Nasi khao mok atau nasi beriani Thai pernah popular dan viral sebelum ni. Masa tu teringin nak rasa nasi khao mok ni tapi ye lah tak mudah nak mencari di Malaysia ni. Kalau ada pun sesetengah tempat je. 

Tapi bila dah ada jual dekat dengan dia, lajulah kita nak cuba rasa kan. Itupun perasan LaPaROTI ada promo di TikTok. Tak pastilah dah berapa lama menu nasi khao mok ni ada disitu. Lama dah tak pergi singgah di LaPaROTI ni. 

Kali terakhir singgah brunch di LaPaROTI bulan Mac tahun lepas. Tahun ni belum terjah lagi. Nampak lagi meriah menu dan ruang makan di situ. Nanti boleh repeat datang makan lagi. Haritu beli nasi khao mok, Encik Suami beli bungkus je dan makan di rumah.

Pertama Kali Makan Nasi Khao Mok

Nasi Khao Mok

Nasi khao mok ada banyak nama dan ejaanya. Saya pun tak pasti mana satu yang tepat. Ada banyak nama seperti nasi khao mok, nasi komok, nasi khomok, nasi kumok,nasi kaw mok kai dan nasi khao mok gai. Ke ada lagi  namanya?

Nasi khao mok adalah Nasi beriani Thai yang sangat popular di kalangan umat Islam di Thailand. Aroma nasi yang wangi dihidangkan bersama ayam goreng berempah, sos khusus dan juga ulam-ulaman.

Nasi khao mok LaPaROTI

Satu hidangan nasi khao mok LaPaROTI dilengkapi dengan nasi beriani berempah, ditaburi dengan daun sup dan bawang goreng. Aroma nasi yang wangi.

Seketul ayam goreng berempah yang lembut juicy di dalam rangup di luar. Isi dalamnya dimasak elok. Potongan saiz ayam yang besar sampaikan nasi habis dulu, ayam masih ada lagi buat ratah je. Rempahnya berasa meresap dalam isi ayam. Sedaplah!

Daun saladnya cukup banyak. Hirisan tomato juga disertakan sekali. Tomato pun segar dan manis. Didatangkan bersama sup kosong dan juga air asam pedas. Tak pasti apa nama kuah dia, air asam pedas kot? Siapa tahu sila komen.

Satu set hidangan nasi khao mok ni berharga RM18. Kalau makan di LaPaROTI dihidangkan dalam talam dan porsinya besar. Sama jugalah macam bungkus ni. Puas makan dan kenyang. Nasi banyak, ayam besar, hirup pula sup panas-panas, memang kenyang lah cerita dia. 

Berbaloi juga lah dengan rasa. Pertama kali makan nasi khao mok dan saya akui rasanya sedap. Next time boleh ulang makan di kedai pula. Makan tepi sungai tu yang syok tu. Memang best makan kat situ. 

Lokasi LaPaROTI

Lot 8068, Batu 2, Jln Jelebu, Taman Setia Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan