 3 tapak parkir kosong. Kat sini memang sentiasa penuh parkir. Orang ramai suka datang lepak, berkelah dan mandi di sini.

Ada juga orang memancing. Ni namanya sambil berendam sambil mancing. Boleh ek gitu? Dapat ke ikannya? Entah! Saya kalau tengok air pasang ni jadi seram. Mungkin sebab aquaphobia kot.
Lepas parkir, jomlah turun ke bawah. Kami tak turun tepi pantai sebelah kanan tu sebab macam penuhlah pula. Meriah sepanjang pantai Purnama ni petang-petang macam ni. Nampak macam air pasang sebab pantainya nampak sikit je.

Ada juga orang memancing. Ni namanya sambil berendam sambil mancing. Boleh ek gitu? Dapat ke ikannya? Entah! Saya kalau tengok air pasang ni jadi seram. Mungkin sebab aquaphobia kot.
Ombak pun tak berapa nak besar. Hempas-hempas manja gitu. Sejuk sikit sebab mendung. Ambil gambar pun kelam je macam kabus di hujung-hujung permandangan.

Sebelah kanan dan ramai, di tengah pun tak kurang meriahnya. Macam remaja-remaja ke student politeknik datang mandi-manda sebab politeknik je yang dekat-dekat Pantai Purnama ni.

Dah ramai-ramai tu malas dah lah nak turun, jalan-jalan di sidewalk ni je lah. Nun dihujung sana sebelah kiri pantai pun ada orang. Hujung sana tu tak silap pernah nampak dalam TikTok ada aktiviti menunggang kuda.

Pantai Purnama ni antara pantai yang cantik di Port Dickson. Dulu hidden gem, sekarang dah diketahui semakin meriah ramai pengunjung datang berkelah dan mandi manda. Ada sidewalk, banyak pokok sepanjang pantai, redup sikit untuk berteduh.
Rasa macam lama betul tak datang Port Dickson ni walaupun tak jauh mana senegeri je. Sesekali datang ambil vitamin sea.
8 Comments
Aduhai, peribahasa barulah, sambil berendam sambil memancing, hihi. Pada mulanya, kita terbayang Fiza pergi pantai malam² sebab ada perkataan purnama. Pergi pantai petang² memang elok nak nak pulak kalau air tengah pasang, rasa damai jiwa dengar bunyi ombak menghempas pantai.
ReplyDeleteHihi...sebab sambil menyelam minum air tak boleh pakai dalam keadaan macam tu. Purnama memang sinonim dengan malam. Agaknya Pantai ni malam-malam cantik macam bulan Purnama kot, itu yang nama dia jadi Pantai Purnama. Bunyi ombak tu yang best tu.
DeleteRasa macam x pernah pergi pantai Purnama tu...kena explore ni...
ReplyDeleteKena pergi nanti kak. Cantik bersih juga Pantai ni.
DeleteTenang dapat jalan2 tepi pantai...
ReplyDeleteYa, tenang dan terapi jugak.
DeleteBestnya jalan-jalan tepi pantai... kira macam vitamin kalau dapat ke pantai bagi akak
ReplyDeleteSetuju tu Kak Dana. Satu terapi dan kadang kala kita perlukan vitamin sea tu. hihi...
Delete