Kononnya nak makan di Bagan Lalang lepas pergi Leisure Garden Sepang tu. Tapi bila cari cafe, mostly buka jam 3.00 petang dan ke atas. Jam baru 1.00 petang masa tu. Malas nak tunggu, jomlah kita ke Port Dickson lunch di Kopi & Kueh by The Beach yang dah lama saya nak pergi.
Kalau nak datang sini jalan waze Kopi & Kueh, nanti dia akan bawa ke tempat lama. Sila waze, Kopi & Kueh by The Beach. Di signboard dari jalan besar tu, jalan di simpang tajam sikit dan ke bawah. Sila hati-hati memandu.

Dah parkir, jomlah kita! Oh ye, parkir percuma je. Dari luar kelihatan penuh cafe ni. Kami disambut oleh pekerja dengan mesra. Tanya berapa orang, kami berdua je. Masih ada 2 tempat duduk yang kosong untuk berdua.

Masa kami sampai di belakang kami ada ruang meja yang besar satu family duduk, saya ambil gambar selepas mereka beredar sebab nak ambil gambar ruang barista ni. Tak ada orang baru best nak ambil gambar. Cuma terselit pekerja di situ.


Sistem pesanan di sini guna QR dan terus buat pembayaran. Jadi dah scan di nombor meja masing-masing tak boleh tukar tempat duduk dah. Nanti bakal menyusahkan mereka untuk hantar pesanan.

Tak lama sangat menunggu hidangan kami pun sampai satu persatu. Dimulakan dengan air dan kemudian makanan.

Lemon tea, RM8.00


Chicken chop, RM18.00

Untuk menjamu selera di sini sangat OK. Makanan, minuman dan layanan bagus. Sedap tu subjektif, ikut tekak masing-masing. Bonus dapat makan with the view. Tengok tu cantik permandangan lautnya depan Cafe Kopi & Kueh by The Beach ni.

Bukan sekadar itu, angin menerpa-nerpa masa makan. Cuaca panas tapi angin menyejukkan. Best betul tak payah berperang dengan panas. Lagipun di Cafe ni dikelilingi dengan pokok besar. Jadi redup dan sejuklah.
Dah selesai makan, kami terus ke tepi pantai ni. Ambil gambar kejap dan jamu mata dengan permandangan laut yang cantik.

Zoom 5x potrait mode chalet Avillion PD. Syok kan kalau dapat di unit yang hujung ni, permandangan lagi cantik dan lebih privacy.


![]() |
signboard tepi jalan besar |
Kopi & Kueh ni sejak tahun 2021 lagi. Masa tu di tempat lama Kampung Baru Sirusa. Saya pernah pergi sekali Cafe Kopi & Kueh di tempat lama tahun 2022. Itulah sekali saya jejak mengopi di sana. Tempat tu daya tarikan dia dikelilingi dengan pokok anggur. Menarik tapi dah tutup.
Sekarang mereka dah berpindah di tempat baru di tepi laut. Sebab tu nama dia Kopi & Kueh by The Beach. Cafe macam dalam sebuah banglo je rupa dia.
Kalau nak datang sini jalan waze Kopi & Kueh, nanti dia akan bawa ke tempat lama. Sila waze, Kopi & Kueh by The Beach. Di signboard dari jalan besar tu, jalan di simpang tajam sikit dan ke bawah. Sila hati-hati memandu.

Nampak permandangan laut ni, terus teruja. Boleh parkir di mana-mana sekitar kawasan tepi pantai ni. Masa kami sampai masih ada parkir banyak lagi.
![]() |
jalan menurun dari jalan besar, Kopi & Kueh by The Beach di belakang kereta menurun tu |
Dihujung sana tu Avillion Port Dickson. Satu hari nanti nak juga menginap di situ. Modalnya besar juga tu sebab Chalet mewah atas air dengan permandangan laut yang cantik.
Dah parkir, jomlah kita! Oh ye, parkir percuma je. Dari luar kelihatan penuh cafe ni. Kami disambut oleh pekerja dengan mesra. Tanya berapa orang, kami berdua je. Masih ada 2 tempat duduk yang kosong untuk berdua.
Kami pilih untuk duduk di tingkat atas dekat dengan ruang barista. Dapat juga melihat permandangan laut dari aras tinggi sikit berbanding di bawah.


