Kisah makanan lagi. Ini jelah modal yang ada untuk blog. Cerita lain tak ada. Minggu lepas nak beli kek butter di Kek & Chai tapi kek butternya habis. Takkan kita nak balik dengan tangan kosong. Baiklah tengok-tengok apa yang menarik untuk dibeli.
Tengok dalam peti ais ada chocolate cake cheese tornado. Belilah satu daripada tak beli lansung. Teringat makan kek masa tu. Lepaslah buat teringin makan kek kononnya.
Bekas pun comel je besar bekas tau fu fa tu. Style berniaga kek zaman sekarang letak dalam bekas plastik. Senang orang nak membeli buat rasa-rasa gitu. Sebekas ni RM13 kalau tak silaplah.

Lepas dah beli, saya simpan dalam kulkas. Esoknya baru makan sebab dah makan kek batik batella tu dulu. Tak tergamak pula nak makan kek banyak-banyak sekaligus. Makan kena berpada-pada bukan makan sekaligus macam tak ada hari esok.

Esoknya saya makan, topping chocolate ganache dia lembut tak keras. Tapi bukan cair. Baru keluar kulkas tu tu, ingatkan keras. Rupanya tak. Sedap betul dengan cream cheese lembut halus, kek coklat pun moist je.
Peminat chai, teh berempah tu bolehlah cuba. Nanti kena datang lagi sebab nak beli kek butter. Nak rasa. Kek butter dia macam sedap je sebab terlajak laris cepat habis. Ada juga menu lain, boleh juga dine in di situ.
12 Comments
Ada juga tengok videonya lalu di TT tapi tak pergi pun lagi. Chai capati di paroi pun x sampai lagi
ReplyDeleteTakpe Ammi, dekat tu anytime boleh sampai. Chai Chapati Paroi pun dah pindah dekat tempat baru sebelah tu je dengan wajah baru. Lebih selesa katanya. Tapi tempat baru tu pun tak pernah masuk lagi. Pernah datang sekali je tempat lama tepi jalan tu.
DeleteTornado? Makan tak pening ke? hehehehe
ReplyDeleteHihi.. So far tak lagi uncle.
DeleteAlahai sedapnya la. Terliur pulak tengok. Harga memang seram kek2 jual sekarang ni. Harga barang naik jugak. Nak makan beli la jugak kan.
ReplyDeleteKann...seram tengok harga. Tapi kalau teringin memang beli je. Sesekali merasa.
DeleteNampak sedapnyer
ReplyDeleteYang ni sedap wak.
Deletesangat tergoda pijah punya choc ganache 😍😍😍
ReplyDeleteBukan saya buat tu kak Mieja. Saya beli.
Deletenampak vibe cafe betul cakenya.
ReplyDeletekitakan, tekak taktaula...
kita kureng betul topping atas tu, taktaula pehal. ahahaa suka kek bahagian spannya ja.
Saya pun kadang tak suka topping tebal tu. Tapi ada jenis kek boleh diterima lagi. Suka jugak kek span sahaja dan kalau topping nipis-nipis pun sedap dah kan.
Delete