Ikut perancangan, nak pergi ke Pantai Tanjung Balau. Masa kami lalu pos pengawal tu dia kata tutup sebab renovate ada jambatan runtuh. Sayangnya lah tak dapat pergi situ. Dia macam Pulau Burung dekat Pantai Cahaya Negeri Port Dickson tu.
Tak ada rezeki kamilah. Barangkali tandanya kena datang lagi kot kan. Jadi, kami terus ke Pantai Tanjung Lompat sebelum meninggalkan Desaru. Ikutkan hati nak pusing-pusing banyak pantai lagi. Tapi tak sempat lah.

Pantai Tanjung Lompat ni salah satu hidden gem di Desaru juga. Tempat menarik wajib singgah kalau ke Desaru. Dia tak ada signboard. Kami tengok di TikTok ada orang share cara nak pergi sini. Jalan dia rosak sikit tapi masih boleh lalu.
Tak ada hal, kami redah je dan sampailah di Pantai Tanjung Lompat yang ada banyak kapal nelayan ni. Air lautnya jernih dan paling best boleh bawa kereta melalui sepanjang pantai ni. Pertama kali lalu tepi pantai bawa kereta. Agak kejakunan sikit dan semestinya teruja.

Bestnya kalau dapat beli ikan segar tapi kalau ada pun kami tak beli sebab tak bawa storage. Nanti berbau ikan satu kereta parah lah pula kan.

Tak berlamaan di sini tak sampai setengah jam pun sebab cuaca panas nak ke tengahari. Dapat bayangkan tak panasnya tu. Air laut pun berkilat tu ha kerana panahan cahaya matahari.

Cantik betul ye Pantai Tanjung Lompat ni. Kalau petang-petang syoklah healing tepi pantai. Redup. Air pun landai dan cetek. Tapi kalau air pasang tak dapatlah bermain tepi pantai. Bahaya juga. Tak pastilah ramai orang mandi ke tidak di sini sebab kami datang tengahari kan.

Masa kami sampai ada beberapa kereta di hujung sana. Mereka bawa kereta redah air laut yang cetek. Kami tak berani. Sampai tengah tu je dah patah semula duduk bawah pokok ketapang yang redup ni. Ambil beberapa keping gambar dan video buat kenangan. Tanda hadir.

Pantai Tanjung Lompat ni pun tak jauh dari penginapan kami. Kalau tahu semalam boleh lepak sini juga waktu petang.
![]() |
Sebelah kiri pantai |
![]() |
sebelah kanan pantai |
Masa kami sampai ada beberapa kereta di hujung sana. Mereka bawa kereta redah air laut yang cetek. Kami tak berani. Sampai tengah tu je dah patah semula duduk bawah pokok ketapang yang redup ni. Ambil beberapa keping gambar dan video buat kenangan. Tanda hadir.
Pantai Tanjung Lompat destinasi terakhir kami di Desaru. See you when I see you Desaru.
24 Comments
Kalau musim panas berbahang duduk tepi pantai. Cie suka pantai sebab luas je pemandangan tengok laut terbentang.
ReplyDeleteBetul, bahang sikit tapi kalau ada pokok tak rasa sangat panas tu. Ada angin juga. Betul, cantik mata memandang. Otak pun auto rasa tenang.
DeleteOh, Pulau Burung, ingatkan Pantai Burung.
ReplyDeleteFiza, dari entri ni akak klik post Pulau Burung tu yg jumpa pulak cendol bakar dan tinggalkan komen di situ. Kena cakap ni, nanti Fiza pelik pulak, hahaha.
Dekat Desaru memang banyak pantai² cantik, airnya jernih bila musim panas tapi bila musim tengkujuh, air dan ombaknya hitam menakutkan. Seronok pulak tengok Fiza meneroka Desaru, akak dah lama tak pergi sana.
Pulau Burung di Pantai Cahaya Negeri. hihi..Okay, baik faham dah. Jauh perginya tu.
DeleteOh ye? Seram pulak dengarnya. Mujurlah masa pergi bukan musim tengkujuh. Takut gak tengok ombak hitam tu.
Nampaknya kena pergi tu, tak jauh sangat kan sejam gitu. Macam kami nak ke PD gak tak jauh, tapi tu lah bukan ke sana selalu. Itu perkara biasa kalau dekat lambat sikit nak sampai.
Pantainya macam gersang. Tempat ni tersembunyi ke dari view orang ramai?
ReplyDeleteYa, tersorok sikit pantai masuk ke dalam. Hidden gem tak ramai orang tahu.
Deleteberaninya yg bawak kereta redah laut tuu. risau kena tarik dgn current satgi huhu
ReplyDeleteItulah tu, jauh pulak kesana tu. Kita pulak yang risau.
DeleteWah boleh bawa kereta redah air laut! Tidak ramai orang yang seronok menung di situ.
ReplyDeleteYa, tapi kami tak berani lah. Risau..
DeleteHidden gem yang tak ramai orang tahu kot.
saya suka pantai yg byk2 pokok so boleh healing2 kat teduhan pokok heheh adoyai rindu nak gi pantai la plak bila baca entry u ni
ReplyDeletePantai ada banyak pokok baru best sebab ada tempat berteduh dan kurang panas. Jenis lapang tu tak sanggup juga kan. Long weekend ni boleh cari pantai tempat healing sebentar.
DeleteMenarik ni... Bila tengok org tinggal tepi pantai macam ni, teringin juga.
ReplyDeleteKalau dapat bermalam sehari pun okay juga kan. Tapi tak nampak pula ada homestay ke apa kat sini. Mungkin hanya kawasan nelayan je kot.
DeleteUncle ni pantang tengok pantai... rasa nak terjun je.. Macam dipanggil2
ReplyDeleteSeronok kan uncle kalau dapat mandi laut.
Deletelepak petang2 time cuaca redup syok ni...
ReplyDeleteKannn...syok sangat.
DeleteKombinasi warna alam yang menenangkan, biru langit, awan putih, deburan ombak warna keperakan yang menyentuh kaki pantai serta warna pasir yang lembut!
ReplyDeletePanorama yang membuatkan kita tenang. Kita nikmati saja apa yang ada di depan mata.
DeleteKalau ke pantai begini saya selalu cari warung yg jual seafood hahahahaha. Karena biasanya muraaah dan segar. Dibakar biasa saja pun dah sedap.
ReplyDeleteDi sini tak nampak pula restoran/kedai makan. Yang ada penempatan nelayan dan boat je Fanny. Ye, biasanya kalau dekat dengan laut memang murah seafoodnya. Betul, dibakar kosong dengan garam pun sedap dah.
DeleteCantiknyaa pantai ..macam terjaga ..xada nampak sampah ..
ReplyDeleteSangat cantik. Rasanya tak ramai orang tahu tempat ni kot. Macam kawasan tak diceroboh gitu.
Delete