Makan Petang Di Rumah Panggung Cafe, Port Ngopi Tepi Sungai

Hujung minggu yang lalu, tak ada aktiviti hiking. Ajak encik suami makan petang di Rumah Panggung Cafe Jalan Pantai Seremban. Sebab dah brunch (breakfast + lunch), jadi kita makan petang lah.

Saya tahu ni pun dari TikTok, tu yang berhasrat nak pergi juga makan di sini. Sebelum viral, baiklah kita pergi dulu. Kononnya nak pergi malam tapi macam nak pergi siang je sebab nak rasa suasana siang. Siang lebih menarik dengan permandangan sungai tu.

Rumah Panggung Cafe ni konsep dia klasik gitu. Dengan rumah kampung, ruang makan terbuka di tepi sungai. Memang best vibes dia. Alang-alang ada masa, jomlah kita! Lagipun tak jauh dari rumah. 8 minit sampai ikut waze.

Beginilah suasana dia daripada pintu masuk Rumah panggung Cafe. Suasana rumah kampung. Baru lepas dinaiki air selepas hujan lebat sebab tepi sungai sungai kan. Tambah lagi cuaca sekarang tak menentu, asyik hujan je. Kalau hujan, air naik terpaksalah tuan kedai tutup kedai.

Rumah Panggung Cafe

Tak pasti kenapa dinamakan Rumah Panggung. Kalau nak tahu, kena tanya tuan tanah kedaung.

Rumah Panggung Cafe

Masa kami sampai ada 2-3 meja ada penghuni. Kalau dah sampai tempat begini, semestinya saya akan pilih meja dengan permandangan yang menarik. Saya pilih meja yang betul-betul dekat dengan tepi sungai. 

Rumah Panggung Cafe

Kami datang pukul 4 lebih macam tu. Cuaca pun sedang elok. Tak panas sangat dan cerah. Kadang-kadang muncul mendungnya.

Dari meja kami, permandangan dari belakang Rumah Panggung Cafe. Bagusnya di sini meja diletak jauh-jauh antara satu dengan lain. 

Agak privasi dan saya suka macam ni. Selesa nak menyembang, meja sebelah tak dengar sangat. Melainkan kalau menyembang dengan suara yang satu kampung boleh dengar. Itu lain.

Rumah Panggung Cafe

Dari sudut lain, ada banyak lagi ruang makan yang disediakan. Semuanya berjarak-jarak juga.

Rumah Panggung Cafe

Lepas kami pilih meja, kami diberikan menu. Tak ambil banyak masa memilih, terus kami buat pesanan.

Salah satu sebab teringin ke sini sebab nak mengopi. Barulah syok mengopi di tepi sungai gitu.

Rumah Panggung Cafe

Encik suami pesan spanish latte sejuk. Pesanan ni sampai dulu. Nikmat betul sedut air kopi sejuk sambil menikmati permandangan sungai depan mata. Bertambah sejuk tekak walaupun cuaca begini. 

Rasa spanish latte yang sedap krim berlemak.

Rumah Panggung Cafe

Kemudian air saya pula sampai. Macam biasa saya akan memilih minuman panas. Saya pilih caramel macchiato sebab tak ada menu hazelnut latte. 

Dah lama rasanya tak menikmati caramel macchiato. Memanjang pesan hazelnut latte je kalau beli kopi. Caramel macchiato jarang lah tak sedap. Sedapnya hirup buih-buih atas sebelum dikacau rata.

Saya suka kalau kopi latte dihidangkan dalam cawan begini berbanding cawan kertas, kurang sedap jadinya. Betul tak? Macam ni baru ngam. Barulah dapat ambil gambar cantik sikit dengan berlatarbelakangkan suasana sungai tu haaa.

Rumah Panggung Cafe

Agak lama sikit menunggu makanan. Spaghetti carbonara pun sampai. Nak makan roti bakar, payah pula bila pakai braces ni. Susah nak gigit. Gigit depan macam tak function dah.

Spaghetti carbonara boleh tahan sedap juga. Tak terlalu creamy dan tak muak. Sos yang banyak.

Rumah Panggung Cafe

Tiba pula giliran nasi lemak mendarat di meja kami. Encik suami pesan nasi lemak ayam berempah. Terpaling lambat sampai sebab tunggu ayamnya masak barangkali. Saya suka sambal dia sebab pedas. 

Nasi kurang sikit lemak dia tapi masih berlemak. Sedap juga begitu. Nanti berlemak sangat, mengantok! Ayam pula saya tak rasa sebab malas nak mengunyah daging ayam. 

Rumah Panggung Cafe

Di sini tak banyak menu makanan sangat. Yang saya ingat ada roti bakar, nasi lemak biasa, nasi lemak ayam berempah, spaghetti carbonara dan spaghetti thai green curry kalau tak silaplah. Kira bolehlah kalau nak menjamu selera dan lepak mengopi di sini.

Harga pun masih berpatutan, tak macam kedai kopi hipster yang lain. Suasana tu yang mahal tu. Boleh ulang datang mengopi di sini.

Lokasi Rumah Panggung Cafe

Jalan Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

9 comments:

  1. Nama dan tempatnya sama menarik. Jealous tengok sana banyak port makan macam ni.

    ReplyDelete
  2. Serius cantik dan best nya tempat makan tepi sungai ni. Makanan pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. Nyamannya ngopi kat situ. Untung tuan rumah.

    ReplyDelete
  4. Suasana tenang bunyi air sungai, nampak menarik! Tapi jauh betul nak pergi..

    ReplyDelete
  5. Memang selesa mengopi di meja yang agak jauh dari meja pelanggan lain. Saya pun suka suasana begitu.
    Nampak lain dari yang lain Rumah Panggung Cafe ini. Sesuai sangatlah untuk pelanggan yang ingin bersantai-santai walaupun tidak banyak pilihan menu makanan dan minumannya.

    ReplyDelete
  6. mak aiiii syoknyaaaaa
    makan sedap dpt menjamu mata lagi dgn alam sekitar...
    tau2 je dah nak maghrib ;-)

    ReplyDelete
  7. mengopi di tepi sunagi memang feeling dia lain macam.. dulu pernah buat macam tu masa lepak dengan kawan2 uni. kami lepak kat sumpitan perak. ada area glamping tepi sungai di situ yang ada sekali dengan cafe kopi brew.. memang layan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.