Sebelum gerak balik rumah, rancang nak makan malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din yang baharu. Sebelum ni kami pernah makan malam di Dusun Pak Din (DPD) ditempat lama dalam kawasan taman perumahan.

Lokasi baharu ni lebih luas lagi dan seperti dalam dusun. Sebelah tu macam ada homestay yang sedang membangun. Cantik tu kalau dah siap boleh menginap dan senang nak makan malam di Dusun Pak Din ni sebab waktu mula buka jam 6.00 petang.

Untuk datang ke sini kami guna waze je. Jalan nak masuk ke sini agak kecil dan rosak sikit. Berhati-hati kalau datang malam. Kami pergi waktu petang masih terang lagi dan Kafe Kebun Dusun Pak Din baru je di buka. 

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Signboard Kafe Kebun Dusun Pak Din menyambut kedatangan tetamu. Tandanya sampai di tempat yang betul.

Oleh kerana baru buka, banyak lagi parkir kosong dan banyak tempat lagi belum berpenghuni. Kami memilih untuk duduk di kawasan sekitar dekat dengan pintu pagar masuk ruang makan dari parkir.


Sukalah dengan tema outdoor serba putih ni. Payung outdoor yang easthetic. Kami duduk di kerusi plastik yang biasa tu. Ada jenis-jenis kerusi yang lain. Pilihlah nak duduk di mana yang selesa. Tapi lepas order, jangan bertukar tempat pula. Dah siap reminder pada belakang QR code ni.

Sistem pesanan menggunakan QR Code. Bayaran perlu dibuat di cashier nanti sebab dalam apps tu dia pending. Memang kena buat bayaran di cashier kot.

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Dah buat pesanan, kita cuci mata melihat keindahan Dusun Pak Din. Cantiklah landskap dan hiasan yang disini. Ada macam-macam jenis tanaman di sini. Papan tanda arah ni pun easthetic juga. 

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Dihujung sana dapur dan juga cashier. Sebelah kiri atas pun pun ada ruang makan lagi. Menarik juga ruang di situ. Tapi macam untuk tetamu yang datang beramai-ramai sebab lebih daripada 4 kerusi di situ, meja pun meja panjang.

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Di sebelah kiri saya ada hiasan basikal yang di cat putih. Menarik juga ni jadikan hiasan daripada terbiar jadi besi buruk kan.

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Air sirap bandung

Tak lama menunggu, minuman kami pun sampai. Saya pesan air sirap bandung memandangkan tak ada kopi yang menarik untuk selera saya.

Dah lama juga tak minum air manis-manis macam ni. Asyik kopi, kopi dan kopi je kan. Yang bagusnya air sirap bandung dia tak manis. 

Air sirap bandung, RM6

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Air mineral

Encik suami pesan air mineral. Malas nak minum air manis katanya. Air mineral botol kecil di hantar bersama dengan gelas berisi ais.

Air mineral dan ais, RM2

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Seafood carbonara pasta

Banyak juga pilihan menu pasta. Saya pilih seafood carbonara pasta less spicy. Pasta dia spaghetti. Malas nak pilih extra spicy, risau nanti pedas sangat pula. Less spicy okaylah rasa dia taklah pedas sangat. Pedas dia dari chilli flakes je.

Seafood yang segar, 2 ekor udang, sotong ring besar tu dan kupang ditutupi dengan spagettti bawah tu. Rasa sos carbonara yang pekat dan creamy sesekali disulami dengan rasa pedas sikit. Sedap! Sedap yang boleh makan gitu.

Seafood carbonara pasta, RM23

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Crispy fish & chicken chop

Encik suami berkenan dengan menu crispy fish & chicken chop. Ada fish dan chicken chop sekali bawah crispy fish fillet tu. Didatangkan sekali dengan kentang goreng, sos black pepper, sos cili dan mayonaise dan  salad coleslaw.

Fish dan chicken chopnya luar crispy, isinya lembut. Sos black pepper dia sedap tapi sikit tak cukup nak makan dengan fish dan chicken tu. Salad coleslaw tu saya tak rasa, saya suruh encik suami habiskan terus. 

cripsy fish & chicken chop, RM22

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Dua-dua hidangan tu kami kongsi makan separuh-separuh. Dapatlah merasa, kecuali coleslaw je saya tak rasa. Kedua-duanya sedap lah, tak mengecewakan.  Puas hati. Harga pun standard.

Best makan di Kafe Kebun Dusun Pak Din ni. Sambil makan sambil menikmati alam. Ubat nyamuk juga dipasang berdekatan supaya pelanggan tak bergaduh dengan nyamuk. Kipas pun ada disediakan juga. Kotlah panas boleh buka kipas tu.

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Menjelang gelap, mentol lampu dinyalakan. Cahaya pun samar-samar yang tadi terang bertukar cahaya romantik mentol.

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Hampir waktu maghrib jomlah pulang. Jangan lupa bayar di cashier. Ni view dari cashier.

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu
mentol yang berbeza di ruangan cashier

Dari cashier kami melalui ruang jalan tengah ni menuju ke jalan keluar Kafe Kebun Dusun Pak Din. Kalau jalan terus bawah tu ada ruangan lagi. Tapi kat situ untuk ruangan orang sambut birthday, anniversary atau ada acara lain gitu.

Macam best juga sambut birthday atau anniversary di sini. Kena roger-roger merekalah di instagram Dusun Pak Din. Tengok mereka buat dekorasi pun cantik. 

Selain tu di kawasan bawah tu ada haiwan ternakan macam ayam, itik, angsa, kucing dan arnab. Kalau bawa anak-anak tu dapatlah main kejar-kejar dengan haiwan tu.

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Ruangan parkir dia luas, tak gaduhlah nak cari parkir. Mungkin kami sampai masih awal kot. Waktu balik baru saya ambil gambar ni. Di sini ada kemudahan surau dan tandas juga. 

Makan Malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Kesimpulannya, makanan di sini ok sedap dan suasana dia tu mahal. Kena datang awal untuk mudah parkir dan boleh pilih nak duduk dimana. Lagi satu kalau datang awal baru buka ni service dia pun lajulah sikit.

Kalau peak hour dan ramai orang saya rasa mesti dapat makanan tu lambat sikit. Tapi mereka ramai pekerja, taklah lambat sangat kot kan. Di media sosial saya tengok pun sentiasa meriah ramai orang datang makan malam di sini. 

Kalau ke Port Dickson tu boleh cuba makan malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din ni salah satu tempat makan menarik yang aesthetic.

Lokasi Kafe Kebun Dusun Pak Din

Lot 1372, Jalan Haji Kamit Kampung Baru Si Rusa 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan PD, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi

Buka setiap hari kecuali hari SELASA TUTUP dari jam 6.00 petang sehingga jam 11.00 malam