Selepas membeli kopi di Stesen Petronas Desaru, kami makan malam di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly. Saya cari dalam TikTok tempat makan best di Desaru, jumpalah restoran ni. Restoran pun dah dekat dan tutup jam 11.30 malam. Sempat lagi kalau nak pergi makan.

Ruang makan dia luas dan banyak kedai makan. Restoran ni popular di Desaru, itu yang ramai pelanggan datang makan malam di sini. Tengok tempatnya pun kita dah tahu ramai orang datang sebab banyak tempat makannya.

Selain tu tempat ni juga tempat tengok kelip-kelip atau kunang-kunang dalam english firefly. Sebab tu namanya firefly. Tapi Bujang tu tak tahulah sempena nama apa. Bukan bujang senang kan? Terapung tu sebab restoran ni didirikan atas air.
Tak tahu nak makan di mana kat Desaru ni, silalah singgah makan di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly. Berbaloi kalau makan ramai-ramai ni. Harga murah dan makan pun sedap.
Dengan menggunakan perkhidmatan waze, sampailah kami di lokasi. Jalan nak sampai ke sini sikit punya seram, jalan masuk ke dalam tak ada lampu. Mujurlah tak jauh sangat. Kita dah risau dah. Dahlah dekat nak tengah malam kan.
![]() |
Di sebelah kiri laluan ada kolam ikan boleh bagi makan, kena bayarlah tapi |
Masa sampai hanya ada dua tiga buah kereta. Jomlah kita masuk ke restoran cepat. Nanti lambat-lambat tutup pula. Perut pun dah meminta-minta ni. Nampak gayanya macam kami pelanggan terakhir.
Menarik suasana di Restoran Terapung Saefood Bujang Firefly ni dihiasi dengan lampu warna-warni dan dibina atas sungai.

Ruang makan dia luas dan banyak kedai makan. Restoran ni popular di Desaru, itu yang ramai pelanggan datang makan malam di sini. Tengok tempatnya pun kita dah tahu ramai orang datang sebab banyak tempat makannya.

Ada platform tempat untuk boat bawa penumpang tengok kelip-kelip pada waktu malam. Teringin nak tengok kelip-kelip. Nak ada pengalaman tu tapi tak berani pula dah malam-malam ni. Kita ni dah lah paranoid dan aquaphobia. Lupakan saja hasrat tu.
Mungkin kalau masih awal malam tu boleh jadi pergi juga tu. Masa pun tak mengizinkan. Jadi kita makan-makan je lah di sini.

Saya pilih untuk duduk di bahagian yang terapung dekat dengan tepi air. Seram pula tengok air sungainya tu. Tenang tapi jangan disangka air yang tenang tu tenang. Eh, silap peribahasa. Nak kata ada buaya macam tak.
Oleh kerana kami ni pelanggan terakhir. Boleh lah pilih nak duduk dimana. Meja pun tak ada untuk duduk berdua. Bantailah pilih meja yang besar untuk keluarga. Kami buat pesanan di kaunter dan pilih pakej Set A, RM83.

Service laju sebab tak ada pelanggan lain. Pelanggan yang ada dah hampir siap makan. Adalah dalam tiga keluarga macam tu. Makanan pun sampai serentak semuanya kecuali ikan siakap bakar sampai lewat sikit.



Sebelum makan tadi nampak boat lalu, bergoyang kejap tempat kami makan ni dek kerana gelombang air dari boat tu . Ambil peluang ambil gambar kejap. Tak ramai yang tengok kelip-kelip. Tak pasti berapa harganya.

Kami makan dengan pace yang sederhana, makan sambil menikmati suasana. Tapi taklah terlalu santai berleha-leha walaupun masa masih banyak lagi belum jam 11.00 malam. Ada masa setengah jam lagi.


