Sudah lama teringin nak makan bubur pulut hitam. Haritu tak puas makan masa balik Segamat sebab dapat beli 1 je. Itupun rezeki dapat yang bekas terakhir. Bekas dia macam bekas taufu fa tu. Makan kongsi pula tu. Mana cukup kan.
Bubur pula sedap, dapat buat rasa-rasa je la. Nak membeli di sini tak tahu lah kat mana ada jual. Sebab teringin sangat, rajinkan diri buat bubur pulut hitam guna resipi mudah guna bahan-bahan asas je. Tak ada tambah bahan lain.
![]() |
latte art tu saya letak sticker je guna app picarts, bagitahu siap-siap |
Saya rendam pulut hitam semalaman. Biar elok kembang dan cepat proses memasak nanti. Sukatan pun saya agak-agak je.
Resipi bubur pulut hitam
Bahan-bahan
- Pulut hitam (rendam sampai kembang sekurang-kurangnya 4 jam)
- Air secukupnya
- Santan (saya guna santan kotak kara 1 1/2 kotak)
- Daun pandan
- Gula melaka (2 ketul saiz sederhana. Kalau guna yang besar tu letak 1 je)
- Gula pasir *sukat ikut tahap kemanisan yang dimahukan
- Garam sikit
Cara penyediaan
- Didihkan air, masukkan pulut hitam yang dah direndam kembang
- Masukkan daun pandan, masak sampai pulut masak
- Masukkan santan, gula melaka, gula pasir dan garam
- Kacau rata sebati dan biarkan masak. Sesekali kacau untuk elakkan santan berketul dan cantik. Pastikan gula melaka cair sepenuhnya. Siap untuk dihidangkan.
Mudah je kan. Rasa lemak santan, manis buah melaka bergabung tu sedap. Pulut hitam pun lembut elok. Ada orang suka letak susu cair. Ada juga yang lepas masak tu nak makan curah lagi santan yang dah masak. Itu lagi sedap berlemak santan. Ikutlah selera masing-masing.
Saya suka guna yang bahan asas wajib letak je. Masak lebih sikit boleh simpan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk pun sedap.
Puas hati dan puas makan bila buat bubur pulut hitam sendiri. Tak ada hiasan daun panas atasnya sebab daun pandan habis guna masa rebus. Lupa nak tinggal buat hiasan.
Nak ambil kat luar daun pandan tinggal berapa helai je, kecil pula tu. Musim panas ni daun pandan pun tak mahu membesar. Nak buat masak nasi lemak pun segan nak ambil.
12 Comments
Sedapnya, Fizah buat bubur pulut hitam sendiri je. Barulah boleh makan lebih sikit, yek. 😋
ReplyDeleteMeh datang rumah akak, daun pandan berlambak-lambak, sampai kena cantas, takut ular duduk kat bawah pokok.
Sedap dan puas makan masak sendiri. hihi..betul tu.
DeleteAla jauhlah pulak Kak Nur. Bagus tu cantas, risau bab cik u tu. Pokok pandan saya tanam dalam pasu, cenonet je. Tak tahu bila nak membesar entah. Musim panas pulak tu kan.
Bubur Pulut Hitam ni sedap makan panas atau sejuk. Masak sendiri memang puaslah makan berulang-ulang kan Fizah.
ReplyDeleteApa khabar juga pokok pandan belakang rumah kami. Adakah terima nasib yang sama.... kering layu di musim panas begini? Huurrmmm... tak sempat nak jengok hihihiii.
Betul kak Amie. Panas dan sejuk dua-dua sedap. Itulah tu, kena masak banyak sikit baru puas makan. Haa kena tengok tu Kak Amie. Risau jadi macam pokok saya, cenonet je tak mahu tumbuh elok.
DeleteEeeee. uncle suka ni! Nak nak bulan puasa!
ReplyDeleteSedap kan uncle. Favourite ni. Kena request kat aunty nanti.
DeleteKalau dapat tambah isi durian lagilah meletops
ReplyDeleteLagi sedap ye wak tambah isi duriana? Duriannya tak ada lah pulak. Kena cuba lain kali.
DeleteSusah nak cari orang jual bubur ni. Bulan puasa je selalu ada jual. Kalau teringin kena buat la. Bubur kegemaran Cie.
ReplyDeleteBetul, jarang orang jual. Kalau ada pun tak tahu kat mana kan. Itulah tu, sebab teringin teruskan rajinkan diri buat sendiri je.
DeletePandainya Fiza masak bubur pulut hitam. Akk suka bubur ni tapi tak pernah masak. Satunya sebab sorang je makan pun... Itu yg kalau teringin beli je la
ReplyDeleteKalau mudah saya bolehlah buat. Yang payah tu memang tidaklah. hihi...Kalau sorang je makan jenuh juga tu nak menghabiskan. Tapi okay je masak lebih sebab boleh simpan dalam peti ais, nak makan sejuk pun sedap.
Delete