Kisah makanan lagi. Ini jelah modal yang ada untuk blog. Cerita lain tak ada. Minggu lepas nak beli kek butter di Kek & Chai tapi kek butternya habis. Takkan kita nak balik dengan tangan kosong. Baiklah tengok-tengok apa yang menarik untuk dibeli.
Tengok dalam peti ais ada chocolate cake cheese tornado. Belilah satu daripada tak beli lansung. Teringat makan kek masa tu. Lepaslah buat teringin makan kek kononnya.
Bekas pun comel je besar bekas tau fu fa tu. Style berniaga kek zaman sekarang letak dalam bekas plastik. Senang orang nak membeli buat rasa-rasa gitu. Sebekas ni RM13 kalau tak silaplah.

Lepas dah beli, saya simpan dalam kulkas. Esoknya baru makan sebab dah makan kek batik batella tu dulu. Tak tergamak pula nak makan kek banyak-banyak sekaligus. Makan kena berpada-pada bukan makan sekaligus macam tak ada hari esok.

Esoknya saya makan, topping chocolate ganache dia lembut tak keras. Tapi bukan cair. Baru keluar kulkas tu tu, ingatkan keras. Rupanya tak. Sedap betul dengan cream cheese lembut halus, kek coklat pun moist je.
Peminat chai, teh berempah tu bolehlah cuba. Nanti kena datang lagi sebab nak beli kek butter. Nak rasa. Kek butter dia macam sedap je sebab terlajak laris cepat habis. Ada juga menu lain, boleh juga dine in di situ.
28 Comments
Ada juga tengok videonya lalu di TT tapi tak pergi pun lagi. Chai capati di paroi pun x sampai lagi
ReplyDeleteTakpe Ammi, dekat tu anytime boleh sampai. Chai Chapati Paroi pun dah pindah dekat tempat baru sebelah tu je dengan wajah baru. Lebih selesa katanya. Tapi tempat baru tu pun tak pernah masuk lagi. Pernah datang sekali je tempat lama tepi jalan tu.
DeleteTornado? Makan tak pening ke? hehehehe
ReplyDeleteHihi.. So far tak lagi uncle.
DeleteAlahai sedapnya la. Terliur pulak tengok. Harga memang seram kek2 jual sekarang ni. Harga barang naik jugak. Nak makan beli la jugak kan.
ReplyDeleteKann...seram tengok harga. Tapi kalau teringin memang beli je. Sesekali merasa.
DeleteNampak sedapnyer
ReplyDeleteYang ni sedap wak.
Deletesangat tergoda pijah punya choc ganache πππ
ReplyDeleteBukan saya buat tu kak Mieja. Saya beli.
Deletenampak vibe cafe betul cakenya.
ReplyDeletekitakan, tekak taktaula...
kita kureng betul topping atas tu, taktaula pehal. ahahaa suka kek bahagian spannya ja.
Saya pun kadang tak suka topping tebal tu. Tapi ada jenis kek boleh diterima lagi. Suka jugak kek span sahaja dan kalau topping nipis-nipis pun sedap dah kan.
DeleteMz tea lover tp black tea ajer..biasanya letak stevia dan lowfat milk
ReplyDeleteKalau chai ni tak minumlah kan.
DeleteSedapnya kek tornado cheese. Betul, tak boleh makan banyak², mujurlah ada kulkas, tahan lama disimpan untuk diulang².
ReplyDeleteJarang makan habis terus melainkan bekas tu lagi comel. Yang tu sekali makan boleh habis. Hihi...
Deletekek ni sedap..kalo makan x boleh berhenti..tapi mengenangkan sugar yg tggi...biar x beli...
ReplyDeleteMacam tu bagus, biar tak ada depan mata. Kalau ada depan mata nanti sukar dikawal. Kann..
DeleteAkk pun suka kek butter... Kalau yg coklat² ni bole la sesuap dua
ReplyDeleteKek klasik jugak yang sedap kan.
DeleteMenggoda rupa dia. Syu suka kek macam ni. Tapi mahal juga yer sebekas π«£.
ReplyDeleteYe, boleh tahan juga harganya. Tapi sebab sedap, kita lupakan kejap harga tu.
DeleteNampak berlapis-lapis chocolate cake cheese tornadonya tu Fizah.
ReplyDeleteIkut kajian, makan coklat boleh menggembirakan perasaan hihihii.
Ada 3 lapisan keknya, kek coklat moist, cream cheese dan chocolate ganachea atas sekali ditabur dengan chocolate flakes. Makan coklat memang buat kita gembira. Kadang² cravings tu bersebab. Mungkin juga tanda-tanda setiap bulan atau mood kurang ok nak makan manis-manis.
DeleteKSarie suka baca blog Fiza pasal makan-makan dan makanan sebab food its life begitu untuk KSarieπ Ada banyak tempat makan yang Fiza kongsikan KSarie udah masukkan dalam bucketlist untuk JJCM yang tidak tahu bila hendak direalisasikan tuπ
ReplyDeleteAwww...Mekasih KakSarie. Ya, food is life. Ada rezeki InshaAllah sampai tu nanti. Simpan dulu dalam list.
DeleteSelera ni kena layan..tak apa bukan selalu makan ...happy day for all..
ReplyDeleteYa, sesekali teringin makan. Bukan selalu. Tapi kena berpada-pada jugalah. Terima kasih.
Delete