Di atas tu POV Encik Suami. POV saya menghadap ke laut dalam gambar di bawah ni, ruang depan kedai. Tengah tunggu makanan, baru ada ruang kosong dua meja depan duduk berdua tu.

Sistem pesanan di sini guna QR dan terus buat pembayaran. Jadi dah scan di nombor meja masing-masing tak boleh tukar tempat duduk dah. Nanti bakal menyusahkan mereka untuk hantar pesanan.

Hazelnut latte panas
Macam biasa pesanan saya tak lain tak bukan hazelnut latte panas. Comelnya latte art dia berbentuk love. Simple tapi penuh makna. Air hazelnut latte nya sedap, rasa kopi lebih dan pahit-pahit sikit. Saya suka. Encik Suami pun approved.
Hazelnut latte, RM11.00
Hazelnut latte, RM11.00

Ice lemon tea sejuk
Kalau saya pilih air panas, Encik Suami akan pilih air sejuk. Dapatlah rasa air panas dan air sejuk. Dia pilih ice lemon tea. Rasa ice lemon tea yang menyegarkan tekak tak rasa manis sangat dan tak masam sangat. Seimbang, tak sakitkan tekak. Just nice!Lemon tea, RM8.00

Spaghetti carbonara
Saya pilih spaghetti carbonara untuk lunch. Banyak pilihan makanan, tapi menu ni juga yang saya pilih. Spaghetti carbonara creamy nyummy, sos kuah dia pekat. Ada taburan herbs tu saya suka. Banyak juga potongan ayam. Harga pun murah sikit daripada harga yang pernah saya makan.
Spaghetti carbonara, RM15.00

Chicken chop
Chicken chop dia penuh pinggan. Saya rasa sikit sepotong ayam dan sos blackpeppernya. Sedap! Perapan dia masuk dalam isi ayam tu. Sos pun sedap cuma kalau lebih sikit okay kot.


Bukan sekadar itu, angin menerpa-nerpa masa makan. Cuaca panas tapi angin menyejukkan. Best betul tak payah berperang dengan panas. Lagipun di Cafe ni dikelilingi dengan pokok besar. Jadi redup dan sejuklah.
Dah selesai makan, kami terus ke tepi pantai ni. Ambil gambar kejap dan jamu mata dengan permandangan laut yang cantik.

Zoom 5x potrait mode chalet Avillion PD. Syok kan kalau dapat di unit yang hujung ni, permandangan lagi cantik dan lebih privacy.

Tak tahulah apa nama pantai ni, dekat dengan pantai Saujana di sebelah sana tu. Nampak juga di kejauhan hujung tu Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri.
Meriah orang ramai mandi di pantai ni. Ada juga yang berkelah, berkhemah sambil healing di tepi pantai. Cantik dan tenang lepak di sini pun.

Kopi & Kueh by The Beach ni salah satu tempat/port mengopi best tepi pantai di Port Dickson. Suka mengopi dan suka pantai, silalah ke sini ye.
Kalau penuh, boleh je bungkus. Lepas tu bawa tikar ke kerusi healing ke makan tepi pantai. Pun nice juga kan.
Lokasi Kopi & Kueh by The Beach
Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hujung minggu/ Weekend dan Cuti umum/ Public Holiday : 11.00 am - 11.00 pm
KHAMIS/ THURSDAY : TUTUP/ CLOSED
Waktu operasi
Hari biasa/ Weekday : 3.00 pm - 11.00 pmHujung minggu/ Weekend dan Cuti umum/ Public Holiday : 11.00 am - 11.00 pm
KHAMIS/ THURSDAY : TUTUP/ CLOSED
34 Comments
Sy kena masukkan tempat ni dalam senarai, mana tahu nanti tersesat ke PD pulak, kan. Nampak sedap Spaghetti Carbonara dan Chicken Chop. Cold Lemon Tea menyegarkan, Hot Hazelnut Latte menenangkan, nak nak sambil menghadap laut. Bagi sy harganya sangat murah dibandingkan dengan suasana yang kita dapat. Aaaaaaaaa.. harap sy dapat ke sini nanti, Tq Fiza share.
ReplyDeleteKalau tersesat ke PD kena singgah tau. Win-win situation gitu makanan dan suasananya. hihi
Deletesama-sama.
seronok makan tepi pantai...kena angin sepoi2 bahasa...
ReplyDeleteBenar, vibes dia sangat best.
Deletebestnya dpt mkn2 lepak santai di tepi pantai
ReplyDeleteSangat best makan lepak tepi pantai. Suasananya menarik.
DeleteKopi & Kueh..... Tunggu saya tau. Best nya.
ReplyDeleteJangan lupa singgah nanti ye. Selamat menjamu selera dan menjamu mata.
DeleteMenarik vibe dia, nak pergilah nanti
ReplyDeleteSangat menarik, silalah pergi nanti.
Deletepizza dia pun best... Memang relax sgt dok kat situ kan.. hari tu dating ngan ibu je..next time nak bawak ian n iris plak 👍
ReplyDeleteNak cuba pizza jugak sebenarnya tapi macam nak makan spaghetti. Terpaksalah korban salah satu. Next time lah cuba pizza pulak. Pergi ramai-ramai lagi syok lepak tepi pantai.
DeleteAkak pernah pi yang kat kedai lama tu..kedai lama tu masih ada kan...yang by the beach ni x pernah pi lagi..nanti la ajak suami pi sini plak...
ReplyDeleteYang lama tu dah tutup kak. Pindah tempat baru tepi pantai ni.
DeleteToo nice to handle!
ReplyDeleteMakan sambil menikmati panorama, aaaa shoshuwit!
Kann..so so nice sangattt. Love vibes macam ni.
DeletePernah stay avillion tu dulu masa anak2 kecik. Lama tak pi PD. Boleh la nanti masuk list holiday semula ke PD. Menarik ni mengopi sambil tengok view.
ReplyDeleteMesti best kan. Nanti bolehlah datang lagi bercuti di PD.
DeleteAngin dan pemandangan memang lawo..... mesti ralit tengok pantai dan laut
ReplyDeleteLawo sangat kak Dana untuk saya yang suka tengok pantai ni. Seronok sambil makan layan angin pantai dan jamu mata dengan pantai cantik.
Deletehi Pijah...lama kak mieja tak dtg sini.....semua nampak best dan sedap....boleh try dtg sini
ReplyDeleteHi Kak Mieja. Terima kasih singgah.
DeleteAlhamdulillah...Semuanya sedap menepati selera. Silalah singgah nanti kalau ke PD.
syok ni mengopi sambil layan bayu laut
ReplyDeletetmpt2 mcm ni mmg boleh 'hanyut' seketika
tau2 je nanti order makanan lain hahahah
Memang syok. hihi..kan, mengelamun kejap. Jadi tak rasa lama tunggu order sampai.
DeleteBertuahnya dapat ke PD tu dek..menariknya, di sana saya agak memang sangat menarik..ada saujana laut yang mendamaikan..panorama yang indah dan ada angin bertiup..
ReplyDeleteAlhamdulillah ada rezeki datang ke sini. Ya, di sini banyak tempat dan pantai yang menarik. Suasana laut sangat mendamaikan dan tenang. Boleh release stress ditemani angin laut.
DeleteHa... tempat makan ni dah pesan awal-awal, tak boleh tukar tempat duduk ye Fizah. Betullah tu, nanti akan menyusahkan pula proses hantar makanan.
ReplyDeleteMakanan dan minuman yang dipesan pun nampak sedap belaka. Betul sedap itu subjektif, ikut tekak masing-masing. Pemandangannya pun indah dan menenangkan.
Baguslah mereka pesan awal awal supaya tak menyusahkan mereka dan tak ada masalah order untuk pelanggan.
DeleteYe, selera kita berbeza. Tempatnya memang menyajikan permandangan yang cantik.
tmpt mkn view pantai syok tu..sambil mkn sambil tgk pantai...nyaman
ReplyDeleteYe, semestinya best kalau tempat makan tepi pantai. Makan with view orang kata.
Deleteok setel BW yayyyy gigihhhhh
ReplyDeleteWahh Terima kasih madam! Usaha gigih tu saya hargai sangat-sangat.
DeleteDuduk tepi laut, hirup kopi panas, makan spaghetti, sambil angin laut sepoi-sepoi… memang tenang jiwa & perut pun happy.
ReplyDeleteBest betul nikmati semua tu dengan tempat yang cantik macam ni kan. Syukur.
Delete