Encik suami sampai rumah awal lebih kurang jam 6.00 petang macam tu. Ajak makan di luar je lah. Makan malam awal sikit di Rumah Panggung Cafe yang tak jauh dari rumah.

Kami terus ke kaunter buat pesanan dan bayar terus. Sempat saya potretkan beberapa keping gambar. Mujur tak ada pelanggan lain. Dapatlah ambil gambar elok sikit.
Tertarik pula dengan hiasan bunga tahi ayam bersama daun variegated yang tak tahu apa ID dia. Cantik juga dibuat hiasan sebagai penyeri. Petik kat laman je ni sebab nampak banyak pokok bunga di halaman depan rumah berdekatan kawasan parkir.

Total semuanya ada sen-sen. Tapi tuan kedai genapkan jadi ringgit dan diskaun je sen-sen tu. Baiknya tuan kedai tak berkira. Ni untung ke tak ni?

Saya pilih untuk duduk di hujung sekali. Lebih privacy sikit kan. Musim panas ni air sungai pun macam nak kering dah. Kalau musim hujan ni, air naik sampai boleh tutup kedai.

Kalau air sungai banyak sikit best jugak dengar bunyi air mengalir. Kami tak berduaan, ditemani si calico ni. Baru duduk dia dah datang dekat mengiau. Makanan pun tak sampai lagi, awak dah meminta makanan.

Duduklah situ dulu. Jap lagi kita bagi makan okay. Maka, terbaringlah dia bergolek atas pasir tu. Sempat pula tu menunaikan hajat di belakang tu. Nasib baik jauh, kalau tidak bau tahi panas. hahaha...
Tak lama tu minuman kami pun sampai lah. Hiruplah dulu kopi hazelnut latte panas kegemaran saya. Dapat cawan kuning lagi. Asal pakai baju kuning je, cawan pun kuning juga. Berjanji ke kita?

Sedapnya menghirup secawan latte panas suam gitu di waktu petang ni. Encik suami pesan air spanish latte. Belum sempat memotret dia dah kacau dulu airnya, jadi rupa dia jadi lain dah siap berkacau.

Air sampai bersama dengan cream cheese garlic bread. Tergoda tengok dalam chiller tadi, terus pesan juga satu buat rasa-rasa sebab tak pernah makan lagi. Masa viral sebelum ni tak sempat nak rasa. Sedap jugalah, sesuai untuk minum petang.

Kami pesan 2 set nasi lemak untuk makan malam. Di sini tak banyak pilihan makanan berat cuma ada nasi lemak dan spaghetti carbonara je. Yang lain makanan ringan. Nasi lemak ada dua jenis, ayam berempah atau nasi lemak biasa ada telur goreng.
Nasi lemak lambat sikit sampai sebab ayam tu dia goreng panas-panas. Bukan dah goreng siap-siap. Penantian yang berbaloi sebab ayam rempahnya sedap. Nasi lemak kurang sikit rasa lemak dia. Tak pasti pandan ke atau pewarna sahaja. Tapi okay je nasinya.
Sambal agak cair sikit dan kalau pedas, lagi sedap.

Terang hampir berubah gelap, tuan kedai buka lampu. Sebelum maghrib kami dah selesai makan dan balik.

Tutup : Selasa & Khamis
Rumah Panggung Cafe dengan suasana baru
Ini kali kedua kami singgah makan di sini. Sebelum ni pernah makan petang. Masa tu masih baru buka lagi dan tak semeriah sekarang ada banyak tempat duduknya. Malam-malam mesti meriah ramai orang lepak mengopi.Masa kami sampai tak ada pelanggan lain lagi. Ada satu kereta je milik tuan tanah atau pekerja mereka.
![]() |
Pintu gerbang buah markisa. Nampak ada beberapa biji berjuntai di atas |
![]() |
papan tanda Selamat Datang |
Bila tengok rumah kayu ada beranda ni teringat rumah lama dulu ada beranda, tempat lepak berbual kalau tetamu datang.

Kami terus ke kaunter buat pesanan dan bayar terus. Sempat saya potretkan beberapa keping gambar. Mujur tak ada pelanggan lain. Dapatlah ambil gambar elok sikit.

