Sudah lama teringin nak makan bubur pulut hitam. Haritu tak puas makan masa balik Segamat sebab dapat beli 1 je. Itupun rezeki dapat yang bekas terakhir. Bekas dia macam bekas taufu fa tu. Makan kongsi pula tu. Mana cukup kan.

Bubur pula sedap, dapat buat rasa-rasa je la. Nak membeli di sini tak tahu lah kat mana ada jual. Sebab teringin sangat, rajinkan diri buat bubur pulut hitam guna resipi mudah guna bahan-bahan asas je. Tak ada tambah bahan lain.

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap
latte art tu saya letak sticker je guna app picarts, bagitahu siap-siap

Saya rendam pulut hitam semalaman. Biar elok kembang dan cepat proses memasak nanti. Sukatan pun saya agak-agak je. 

Resipi bubur pulut hitam

Bahan-bahan

  • Pulut hitam (rendam sampai kembang sekurang-kurangnya 4 jam)
  • Air secukupnya
  • Santan (saya guna santan kotak kara 1 1/2 kotak)
  • Daun pandan
  • Gula melaka (2 ketul saiz sederhana. Kalau guna yang besar tu letak 1 je)
  • Gula pasir *sukat ikut tahap kemanisan yang dimahukan
  • Garam sikit

Cara penyediaan

  1. Didihkan air, masukkan pulut hitam yang dah direndam kembang
  2. Masukkan daun pandan, masak sampai pulut masak
  3. Masukkan santan, gula melaka, gula pasir dan garam
  4. Kacau rata sebati dan biarkan masak. Sesekali kacau untuk elakkan santan berketul dan cantik. Pastikan gula melaka cair sepenuhnya. Siap untuk dihidangkan.
Mudah je kan. Rasa lemak santan, manis buah melaka bergabung tu sedap. Pulut hitam pun lembut elok. Ada orang suka letak susu cair. Ada juga yang lepas masak tu nak makan curah lagi santan yang dah masak. Itu lagi sedap berlemak santan.  Ikutlah selera masing-masing. 

Saya suka guna yang bahan asas wajib letak je. Masak lebih sikit boleh simpan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk pun sedap.

Puas hati dan puas makan bila buat bubur pulut hitam sendiri. Tak ada hiasan daun panas atasnya sebab daun pandan habis guna masa rebus. Lupa nak tinggal buat hiasan. 

Nak ambil kat luar daun pandan tinggal berapa helai je, kecil pula tu. Musim panas ni daun pandan pun tak mahu membesar. Nak buat masak nasi lemak pun segan nak ambil.