Lepas makan di Kopi & Kueh by The Beach, kami terus balik rumah dan solat zohor di rumah je memandangkan tak jalan kemana-mana dah di Port Dickson. Dalam perjalanan sebelum sampai rumah singgah tu singgah di Stadium Paroi kejap nak membeli makanan untuk minum petang nanti.
Haritu dah beli takoyaki, takkan nak beli takoyaki lagi. Ubah selera beli makanan lain lah pula. Kami pilih singgah di Era's Kitchen ni. Ada banyak menu juga di banner tu.


Beli juga tauhu bergedil, ada 7 ketul bersama sambal kicap. Saya lupalah berapa harga dia sebab Encik Suami yang beli dan bayar. Isi tauhu bergedil pun banyak dan padat. Sambal kicap pedas biasa-biasa je. Tak pedas sangat. Tapi okaylah.


Beli 3 ketul popia big mac ni. 3 ketul RM10. Murah sikit daripada yang saya pernah beli sebelum ni di Taipan Senawang RM12 untuk 3 ketul.
Walaupun dia macam rentung tapi isinya sedap, penuh padat dan isi dagingnya banyak. Lupa pula nak ambil gambar keratan rentas. Lepas ambil gambar ni terus makan je. Sangat berbaloilah dengan harga, kesedapan dan kualiti.

Beli juga tauhu bergedil, ada 7 ketul bersama sambal kicap. Saya lupalah berapa harga dia sebab Encik Suami yang beli dan bayar. Isi tauhu bergedil pun banyak dan padat. Sambal kicap pedas biasa-biasa je. Tak pedas sangat. Tapi okaylah.

Big mac tu makan seketul je dah kenyang. Tambah pula makan tauhu bergedil, bertambah kenyang. Malam tu ulang makan lagi baki yang tinggal. Tak payah makan malam dah.
8 Comments
Berbaloi jugak makan sebiji dah kenyang. Nampak besar popia big Mac tu, tak perlu dah makan malam. Tauhu pun nampak sedap tapi sambal kicap tak pedas la pulak untuk pempedas macam Fiza, hihi. Ialah, takkan asyik nak makan takoyaki aje, sesekali kita tukarlah selera, hihihi.
ReplyDeleteIyee..besar betul satu tu. Dahlah isi pun padat. Dapat sambal kicap yang pedas lagi sedap. Stok sambal kicap kat rumah dah habis lah pulak. Layankan je sambal kicap yang tak pedas ni.
DeleteSatu lagi makanan viral yang belum rasa, popia Big Mac. Mana nak cari ni.
ReplyDeleteHarap ada rezeki dapat jumpa dan mencuba nanti. Kalau tidak, ada masa boleh cuba buat juga.
Deletepernah beli tauhu bergedil kat situ gak...ok la..not bad
ReplyDeleteYup, okaylah kan not bad. Kira boleh makan lah.
Deletelast week gi pasar malam jumpa big mac popia dia jual 4 RM10 tp sy tak beli. takut tak sedap hehehe
ReplyDeletekalau ada cili kat rumah bleh tambah sikit kat sambal kicap tu kasi kick pedas
Murah lagi tu RM10 dapat 4. Dia kalau tak teringin memang tak beli lah.
DeleteMalas nak tambah cili, kita makan je. Stok sambal kicap habis pulak tu kan.