Kerja Dari Rumah Dengan Hanya Menulis, Boleh Jana Pendapatan Dengan Blog Dan Social Media

Saya mula menulis blog tahun 2009. Masa tu tengah trend menulis blog sebagai diari online. Kurang lebih macam tu lah. Kalau dulu menulis blog untuk suka-suka. Siapa sangka, dengan hanya menulis blog boleh jana pendapatan juga. Kerja pun dari rumah je.

Siapa yang tak nak kan. Bolehlah buat duit poket tepi. Untuk pendapatan tetap setiap bulan tu macam jauh lagi perjalanan dia. Cuma boleh cakap, duit poket tambahan lah kiranya. Bolehlah buat atmbah-tambah duit belanja.

Dulu rajin juga buat product review. Sekarang dah kurang review blog. Banyak faktor juga nak review produk ni. Kadang ambil masa, kena guna dan kena ambil gambar. Lepas tu ada yang bayaran tak setimpal dengan kerja. Ada juga yang bayarannya berbulan baru dapat. Macam-macam hal.

Saya ambil produk review mana yang bersesuaian je lah. Sekarang saya lebih suka menulis sahaja tanpa ambil gambar. Kerja pun lebih mudah dengan hanya perlu membaca dan fokus pada menulis. Bayaran pun lumayan kalau ditukarkan kepada RM untuk satu artikel. Saya boleh cakap, ianya sangat berbaloilah.

Jana pendapatan dengan Intellifluence

Intellifluence ni satu platform untuk pempengaruh (Influencer) yang mempunyai media sosial untuk jana pendapatan tambahan. Boleh pilih samada nak cash atau produk atau kedua-duanya sekali. Platform yang ada sistem, mudah dan selamat.

Is Intellifluence legit? is intellifluence safe? is intellifluence real? Dulu saya rasa macam was-was juga. Dari intellifluence review, saya pun cubalah juga.

Saya kira ramai sertai intellifluence ni. Saya dah lama daftar cuma awal tahun ni saya baru explore intellifluence. Kawan-kawan blogger lain rasanya dah lama merasa duit dari intellifluence. Saya baru nak bertatih awal tahun haritu. 

Job pertama bulan Mac 2022 dengan nilai $100.00. Kalau tukar nilai duit Malaysia lebih kurang RM400 lebih bergantung pada nilai mata wang terkini. Proses bayaran ambil masa dalam 15 hari je. Bulan April saya dah dapat bayaran pertama masuk dalam akaun PayPal.

Dari PayPal transfer ke bank sendiri ambil masa 3 hari waktu bekerja. Jadi, lambat sikitlah dapat duit masuk akaun bank. Itu takpa, asalkan duit masuk. Setakat ni jumlah bayaran yang saya dah dapat dari Intellifluence sejak bulan Mac.


Job dia tak setiap bulan ada. Tapi kalau ada tawaran job mudah dengan menulis tu, grab cepat. Cepat buat kerja, cepat lah dapat duitnya. Begitulah konsep dia. 


Saya dah berjaya mencapai profile strength 100% dan dah kumpul 6 badges, Badge Influencer Intellifluence, Truster Influencer twitter, facebook, pinterest dan terbaru dapat badge medium audience Intellifluence. Masih jauh perjalanan nak capai Top Audience Malaysia. 


Cara nak sertai Intellifluence, hanya perlu daftar profile atau boleh tekan badge Intellifluence di sidebar blog saya dan masukkan segala maklumat dan juga link media sosial yang diperlukan.

Bila dah lengkap boleh create offer atau tunggu je intellifluence offers yang akan keluar di dashboard. Kemudian apply, bila dah approved boleh buat job mengikut apa yang diberikan dalam masa yang ditetapkan.

Buat entry dan publish, submit link. Lepas tu kalau tak ada masalah tunggu je duit masuk. Biasanya task dia mudah-mudah je. Rugilah kalau tak rebut peluang ni. Yang ada blog dan media sosial lain bolehlah cuba. Boleh juga jana pendapatan melalui instagram selain TikTok.

20 comments:

  1. Kalau tak terikat dengan kerja hakiki, nak jugak buat, risau tak boleh ikut dia punya terma & syarat nanti, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah ke kak. Biasanya job dia santai santai je menulis tak ada format..perlu masukkan info penting je :) cubalah..masa dia bagi pun lama.

      Delete
  2. Jom jom daftar! Seronok bila dapat bayaran USD ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sudah :)
      Kan..duit USD kalau convert RM lumayan juga.

      Delete
  3. banyak juga tu fiza! insya allah... sikit2 lama2 jd bukit nnt...

    btw, fiza buat lg ke 'make up' blog? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anies. Lama lama kita kumpul banyak lah.
      Maaf Anies, saya tak buat dah edit atau makeup blog.

      Delete
  4. MA pun baru tau & baru daftar...1st job tgh pending lagi

    ReplyDelete
  5. Ini bagus yang suka tulis.
    Semoga mencapai Top Audience Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, siapa minat menulis bolehlah cuba.
      Aamiin ya rabbal 'alamin...Terima kasih kak :)

      Delete
  6. Saya pun baru je tau pasal intellifluence ni dari Sislin. Lepas 2 job, agak susah jugak nak dapat peluang / job yang sesuai. Mungkin kena update lagi profile supaya byk lagi job yg sesuai masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lately macam kurang masuk job. Ada tu ada tapi tak sesuai kadang. Agaknya lah kot kena buat macam tu.

      Delete
  7. Dari dulu dok terfikir nak join ke tidak intellifluence ni sebab follower tak ramai. Socmed lain pun sendu. Mungkin dah sampai serunya

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Kann..banyak jugak tu untuk satu job. Job local pun tak banyak macam tu.

      Delete
  9. Alhamdulillah...
    ammi pun dah join dan lepaslah duit buat2 bayar duit buku anak..bawak anak gi tengok wayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmdulillah..dapatlah tambah sikit duit poket kan Ammi :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.