Total semuanya ada sen-sen. Tapi tuan kedai genapkan jadi ringgit dan diskaun je sen-sen tu. Baiknya tuan kedai tak berkira. Ni untung ke tak ni?
Dulu tak ada kaunter ni, masa tu kaunter kecil bawah rumah je. Sekarang banyak dah ditambah dan lebih menarik untuk keselesaan pelanggan. Yang penting, lebih easthetic.

Saya pilih untuk duduk di hujung sekali. Lebih privacy sikit kan. Musim panas ni air sungai pun macam nak kering dah. Kalau musim hujan ni, air naik sampai boleh tutup kedai.

Kalau air sungai banyak sikit best jugak dengar bunyi air mengalir. Kami tak berduaan, ditemani si calico ni. Baru duduk dia dah datang dekat mengiau. Makanan pun tak sampai lagi, awak dah meminta makanan.

Duduklah situ dulu. Jap lagi kita bagi makan okay. Maka, terbaringlah dia bergolek atas pasir tu. Sempat pula tu menunaikan hajat di belakang tu. Nasib baik jauh, kalau tidak bau tahi panas. hahaha...
Tak lama tu minuman kami pun sampai lah. Hiruplah dulu kopi hazelnut latte panas kegemaran saya. Dapat cawan kuning lagi. Asal pakai baju kuning je, cawan pun kuning juga. Berjanji ke kita?

Sedapnya menghirup secawan latte panas suam gitu di waktu petang ni. Encik suami pesan air spanish latte. Belum sempat memotret dia dah kacau dulu airnya, jadi rupa dia jadi lain dah siap berkacau.

Air sampai bersama dengan cream cheese garlic bread. Tergoda tengok dalam chiller tadi, terus pesan juga satu buat rasa-rasa sebab tak pernah makan lagi. Masa viral sebelum ni tak sempat nak rasa. Sedap jugalah, sesuai untuk minum petang.

Kami pesan 2 set nasi lemak untuk makan malam. Di sini tak banyak pilihan makanan berat cuma ada nasi lemak dan spaghetti carbonara je. Yang lain makanan ringan. Nasi lemak ada dua jenis, ayam berempah atau nasi lemak biasa ada telur goreng.
Nasi lemak lambat sikit sampai sebab ayam tu dia goreng panas-panas. Bukan dah goreng siap-siap. Penantian yang berbaloi sebab ayam rempahnya sedap. Nasi lemak kurang sikit rasa lemak dia. Tak pasti pandan ke atau pewarna sahaja. Tapi okay je nasinya.
Sambal agak cair sikit dan kalau pedas, lagi sedap.

Terang hampir berubah gelap, tuan kedai buka lampu. Sebelum maghrib kami dah selesai makan dan balik.

Lokasi Rumah Panggung Cafe
Jln Pantai, 71770 Seremban, Negeri SembilanWaktu operasi
Buka : 5 hari ( Ahad, Isnin, Rabu, Jumaat & Sabtu) jam 4.00pm - 11.00 pmTutup : Selasa & Khamis
4 Comments
wah...menarik kedai macam nie...boleh ngopi2...tapi, anak2 tak pandai ngopi lagi..jadi, tak boleh bawa anak2.. hahaha
ReplyDeleteSini la yanga akak x sampai2 lagi ni...bila nak terjah x tau
ReplyDeleteAlaaa.. sayangnya, suasana dah cantik tapi menunya tak banyak. Agaknya dia nampak Fiza pakai baju kuning la tu, tu dia buatkan latte dalam cawan kuning. Masa tu tak ada pulak pelanggan lain, kan.. kot² la memang cawan yg ada semua kuning ke, hihi. Ayam goreng panas² tu buat tambah sedap sayangnya nasi kurang sedap dan sambal kurang pedas untuk pempedas macam Fiza.
ReplyDeletedatang ke sini 16/8/2024...wahhh ammi ingat exact date. hahahh ingat sebab kita dtg utk celebrate birthday along ammi kat sini. Dan hari itu juga ada kejadian kebakaran selang 2 rumah ammi.
ReplyDelete