Orang lain awal-awal dah bancuh Tawau white coffee/ kopi putih Tawau pemberian blogger Kak Amie. Saya je yang lambat baru nak bancuh kopinya. Nampak gaya minggu ni macam rancak dengan cerita kopinya. Kena ikut giliran.

Wow! Tagline dia buat kita tak sabar nak rasa. Jomlah kita bancuh 1 sachet. 1 sachet 35g sesuai untuk bancuhan 1 mug sederhana besar. Saya punya mug kecil sikit. Jadi, tuang 1 sachet pun dah suku mug dah.

Tuangkan air panas. Tudiaa cantik warna kopi dia. Saya dah lama tak minum kopi 3 in 1. Dah lama juga tak bancuh kopi sendiri. Sedapnya bau kopi. Tuang air panas dah semerbak bau kopi. Tu yang buat lagi tak sabar nak rasa.

Tenang dulu, biarlah camera beraksi dulu. Ambil gambar dan lepas tu barulah kita boleh hirup kopi panas.

Selepas dikacau rata kopinya. Macam ada foam pula atasnya ala-ala kopi latte. Hirup perlahan-lahan. Fuhh...pekat dan kaw betul rasa kopinya.

Terang biji mata dibuatnya. Minum pagi-pagi ni hilang mengantok. Jangan minum malam, nanti tak pasal-pasal jadi burung hantu berjaga malam.
Sekarang giliran Tawau White Coffee pula. Kak Amie bagi 1 bungkus Tawau White Coffee yang dibeli masa bercuti di Tawau, Sabah.
Dalam satu bungkus kopi putih Tawau ni ada 5 sachets kopi 3 in 1 dengan taglinenya :
The genuine taste beyond words/ Rasa sejati hingga tidak terkata

Wow! Tagline dia buat kita tak sabar nak rasa. Jomlah kita bancuh 1 sachet. 1 sachet 35g sesuai untuk bancuhan 1 mug sederhana besar. Saya punya mug kecil sikit. Jadi, tuang 1 sachet pun dah suku mug dah.
Takpe, saya suka kopi yang pekat dan kaw. Barulah rasa kopi. Kalau cair tak feel rasa kopi tu.


Tenang dulu, biarlah camera beraksi dulu. Ambil gambar dan lepas tu barulah kita boleh hirup kopi panas.

Selepas dikacau rata kopinya. Macam ada foam pula atasnya ala-ala kopi latte. Hirup perlahan-lahan. Fuhh...pekat dan kaw betul rasa kopinya.

Terang biji mata dibuatnya. Minum pagi-pagi ni hilang mengantok. Jangan minum malam, nanti tak pasal-pasal jadi burung hantu berjaga malam.
Pertama kali cuba Tawau White Coffee ni. Rasa dia sedap kopi pekat yang kaw dan terasa pahit kopinya. Pada saya macam sedap lagi minum panas-panas. Sebab kalau dah sejuk sikit dia rasa macam manis sikit.
Terima kasih kak Amie bagi saya peluang rasa Tawau White Coffee ni. Sedap, pekat dan memikat selera.
16 Comments
Sy tiga hari berturut² bancuh TWC ni. Nampaknya kena simpan lama sikit yang lain tu, sayang nak habiskan. Sy setuju, kopinya pekat dan sedap.
ReplyDeleteKannn..pekat dan sedap betul kopinya. 1 sachet tu kalau bancuh 2 kali dalam cawan kecil pun okay juga rasanya kan.
DeleteSedap kak kopi ni....member org sabah kalau balik dari cuti memang dia ada bawak.... Paduuuu....
ReplyDeleteMemang padu baq hang. Kaw betul, cerah biji mata kalau minum ni.
DeleteHeheee....gara-gara tersalah ambil kopi yang disangka koko, sedap rupanya. Saya pun first time minum Tawau White Coffee. Bancuh panas dan bancuh sejuk. Dua-dua saya suka. Kalau ke Tawau lagi kena singgah di Cocoa Village, boleh beli di sini sebab Di LD menang tak jumpa. Pasarannya terhad.
ReplyDeleteAda hikmahnya kak Amie. Dapat juga kami merasa kopi sedap yang terbang jauh dari Tawau ke LD dan terus ke semenanjung. Maksudnya pasaran dia hanya di Tawau sahaja lah ye. Atau hanya di Cocoa Village sahaja.
Deletemesti baunya semerbak wangi....
ReplyDeleteItu sudah tentu kak Mieja. hihi...
DeleteKalau 3in1 memang kena minum panas², kalau sejuk tak lalu dah nak minum
ReplyDeleteKann...kalau sejuk tu hilang sikit nikmat rasa sedap kopi tu.
DeleteBetul, sedap 👍🏻
ReplyDeleteAkk baru bancuh 1 sachet, sayang pulak nak minum hari² sbb limited ahaha
Itulah tu, sayang pula nak dibancuh hari-hari. 1 sachet boleh buat 2 cawan kak.
DeleteRasa macam nak try jugak lepas baca entri ni....
ReplyDeleteSilakan mencuba uncle. Sedap kopinya.
DeleteSelamat mengopi
ReplyDeleteNampak cantik mug tu
Selamat sudah mengopinya wak. hihi...
DeleteTerima kasih wak.