Teringin nak makan puding jagung. Sedapnya kalau dapat buat minum petang kan. Saya buat awal pagi, jadi petang nanti bolehlah makan. Saya guna resipi puding jagung paling mudah dan sedap, confirm jadi!

Resipi Puding Jagung Paling Mudah Dan Sedap Confirm Jadi

Dapatlah satu bekas puding jagung lemak manis kami makan berdua. Boleh buat stok untuk 2 hingga 3 hari juga ni. Simpan elok-elok dalam peti ais, tahan lama lah dia. