Lepas makan di Kopi & Kueh by The Beach, kami terus balik rumah dan solat zohor di rumah je memandangkan tak jalan kemana-mana dah di Port Dickson. Dalam perjalanan sebelum sampai rumah singgah tu singgah di Stadium Paroi kejap nak membeli makanan untuk minum petang nanti.

Haritu dah beli takoyaki, takkan nak beli takoyaki lagi. Ubah selera beli makanan lain lah pula. Kami pilih singgah di Era's Kitchen ni. Ada banyak menu juga di banner tu.

Big Mac dan Tauhu Bergedil Stadium Paroi

Beli 3 ketul popia big mac ni. 3 ketul RM10. Murah sikit daripada yang saya pernah beli sebelum ni di Taipan Senawang RM12 untuk 3 ketul.

Walaupun dia macam rentung tapi isinya sedap, penuh padat dan isi dagingnya banyak. Lupa pula nak ambil gambar keratan rentas. Lepas ambil gambar ni terus makan je. Sangat berbaloilah dengan harga, kesedapan dan kualiti. 

Big Mac dan Tauhu Bergedil Stadium Paroi

Beli juga tauhu bergedil, ada 7 ketul bersama sambal kicap. Saya lupalah berapa harga dia sebab Encik Suami yang beli dan bayar. Isi tauhu bergedil pun banyak dan padat. Sambal kicap pedas biasa-biasa je. Tak pedas sangat. Tapi okaylah.

Big Mac dan Tauhu Bergedil Stadium Paroi

Big mac tu makan seketul je dah kenyang. Tambah pula makan tauhu bergedil, bertambah kenyang. Malam tu ulang makan lagi baki yang tinggal. Tak payah makan malam dah.