Minggu lepas Encik Suami ada tugasan luar ke selatan nun di negeri Johor. Jadi, saya ambil peluang ikut sekali. Sambil tu boleh jalan-jalan di negeri sendiri.
Kalau tidak, bila lagi? Nama je orang Johor tapi jarang sekali nak jelajah negeri Johor terutamanya bahagian Selatan.
Saya Johor utara, berjiran dengan orang Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Jarang sekali nak jalan-jalan ke selatan Johor kecuali dulu kerap ke Johor Bahru sebab temujanji arwah abah di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).
Lepas tu tak jalan mana. Paling tidak singgah di rumah makcik di Taman Perling. Itu je. Tapi sekarang hanya tinggal kenangan.
Hari Rabu tu sepatutnya Encik Suami half day untuk gerak ke Johor awal tapi disebabkan Encik Suami ada kerja yang perlu diselesaikan, kami gerak lambat ke Johor. Sampai pun lambat lah, dah malam. Anggaran masa sampai jam 9 lebih macam tu.
Urusan suami di tempat lain. Tapi kami memilih untuk menginap di area Desaru sebab area Hotel di situ banyak pantai yang menarik.
Why not kita stay situ alang-alang dah berdekatan. Dapatlah juga kami berpeluang merentasi Jambatan Sungai Johor ke Desaru. Kami berdua pun tak pernah lagi sampai di Desaru ni.
Jambatan Sungai Johor/ Sungai Johor Bridge
Menurut wikipedia Jambatan Sungai Johor, panjang bahagian utama jambatan ini adalah sepanjang 1708 meter. Rentangan utama pula panjangnya 500 meter merentasi Sungai Johor. Terdapat dua menara utama sepanjang jambatan tersebut setinggi 143 meter.Jambatan ni merentasi Sungai Johor di Lebuhraya Senai-Desaru. Sekarang dalam proses naik taraf dari 2 lorong ke 4 Lorong.
Walaupun tak jelas, tetaplah ambil gambar untuk simpanan dalam album gambar kenangan. Mujurlah di jambatan ni ada lampu. Kalau tidak, lagi tak nampak apa.

Maaf terjakun sikit sebab first time baru sampai. Kalau Pulau Pinang ada Jambatan Pulau Pinangnya, ada dua lagi tu. Di Johor pun ada juga. Kalau dilihat dari atas, cantik seperti Jambatan Pulau Pinang.

Gambar bawah saya ambil masa perjalanan balik. Tak jelas juga walaupun cuaca elok sebabnya saya lupa nak ambil gambar, sibuk ambil video. Screenshot je lah.

Jambatan ni tak seluas dan tak sepanjang Jambatan Pulau Pinang. Tak ada ruang kecemasan di tepi dan dilarang memancing dari atas jambatan ni.
30 Comments
Wahhh.. dia datang Johor la. Kalau balik Segamat, tak sebut Johor, kan, walaupun Segamat daerah dalam negeri Johor. Kalau nak jambatan Desaru ni, feeling² jugaklah naik jambatan PP, sebab tiang kat tengah tu macam nak sama.
ReplyDeleteJohor, kami datang. hihi...Betul². Kalau balik Segamat tak sebut Johor. A'ah lebih kurang je cuma Jambatan Johor ni tak ada mahkota atas menara tu kan.
DeleteTak apa gambar tak jelas Fiza. Yang penting kita dapat lihat suasananya, malam!
ReplyDeleteYa, janji ada gambarnya. hihi...
Deleteakak pun org Johor. tp tanya Johor sure failed. hehehe
ReplyDeleteHihi..samalah kita kak.
DeleteCantik juga jambatannya. Rajin dia mengambil gambar. Betul sangat tuh memanfaatkan masa bila pasangan bertugas dekat sesuatu tempat kan. Desaru terkenal dengan pantai yang molek sekian lama kan
ReplyDeleteNampak ada jugalah ada seninya kan. Hihi..dah sebati dalam jiwa suka tangkap gambar. Betul, dapat teman tu pun dah best dah. Ya, Desaru banyak pantai yang cantik.
DeleteBaru tahu juga ada Jambatan Johor ke Desaru.
ReplyDeleteTq kongsi gambar dan cerita.
Ya, ada. Sama-sama Kak Wina.
DeleteKalau ke Desaru memang lalulah jambatan ni.
ReplyDeleteYe wak, dapatlah saya merasa lalu jambatan ni.
DeleteOhh johor pun ada jambatan ikonik jugak ye.
ReplyDeleteSaya mmng lama sungguh tak jejak johor sbb tak ramai sedara mara belah sana
Ya, ada. Walaupun saya orang Johor, baru pertama kali lalu sini. huhu...
DeleteBestkan? Johor pun ada jambatan ikonik. Kita pun jaaarang sangat jalan di JB meskipun anak jati JDT.
ReplyDeleteLepas ni, jika asben tanya nak bercuti di mana, nak ajak jln2 di JB, hiiii....
Best! Itulah tu, Tapi Sya dah dekat sikit lah dengan JB tu kan. Saya lagi jauh nak ke JB nun. Lepas ni kita explore negeri kita lah ye.
Deleteelok je fiza ambil video nampak dari jalan tar ke puncak jambatan. kalau ammi yang ambil entah apa rupa kejadiannya
ReplyDeleteAmbil dari atas dashboard. Letak phone tengah², guna wide angle.
Deletemenggamit memori laaa...MZ pernah cuti2 anantara desaru last few yrs (pergi sempena anniversary)
ReplyDeleteWah, best tu stay Anantara. Modalnya besar. Sesuai sangat untuk anniversary.
Deletetak pernah lagi naik jambatan nie.
ReplyDeletefaham sangat perasaan tu, walaupun dalam johor tu, tapi nak sampai sinun, berkicap gak, nak2 kalau jem..
Kena pergi Desaru kalau nak lalu jambatan ni. Itulah tu, jauh nau. Sebab tu jarang pergi.
Deletenampaknya sy kena pegi desaru laa baru dpt merasa naik jambatan ni😁
ReplyDeleteYe, betul tu Anies. Jom ke Desaru!
DeleteSaya selalu suka kalo melihat jembatan. Apalagi yg panjang, megah, dan tinggi. Rasa kagum langsung. Johor ini saya belum pernah datangi. Dah masuk list. Tapi tuhlah , tahun depan saya masih galau antara nak datang ke Sabah Sarawak atau Johor 🤣.
ReplyDeleteSaya pun suka, sentiasa merakam kalau melalui mana-mana jambatan. Saya rasa better pergi Sabah Sarawak dulu. Johor masih disemenanjung masih senang nak pergi. Sabah Sarawak tu kena naik flight.
DeleteJohor, sabar dulu… Ccl belum sempat sampai lagi, tapi memang teringin nak explore semua.
ReplyDeleteDatang Johor kena lama sikit Lyana, jauh tu dari Utara ke Selatan. Kena plan dulu mana nak pergi sebab banyak tempat menarik. hihi...
DeleteLambat akak komen kat sini tapi kalau nak tau banyak jambatan macam ni area Johor kan..kan Muar pun ada...akak pun dah lama x balik Johor sebab suami dah pindah sini dan kerja kat Putrajaya kan..
ReplyDeleteBetul, dengan replika ikonik mahkota tu kan. Ohh dah dapat kerja Putrajaya dah ye. Alhamdulillah...Sesekali balik JB boleh lajak ke Desaru kejap. Sana banyak pantai cantik-cantik.
Delete