Saya pilih untuk duduk di bahagian yang terapung dekat dengan tepi air. Seram pula tengok air sungainya tu. Tenang tapi jangan disangka air yang tenang tu tenang. Eh, silap peribahasa. Nak kata ada buaya macam tak.
Oleh kerana kami ni pelanggan terakhir. Boleh lah pilih nak duduk dimana. Meja pun tak ada untuk duduk berdua. Bantailah pilih meja yang besar untuk keluarga. Kami buat pesanan di kaunter dan pilih pakej Set A, RM83.
Pakej Set A
- Teh O ais x 2
- Nasi putih x2
- Tomyam campur
- Kangkung belacan, kami tukar kailan ikan masin
- Siakap tiga rasa, kami tukar siakap bakar sambal
- Sotong goreng tepung
- Telur dadar
Senang dah ada pakej macam ni. Boleh tukar menu juga.
Teh O ais
Tak lama menunggu minuman pun sampai, pesan ais kosong sekali. Air teh O ais pun ngam tak manis sangat.

Service laju sebab tak ada pelanggan lain. Pelanggan yang ada dah hampir siap makan. Adalah dalam tiga keluarga macam tu. Makanan pun sampai serentak semuanya kecuali ikan siakap bakar sampai lewat sikit.
Bila tiba makanan rasa macam banyak sangat lah pula nak makan berdua. Kalau tahu order ala carte je tadi. Surprisingly, kami makan habis ye. Masing-masing lapar. Mujurlah porsi nasi dia kecil.
Tomyam campur
Saya suka betul dengan rasa tomyam dia. Lain dari yang lain rasa tomyam yang pernah saya cuba. Kuah pekat, rasa pedas manja-manja je, masam dia tak berapa sangat ada manis sikit. Tak macam tomyam Thai tapi sedap.
Isi tomyam dia menimbun ye. Puas hati makan, semuanya segar-segar.
Sotong goreng tepung
Sotong goreng tepung sedap rangup. Isi sotong pun tak liat. Pandai tukang masak ni masak. Kalau liat, saya nak makan pun susah dengan braces ni. Tapi ni okay, mudah kunyah tak liat. Banyak pula tu porsi dia. Kami meratah je lepas habis nasi.
Telur dadar
Telur dadar dia tanpa garam rasanya. Saya suka kalau telur dadar tanpa garam atau perasa. Suka rasa aslinya sebab yang lain pun dah berasa kan. Kat rumah pun kalau masak telur mesti tanpa perasa. Sedap!
Kailan ikan masin
Kailan ikan masin tak masin sangat. Ditaburi dengan bawang goreng. Sayur kailan yang segar, sedap mengunyah sebab rangup.

Ikan siakap bakar sambal
Watak utama dalam hidangan makan malam kami. Ikan siakap bakar sambal dengan isinya yang sangat lembut juicy. Bakar tapi macam makan ikan di stim pula. Saya suka kalau ikan bakar tu ada hangus-hangus sikit dan rasa smoky baru best.
Tapi kalau bersambal macam ni pun okay je dah sedap dah. Makan aje lah. Dah makan baru perasan ada limau. Terlupa nak perah. Penangan lapar sampai tak perasan ek.

Sebelum makan tadi nampak boat lalu, bergoyang kejap tempat kami makan ni dek kerana gelombang air dari boat tu . Ambil peluang ambil gambar kejap. Tak ramai yang tengok kelip-kelip. Tak pasti berapa harganya.

Tapi kita faham lah masa-masa nak tutup kedai ni kan. Lepas kami balik mesti mereka terus tutup kedai punya. Makanan pun sampai cepat dan kami pun ambil masa tak lama untuk makan. Sebelum balik jangan lupa bayar di kaunter tadi.
Jomlah kita check in hotel. Badan pun dah penat.

Laluan keluar menuju ke pintu gerbang utama. Hati-hati lalu di sini. Papan dia bukan rapat-rapat. Tersandung atau ada barang jatuh naya ni.

Laluan keluar menuju ke pintu gerbang utama. Hati-hati lalu di sini. Papan dia bukan rapat-rapat. Tersandung atau ada barang jatuh naya ni.

