Semakin meriah nampaknya Kuala Pilah dengan kedai kopi aesthetic dan instagrammable untuk kaki ngopi lepak dan chill. Bukan hanya tempat untuk mengopi, tempat untuk OOTD juga.

Itu yang menjadi tarikan utama sesebuah kedai kopi. Kedai kopi versi moden yang kini tumbuh bagai cendawan. Kena ada ciri-ciri easthetic, instagrammable, hipster dan suasana dia tu mestilah menarik. Contohnya di kampung, sawah padi, tepi laut, atas bukit dan sebagainya.

Tak tahu kat mana nak mengopi di Kuala Pilah? Sini saya kongsikan Kedai Kopi Aesthetic & Instagrammable untuk lepak dan chill yang pernah saya pergi. Kaki ngopi dan pencinta kafe boleh masukkan dalam senarai kedai kopi wajib singgah di Kuala Pilah.

Bolehlah ambil gambar cantik-cantik, OOTD dan menikmati kopi dan makanan yang sedap. Confirm tak menyesal.

5 Kedai Kopi Aesthetic & Instagrammable Di Kuala Pilah Untuk Lepak & Chill

1. Sokupi

Sokupi sebuah kafe yang baru beroperasi di Kuala Pilah pada awal tahun ini. Berkonsepkan minimalist dan industrial design. Sangat easthetic dan instagrammable untuk berOOTD sambil mengopi. 

Sesuai untuk lepak dan chill sebabnya vibes kampung. Tenang dan mendamaikan. Boleh lepak dalam suasana sejuk sebab ada penghawa dingin didalamnya. 

5 Kedai Kopi Aesthetic & Instagrammable Di Kuala Pilah Untuk Lepak & Chill

Menawarkan pelbagai jenis kopi dan non coffee. Juga ada makanan ringan seperti pastry dan kek. Yang pastinya croffle dia sedap.

Untuk maklumat lanjut dan gambar yang lain boleh baca dalam blogpost Sokupi Kuala Pilah.

Lokasi Sokupi: Lot 2869, Batu Satu, Jalan Seremban - Kuala Pilah, Taman Pilah Jaya, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

2. Dot Tiny Cafe

Kafe ni saya pernah singgah pada awal tahun 2023 yang terletak berdekatan dengan stesen bas Kuala Pilah. Mula beroperasi sejak hujung tahun 2022. Kafe yang comel di ruang kedai yang kecil. Mungkin sebab itu dinamakan Dot Tiny Cafe. 

5 Kedai Kopi Aesthetic & Instagrammable Di Kuala Pilah Untuk Lepak & Chill

Berkonsepkan minimalist, industrial dan nampak macam ala-ala scandinavian interior design. Menyediakan pelbagai jenis pilihan kopi dan juga pastry. Mini croffle sedap! Ada macam-macam topping. 

Boleh baca review mengopi dan menikmati croffle di Dot Tiny Cafe dan tengok gambar-gambar yang lain.

Lokasi Dot Tiny Cafe: Lot 3730, Jalan Muar, Kampung Kuala Dioh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

3. Senalingbucks Coffee by Ed's

Jika sukakan konsep suasana rumah kampung, boleh singgah mengopi di Senalingbucks Coffee by Ed's yang terletak di pekan kecil Senaling. Suasana di sini macam pekan cowboy. Dapat menikmati kopi macam berada di kampung gitu.

5 Kedai Kopi Aesthetic & Instagrammable Di Kuala Pilah Untuk Lepak & Chill

Selain menikmati kopi yang sedap, menu makanan juga berkonsepkan makanan kampung seperti lempeng, kuih sopang dan macam-macam lagi. Di bahagian atas tu boleh menikmati kopi macam di rumah sendiri. 

Nak tengok suasana dalamnya, boleh baca review mengopi di Senalingbucks Coffee by Ed's.

Lokasi Senalingbucks by Ed's: 41, Pekan Senaling, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

4. Bunga 59 Cafe

Bunga 59 Cafe berkonsepkan taman dengan suasana kampung yang telah beroperasi sejak tahun 2021. Salah satu tempat kegemaran saya untuk mengopi dan menikmati makanan yang sedap-sedap di sini. Ada banyak pilihan kopi dan bukan kopi untuk dinikmati.

5 Kedai Kopi Aesthetic & Instagrammable Di Kuala Pilah Untuk Lepak & Chill

Menu makanan di sini porsi dia tersangatlah besar dan sesuai dengan harga. Bukan hanya itu, apa yang saya pernah order mostly sedap-sedap. Itu sebabnya berkali-kali mengopi dan makan di sini.


Lokasi Bunga 59 cafe : Kampung Kuala Sungkak, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

5. Richiamo Coffee

Richiamo Coffee di Kuala Pilah sebelum ni dibuka di Laman Gentam Kuala Pilah pada hujung tahun 2023. Kemudian beberapa bulan kebelakangan ni berpindah di pekan Kuala Pilah berdekatan KFC.

5 Kedai Kopi Aesthetic & Instagrammable Di Kuala Pilah Untuk Lepak & Chill

Jika inginkan suasana yang selesa mengopi dan menikmati pelbagai jenis makanan berat dan ringan, bolehlah singgah ke Richiamo Coffee. Richiamo Coffee ni sudah berada dalam industri F&B sejak tahun 2015 dan semakin banyak cawangannya.

Baca kisahnya dalam post lunch di Richiamo Coffee Kuala Pilah

Untuk peminat kopi, kalau ke Kuala Pilah bolehlah singgah mengopi di 5 kedai kopi aesthetic & instagrammable di Kuala Pilah untuk lepak & chill yang saya kongsikan ni. Ini antara top rated kedai kopi yang menarik dan best pernah saya pergi.

Ada banyak lagi kedai kopi menarik untuk singgah mengopi. Akan datang kita pergi okay. Sambil menikmati kopi premium yang sedap, bolehlah ambil gambar cantik sekali berOOTD.