Hari Ahad haritu makan lewat sikit. Ingatkan nak beli bungkus je makanan tapi kedai tu tutup pula. Lepas tu rasa macam nak makan nasi khao mok yang sedap tu je tapi hari Ahad katanya tutup. Tergerak hati nak tengok akaun TikTok LaPaROTI. Rupanya Ahad buka. Tutup hari Isnin. Jomlah kita!

Bila parkir penuh tu maknanya apa? Maknanya orang ramai. Kami masuk je lah, kot ada yang kosong nanti kira rezeki lah. Kalau tidak bungkus saja. Beratur untuk pesan makanan. Sistem pesanan di sini pesan dan bayar di kaunter. Nanti akan diberikan nombor meja.

Air kosong bersama lemon dan daun pudina dalam water dispenser tu percuma je. Ambil sendiri. Kami ambil dua gelas lepas buat pesanan dan terus ke meja.
Tak lama menunggu, pesanan kami pun sampai. Beli juga kopi hazelnut latte versi sejuk.

Air kosong/ masak tak dilupakan yang kami ambil 2 gelas tadi. Cuaca tengah panas, nak air sejuk-sejuk je.

Hidangan makanan sampai agak lambat juga tapi taklah lambat sangat. Kami pilih 2 hidangan nasi khao mok. Senang pilih menu yang sama cepat sikit kan. Sebelum ni pernah makan nasi lemak dan mi kari.

Lagi syok makan nasi khao mok ni di tepi sungai LaPaROTI ni. Makan perlahan sambil menikmati permandangan sungai.
10.00am - 6.30 pm

Kak SA, nanti bolehlah makan kat sini sebab hari Ahad buka ye. Lepas solat zohor kami terus gerak ke LaPaROTI. Parkir penuh di sebelah sana, mujur ada ruang parkir satu bertentangan dengan kedai ni tepi rumah depan. Tak mengganggu lalu lintas okaylah.
Bila parkir penuh tu maknanya apa? Maknanya orang ramai. Kami masuk je lah, kot ada yang kosong nanti kira rezeki lah. Kalau tidak bungkus saja. Beratur untuk pesan makanan. Sistem pesanan di sini pesan dan bayar di kaunter. Nanti akan diberikan nombor meja.
Pilihlah nak duduk di mana dan letakkan nombor tu atas meja senang mereka boleh nampak untuk hantar pesanan nanti.

Air kosong bersama lemon dan daun pudina dalam water dispenser tu percuma je. Ambil sendiri. Kami ambil dua gelas lepas buat pesanan dan terus ke meja.
Ada beberapa meja kosong. Kami nampak ada meja kosong tepi sungai dengan tiga tempat duduk. Jomlah duduk di situ je jauh sikit dari orang ramai dan dapat permandangan betul-betul tepi sungai.

Sebelum ke tempat kami duduk tu ada buaian. Bolehlah nak duduk buat bergambar. Nak main tu saya tak pasti selamat ke tidak. Risau hanyun laju ke sungai terus nanti.

Tak lama menunggu, pesanan kami pun sampai. Beli juga kopi hazelnut latte versi sejuk.

Air kosong/ masak tak dilupakan yang kami ambil 2 gelas tadi. Cuaca tengah panas, nak air sejuk-sejuk je.

Hidangan makanan sampai agak lambat juga tapi taklah lambat sangat. Kami pilih 2 hidangan nasi khao mok. Senang pilih menu yang sama cepat sikit kan. Sebelum ni pernah makan nasi lemak dan mi kari.
Motif datang sini pun sebab nak makan nasi khao mok kan. Dihidangkan dalam pinggan stainless steel. Tudiaa haih penuh pinggan.

Lagi syok makan nasi khao mok ni di tepi sungai LaPaROTI ni. Makan perlahan sambil menikmati permandangan sungai.
Kalau makan di sini pun nasinya banyak. Jenuh juga saya nak habiskan. Tapi sebab lapar, habis licin kami makan sepinggan sorang. Alhamdulillah...
Lokasi LaPaROTI
Lot 8068, Batu 2, Jln Jelebu, Taman Setia Jaya, 70400 Seremban, Negeri SembilanWaktu Operasi
Selasa - Ahad (ISNIN TUTUP)10.00am - 6.30 pm
2 Comments
Ni sama kan dengan nasi khao mok yang Fiza tapau sebelum ni? Memang betul² sedap tu sampai me-repeat member, hihi. Ialah, takut juga nak berayun kat buai tu. Kot terhumban dalam sungai, sakit dapat, malu pun dapat, hahaha.
ReplyDeleteYe, betul sama. Repeat sebab sedap. Lagi satu nak makan tepi sungai. hihi...
DeleteMalu tu okay lagi, kalau terhumban dalam sungai nayaaaaa.