Dari Jomis Old Jetty, kami terus gerak ke Pantai Batu Layar. Tempat menarik di Desaru wajib singgah. Kami guna waze untuk sampai ke sini. Lalu di sepanjang jalan pantai Batu Layar sampai ke hujungnya nampak batu layar ni baru kami berhenti parkir.
Kami sampai jam 6 petang macam tu, tak ramai sangat sebab hari bekerja kan. Kalau weekend saya rasa mesti ramai gila kot.

Pantai Batu Layar ni tarikan dia batu layar ni lah. Sempena batu berbentuk layar kapal ni lah diberi nama Pantai Batu Layar. Sepatutnya saya ambil gambar dari tepi dan dekat sikit baru nampak bentuk layar tu.





Ikutkan hati nak je jalan ke batu-batu belakang lagi tu. Tapi kena sedar diri pakai baju tak sesuai. Nanti basah, macamana? Lainlah kalau ada bawa baju spare. Lain kali lah ye.


Layan kejap sebelum balik hotel. Kalau dekat ni, hari-hari pergi pun best. Untung orang Desaru ni ada tempat healing yang cantik. Di sini ada chalet/resort kalau tak silap.

Pantai Batu Layar ni tarikan dia batu layar ni lah. Sempena batu berbentuk layar kapal ni lah diberi nama Pantai Batu Layar. Sepatutnya saya ambil gambar dari tepi dan dekat sikit baru nampak bentuk layar tu.
Benda dah lepas dan dah ambil pun, kita letak je lah mana yang ada. Syoknya jalan atas pasir Pantai Batu Layar ni, halus dan lembut je. Ini yang rasa nak berlamaan duduk tepi pantai.

Sampai je sini tengok air lautnya, mashaAllah...cantiknya! Air laut yang tak pernah saya tengok secantik ini. Macam air laut oversea yang airnya jernih dan airnya biru pekat. Bukan hijau biru yang biasa saya tengok.
Baru tahu negeri sendiri pun ada air laut secantik ni. Ye lah kan, air laut dari China Selatan sememangnya cantik dan menarik. Itu belum lagi ke pantai Timur, airnya cantik kehijauan kebiruan. Tapi di Pantai Batu Layar ni cantik betul air lautnya biru.

Disebalik batu bahagian batu layar sebelah kanan ada tempat batu-batu yang lagi menarik. Di celah batu layar tu ada pasangan pengantin tengah photoshoot. Jadi tak dapatlah ambil gambar disitu. Kita ambil gambar di sini je lah.
![]() |
candid by Encik Suami |
Sebab airnya jernih dan cantik, gigih nak juga pergi ke tempat berbatu tu. Kain basah pun basahlah. Airnya tak dalam, cetek lah juga atas buku lali sikit. Ada juga tempat yang agak dalam. Kena hati-hati juga pijak batu yang licin.

Seriously sangat sangat sangat cantik. Sumpah! Nampak tak muka teruja dan happy tu. Rasa nak duduk sini lama-lama menikmati angin laut, bunyi deruan ombak dan jamu mata dengan permandangan yang indah ni.

Airnya jernih. Tak berapa sejuk sangat mungkin sebab cuaca panas kan. Mandi pun best ni tapi swimming suit pun tak bawa. Tak rancang pun nak mandi manda. Cukuplah sekadar menjamu mata.

Ikutkan hati nak je jalan ke batu-batu belakang lagi tu. Tapi kena sedar diri pakai baju tak sesuai. Nanti basah, macamana? Lainlah kalau ada bawa baju spare. Lain kali lah ye.

Dah puas bergambar jomlah kita balik sebelum senja. Sebenarnya mengejar masa nak ke Pantai Tanjung Balau. Tapi macam tak sempat, esoknya je lah. Muka pun rasa macam dah terbakar dek cuaca panas. Sehari pun dah boleh buat muka berbelang dah. Aigooo...
Saya dah tak boleh pakai suncsreen dah sebab nanti alergi kalau kena cahaya matahari dan panas tambah berpeluh. Jadi pakai moisturiser je boleh. Mendapatlah sunburn. huhuhu...

Layan kejap sebelum balik hotel. Kalau dekat ni, hari-hari pergi pun best. Untung orang Desaru ni ada tempat healing yang cantik. Di sini ada chalet/resort kalau tak silap.
Tak ada orang jual-jual berniaga tepi jalan. Tempat healing yang best. Free entrance. Parkir pun luas, mana-mana boleh parkir.
14 Comments
Cantiknyaaa gambar. Beginilah cantiknya gambar pantai Batu Layar bila berada di tangan yang tepat, hihi. Batu Layar ni tempat kita meremaja. Banyaklah gambar dekat pantai ni masa zaman muda pakai kamera kodak yang kena pusing² tu tiap kali nak ambil gambar baru sebab kena pusing filem, hehe.
ReplyDeleteTerima kasih bonda. Hihi...Wah, bestnya zaman remaja kat sini. Seronok betul tengok laut area Desaru ni.
DeleteSubhanallah cantiknya. Pernah lalu dulu tapi tak cukup masa nak singgah.
ReplyDeleteNext time kalau datang Desaru kena singgah. Rugi kalau tak singgah.
Deletetapi percayalah..kadang-kadang org kawasan sekitar tak de pun nak datang healing.
ReplyDeleteMungkin jugalah tu Ammi. Tapi untung lah juga mereka dekat dengan tempat yang cantik. Anytime boleh pergi. Kita ni kena ada masa baru dapat pergi.
DeleteSubhanaallah .. cantiknya ciptaan Allah swt, tapi kan pantai-pantai belah Johor ni kurang di ketengahkan tak seperti pantai-pantai di Trengganu, Kuantan dan PD kan :)
ReplyDeleteBetul, kurang diketahui. Padahal banyak pantai cantik kat sini. Kurang pelancong datang sini kot.
Deletebersemut berlengas melekit.
ReplyDeletesemua cantik, pemandangan cantik, gambar cantik, empunya gambar pun kemain happynya.
Alamak, habis semua ditapau tu. Alhamdulillah..Terima kasih Sya.
Deletecantik sgt pantai ni!! saya suka pantai tp tak suka kalau kaki kena air sbb rasa melekit hahhhaah (mcm2 ragam!)
ReplyDeleteKalau macam tu kena duduk tengok dari jauh je. Kalau dah jejak pasir dan basah, takleh buat apa dah. Kena ada air pula nak bersihkan nanti.
DeleteCantiknya semua gambarr!
ReplyDeleteBila tengok batu2 kat situ, nampak mcm pantai batu pelanduk kat dungun pulak. Cantik air lautnya jernih je
Tapi mcm tak ramai org sangat ye? Ke sebab datang weekdays.
Terima kasih awak. Batu Pelanduk eh, tak pernah dengar lagi. Boleh masuk wishlist ni kalau sampai ke Dungun bolehlah pergi. Terima kasih share. Air lautnya memang jernih dan cantik.
DeleteTak ramai sebab weekday, kami pergi petang Khamis.