Sepanjang ke Leisure Garden Sepang, nampak meriah kiri kanan sepanjang jalan area Sungai Pelek Kampung Jelutong Indah dengan jualan buah naga dan juga ladang buah naga. Balik nanti kami bercadang nak beli buah stok buah di rumah yang dah habis.
Asyik buah tembikai je dua minggu ni. Tukar buah lainlah pula. Dulu Encik Suami pernah beli di sini masa ada kursus di Avani Sepang Goldcoast Resort, murah dan manis buah naganya. Fresh from ladang.
Balik tu kami singgah di kedai ni Jalan Banting-Port Dickson. Nampak menarik promosi yang ditawarkan.

Encik Suami turun sorang dan beli yang 1 bakul RM10 tu. Ada banyak lagi promosi buah naga di sini. Ada.4kg : RM10 dan 15 biji : RM10. Belilah mana yang berkenan.
Selain buah naga merah, ada juga buah naga putih tu. Encik Suami beli juga buah naga potong yang diletakkan dalam gelas bersama sebatang lidi, campuran buah naga merah dan putih. Sedap manis, habis makan dalam kereta.

Dalam 1 bakul tu ada 6 biji buah naga. Besar-besar juga saiznya. Walaupun kulitnya nampak tak segar dah tapi dalam dia segar ya amat. Rasa macam makan buah naga yang baru dipetik. Sedap betul. Tak ada masam lansung ye. Manis.

Balik tu habis sebiji saya makan. Punyalah sedap. Biasanya kalau beli di shopping mall rasa dia ada masam sikit. Berbaloi beli. Tapi tulah tak boleh beli banyak, nanti jenuh nak habiskan. Buah naga ni bukan jenis tahan lama.
Setakat 2-3 hari okay lagi. Tapi bila kulit dia dah mula melecur dan berair tu tanda-tanda kena habiskan segera. Kalau tidak, tak sedap dah.
Pernah cuba simpan dalam peti ais tapi tak sedap. Kalau dipotong-potong pun kena makan cepat juga. Berair juga dan kurang sedap.
Sungai Pelek ni terkenal dengan ladang buah naga yang besar. Berbaloilah beli buah dari ladang dengan harga murah.
Dulu Kuala Pilah ada juga ladang buah naga. Sekarang ni macam dah berkurang je. Tapi masih ada jual lagi buah naga dari ladang. Pernah beli cuma kurang sikit rasa dia. Mungkin kurang menjadi kot buahnya.
0 Comments