Biasa kalau nak beli bag Charles & Keith, beli online je melalui website . Tapi disebabkan malas nak menunggu, terus pergi kedai je. Kebetulan hantar mak ke KL, singgahlah ke physical store Charles & Keith MyTOWN KL.

Mulanya nak singgah di IOI City Mall, tapi MyTOWN lagi dekat sikit. Kalau order online ambil masa lebih kurang seminggu macam tu sebab di pos dari Singapore. Paling cepat 3-4 hari. Alang-alang dah di KL, jomlah kita ke MyTOWN kejap. 

Pertama kali masuk store Charles & Keith di MyTOWN ni. Besar sikitlah dari IOI City Mall. Barang pun banyak. Tak ambil masa nak shopping sebab saya dah belek siap-siap dalam website. Jadi, tinggal membeli je di store.

Dari luar nak masuk kedai dah nampak beg yang saya nak beli tu, Calla Tote Bag. Tapi bukan warna yang saya nak. Tanya staff warna yang saya nak tu. Tak ada stok warna tu, tapi dia recommend warna baru. Betul-betul baru keluar hari tu. Belum masuk website lagi.

Beli Calla Tote Bag di Charles & Keith MyTOWN KL

Saya kata, nak tengok dulu lah. Inilah warnanya, espresso brown. Yang saya nak tu warna dark moss. Di rak ada warna oat. Menarik juga warnanya. Lepas membelek dan mencuba sambil tengok di cermin. Okay, saya proceed untuk membeli.

Beli Calla Tote Bag di Charles & Keith MyTOWN KL

Saya belum ada lagi jenis tote bag ni. Bolehlah guna di waktu yang sesuai dengan outfit yang sesuai. Boleh muat ipad, beg telekung travel, portable fan. Senang muat sekali masuk dalam beg gitu. 

Design tote bag ni trending ye. Inspired by jenama popular. Sekarang pun dah banyak tiruvasi design macam ni. Pilih je jenama mana yang disukai dengan bajet yang bersesuaian. Nak beli jenama yang mewah tu berganda-ganda pula bajet dia. 

Kita beli yang ni pun dah cukup dah. Jenama favourite bag buat masa ni. Design bag pun ikut trending. Suka tote bag ni sebab boleh digayakan dengan dua gaya.

Beli Calla Tote Bag di Charles & Keith MyTOWN KL

Satu gaya memanjang dan satu lagi ala dumpling gitu. Saya suka kalau digayakan jenis dumpling macam ni. Lebih comel. Didatangkan sekali dengan pouch dan ada tali yang boleh sangkut dalam bag untuk elakkan di curi.

Beli Calla Tote Bag di Charles & Keith MyTOWN KL

Closure jenis magnetic di tengah, tak ada zip. Jadi kalau bawa beg ni di tempat awam pastikan purse tu letak dalam pouch yang disediakan. 

Cantik warna espresso brown ni, warna dark moss pun cantik. Kalau ada dua-dua depan mata, mahu rambang mata nak memilih mana satu. Kann...