Harap tak bosanlah dengan cerita buah avocado di blog saya. Balik kampung haritu tak teringin pun nak ambil buah avocado sebab yang tinggal di pokok semua tinggi-tinggi. Susah nak ambil guna pengait yang ada. Pengait tak cukup panjang cerita dia.

Ingatkan nak bagi siapa, rupanya bagi saya bawa balik. Ini buah avocado batch terakhir, dah hujung-hujung nak habis dah. Tapi kali ni buahnya bersaiz besar-besar betul. Lebih besar daripada sebelum ni. Mungkin yang ni betul-betul membesar dengan baik.
Masa encik suami pangkas dahan pokok rambutan, mak mentua dengan gigihnya pergi pinjam pengait kat jiran. Tahu-tahu dah dibawa pengait tu ke pokok avocado. Nak tak nak, terpaksalah Encik Suami kait buah avocadonya. Saya keluar rumah, tengok dah siap dalam plastik dah.

Ingatkan nak bagi siapa, rupanya bagi saya bawa balik. Ini buah avocado batch terakhir, dah hujung-hujung nak habis dah. Tapi kali ni buahnya bersaiz besar-besar betul. Lebih besar daripada sebelum ni. Mungkin yang ni betul-betul membesar dengan baik.
Encik suami kata masa nak kait pun mudah je dia tangkai dia tertanggal dari dahan tu. IIngatkan dah masak. Rupanya tak. Masih keras belum masak lagi.


Nak buat spread roti macam tak lalu pula. Tengoklah apa yang kita boleh buat nanti. Tinggalkan sebiji dua cukuplah. Yang lain kita bagi orang je.

Dah banyak-banyak ni kita panjang-panjangkan berkongsi dengan orang lain. Sebiji besar macam ni boleh buat satu jug jus alpukat. Puas minum tu.

Nak buat spread roti macam tak lalu pula. Tengoklah apa yang kita boleh buat nanti. Tinggalkan sebiji dua cukuplah. Yang lain kita bagi orang je.
Buah kali ni meriah betul. Tapi tu lah tak ramai yang minat. Paling sedap pun pada saya buat jus je. Selain tu orang kata sedap buat spread roti atau jadikan salad. Olahan menu apa yang lagi sedap ek? Cuba kongsikan. Terima kasih.
4 Comments
Geram nya tengok avocado, mahal tau kalau beli. Hubby order dari Indonesia baru sampai tadi. Buka blog Fiza, nampak pulak avocado.
ReplyDeleteTry la macam2 resepi avocado, macam di bawah ni..
https://www.loveandlemons.com/avocado-recipes/
Tau takpe ... Kalau makan gitu tak pernah.....selalu minum jus nya sahaja
ReplyDeleteAkak biasa minum jus aje ..x pernah lagi buat menu lain..kalau makan dalam menu salad pernah...
ReplyDeleteUncle tak pernah makan buah ni... belum ada peluang...
ReplyDelete