Tak dapat nak ke Pantai Tanjung Balau sebab dah nak hampir waktu Maghrib sebab lama habiskan masa di Pantai Batu Layar yang cantik tu. Jadinya kami balik hotel terus.
Sebelum naik bilik, lepak kejap di pantai depan bilik kejap. Sepanjang pantai ni rasanya Pantai Desaru, kan? Ambil angin petang dan menikmati panorama waktu petang pula. Ambil peluang untuk bergambar di hotspot I love Tunamaya ni. Esok nak balik memang tak ada dah nak turun ke pantai.

Husband nak tolong saya duduk atas buaian ni tapi saya tak yakin sebab tinggi nau rasa. Kenapalah tak buat rendah untuk orang rendah. Yang sebelahnya tu lagilah tinggi. Haiyaa...
Sunyi je swimming pool ni tak ada orang mandi manda. Kalau on weekend ni mesti meriah. Sejenis aquaphobia memang tak pandang lah swimming pool ni. Berenang pun tak pandai. Swimming suit pun tak bawa kalau nak celup-celup kaki pun.

Best kan kalau dapat bersantai tepi kolam dengan permandangan laut nun jauh di sana. Tapi kami tak ada masa untuk bersantai. Tempat lain lagi kuat memanggil. Cukuplah kita pandang je.

28 Comments
Syoknya bercinta ditepi pantai..
ReplyDeleteSesekali gitu. hihi...
Deletebersemut sampai SB ni lah...
ReplyDeleteomey betul. tempat dating pun kemain lagi terasa kita sekali masuk dalam frame keromantikan de'amor uols berdua.
Mujur sampai Sungai Buloh ke, kalau sampai utara lagi manisss. hihi...
DeleteDah lama sangat ni kita tak kesini. Ingat Mak lagi tak. Hahahahaa.
ReplyDeleteTerima kasih sudi datang sini Mak Lin.
DeleteMana bideo times lapse nya?
ReplyDeleteVideo timelapse saya post kat ig story je uncle. Malas nak letak dalam blog. Nak tunggu upload sikit punya lama.
Deleteadoyai rindu nak lepak2 santai tepi pantai laaa
ReplyDeleteNanti-nanti bolehlah plan lepak tepi pantai.
DeleteIngatkan tone warna skirt tu 😆
ReplyDeleteTak, sebab basah tu. hihi...
DeleteSeronok sangat jalan2 pantai sampai basah kain tu xD tapi jalan tepi pantai waktu petang mmng best kann
ReplyDeleteSesekali dapat makan air laut, kita lenjan sikit je. Nak basah semua tak boleh. hihi...Memang seronok jalan-jalan tepi pantai.
Deletesyok tu...view pantai yg menenangkan
ReplyDeleteSyok sangat, view yang cantik dan tenang.
Deletebetul2 main air pantai nie..hihihi...kalau lama sikit, basah keseluruhan skirt tu...
ReplyDeleteAlang-alang kan. Kalau tidak bila lagi. Kalau dah basah tu kena mandi terus baru puas hati. kikiki...
Deletegambar kat balkoni tu buatkan sy teringat ada 1 hotel tu kat PD. lebih kurang mcm ni.... sedap je lepak menikmati angin menderu-deru ;-)
ReplyDeleteHotel apa tu Anies kat PD? Best layan angin pantai ni kan.
DeleteKadang-kadang tak perasan air dari bawah naik menyerap di skirt sampai ke atas.
ReplyDeleteBahagianya melihat merpati dua sejoli bercanda di tepian pantai.
A'ah. Itulah tu, cepat betul merebak sampai atas. Dahlah kain warna cerah. Nampak basahnya tu. Mujur dah sampai hotel. Alhamdulillah...Terima kasih Kak Amie.
DeleteSaya pun kalo stay hotel skr ini, pool memang tak dilirik lah 🤣. Makin besar, makin malas nak berenang . Padahal dulu zaman kecil memang wajib main di kolam kan 🤣.
ReplyDeleteLagi-lagi kalau open macam ni kan. Nak mandi pun di private pool okay lagi. Semakin dewasa, semakin kurang aktiviti macam ni. Hanya sekadar melihat dari jauh je. Dulu masa kecil belum tahu malu lagi. hihi...
DeleteSantai je mood petang ..duduk tepi pantai tengok matahari turun
ReplyDeleteYa, seronok bersantai tepi pantai. Tapi sini tak ada sunset, sunset belah lain. View sini sunrise je.
DeleteBestnya..pantai kat resort pun cantik tu...sygnya x dapat pergi Pantai Tanjung Balau tu...esoknya ye?
ReplyDeletePantai kat resort pun cantik juga. Cuma tak ada masa yang lama nak lepak lama-lama. Esoknya pergi tapi tak dapat masuk situ, tengah renovation.
Delete