Cepat masa berlalu. Walaupun bulan Julai 31 hari, tapi kejap je dah bertemu bulan Ogos. Bulan Ogos, bulan kemerdekaan yang dinantikan oleh rakyat Malaysia.

Tengok kalender bulan Ogos 2025 tak banyak cuti umum/public holiday. Hanya cuti Hari Merdeka dan Melaka cuti sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 25 Ogos.

Bulan Ogos bulan yang agak sibuk. Banyak urusan nampak gayanya. Tak lupa, anniversary perkahwinan kami. Tak ada perancangan sebabnya jadual encik suami padat. Kita tengoklah macamana nanti. 

Kalau ada masa, kita bercuti. Kalau tidak, postpone je. Follow the flow. Awal bulan 8 ni kena pulut kejap blogwalking. Maaf ye kalau sampai ke rumah kawan-kawan lambat sikit. Baru nak panas enjin selepas seminggu menyepi.

Bab 8 : Ogos 2025

Page 182/365

AUGUST

freedom &
independence.

AUGUST 'TEAlightment':
True indepence means standing firm, even when the shadows leave you in darkness. You are your own light.

Cuti umum/ Public holidays Ogos 2024

24 Ogos (Ahad) – Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka)
25 Ogos (Isnin)  – Cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka)
31 Ogos (Ahad) – Hari Merdeka/ Kebangsaan Malaysia (Cuti umum seluruh Malaysia)

Sambutan pada bulan Ogos

Hari Ahad Pertama Ogos – Sambutan Hari Persahabatan (Friendship Day)
12 Ogos – Sambutan Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day)
12 Ogos – Sambutan Hari Belia Antarabangsa (International Youth Day)
13 Ogos – Sambutan Hari Tangan Kidal Antarabangsa (International Lefthanders Day)
20 Ogos – Sambutan Hari Nyamuk Sedunia (World Mosquito Day)
31 Ogos – Hari Merdeka/Kebangsaan Malaysia (Malaysia's Independence/National Day)