Nak juga bergambar depan Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly tanda hadir. Alhamdulillah berselera kami makan, makanan sedap dan berbaloi. Lain kali boleh datang lagi. Tapi entah bila. Ini pun kebetulan Encik Suami outstation.
Tak tahu nak makan di mana kat Desaru ni, silalah singgah makan di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly. Berbaloi kalau makan ramai-ramai ni. Harga murah dan makan pun sedap.
18 Comments
Kat Cherating pun ada bot nak tengok firefly ni. Cie pun tak berani. Nampak menyelerakan semua menunya tu. Makan pulak sambil tengok view sungai memang syok la.
ReplyDeleteBelah sana mesti lagi best kan. Risau betul kan kalau naik boat malam-malam ni sebab tak nampak. Semuanya menyelerakan dan syok tepi sungai walaupun tak nampak view sangat pun.
DeleteBanyak jugak menu dalam set A tu. Rasa macam boleh 4 orang makan ni!
ReplyDeleteMmng default kalau makan tomyam, mesti kena ada sotong goreng tepung, kailan dgn telur dadar kan 🤣
A'ah banyak. Boleh makan untuk 3-4 orang ni lauk pauknya. Betul tu, kawan-kawan dia tu ngam sangat.
DeleteSeram la jugak dok kat sungai gelap2 cam tu kan?
ReplyDeleteBila tengok air dia begitu, seram jugaklah uncle. Tapi sebab nak datang makan, kita abaikan fikir bukan-bukan. Menikmati makanan lebih baik. hihi...
DeleteFiza datang malam² memang seram sikit jalan tu, siang pun seram apa lagi malam, mujurlah dekat aje dah sampai. Restoran ni memang betul terapung, di bawahnya dipasang tong² biru sebagai pelampung. Kalau air pasang tinggi lah jambatan nak masuk ke restoran tu. Lama sy tak makan sini, nampak sedap semua menu ditambah ceritanya dari tuan punya badan, memang kompom sedap ni. Porsinya banyak luar biasa jugak tu, mungkin dorang nak habiskan stok bahan mentah khas utk pelanggan terakhir. Rezeki tu, Fiza.. ternyata boleh habis, bagus, tak membazir.
ReplyDeleteUishh siang pun seram ek. Nasib baik lah tak jauh dari jalan besar tu kan. Ooo kalau air pasang lagilah tinggi kan.
DeleteKira kenalah dengan selera orang Johor dan Nismilan gitu. Agaknya lah kan dorang nak habiskan mana yang ada sebelum tutup. Alhamdulillah rezeki, habis makan dan puas hati.
weols pernah reunion kawan-kawan sekolah berbuka puasa di restoran ni. masatu daktiga berlari sakan atas tu, kekawan tolong tengokkan dorang, ghisau terjun laut. makpak syok makan.
ReplyDeleteUishh ghisau tu kalau terterjun dalam tu. Nampak macam dalam je. Untung juga ada kawan tengok² kan. Tapi bestlah makan kat sini kan.
Deletesaya pernah sampai sini..teringin nak dtg lg tapi ntah bila..tertarik dengan pemandangan paya bakau
ReplyDeleteJauh jugak tu kak Afzan nak ke sana dari Kuantan. Lebih kurang jarak saya dari Seremban juga. Sesekali okaylah kan jalan-jalan. Nanti ada rezeki masa dan bajet bolehlah datang lagi. Saya tak nampak permandangan sangat sebab waktu malam gelap tak nampak apa. Kena datang siang agaknya baru dapat menikmati permandangan kan.
Deletemasa ammi kerja di Pizza Hut lepas SPM dulu..kalau ada customer yang masuk lepas pukul 9.45malam tu adoiiii hangin bethol. Kita nak closing ni. Kang nak tunggu dia makan (kadang-kadang sampai pak guard kena datang halau) baru reti nak keluar. Itu pun shutter door dah separuh tiang.
ReplyDeleteUishh 15 minit lagi tu. Kalau sediakan makanan pun dah terlajak masa dah tu. Aduh, bertabahlah kan. Kalau takeaway okay lagi.
Deleteingatkn kt kuala selangor je tgk firefly ni...dkt johor pn ada....jarang menu set bole tukar2 menu...
ReplyDeleteA'ah, sini pun ada. Bagus lah kalau ada set yang boleh tukar menu kan.
DeleteKalau ramai-ramai tengok firefly, ok juga. Kalau setakat berdua, lain kali je la ye. Ada rasa seram juga.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap tengok makan malam Fizah dan suami.
Kann..kalau ramai-ramai tak pe jugak. Kalau berdua tak nak lah saya. Seram haihh..
DeleteAlhamdulillah..masakan di sini menyelerakan.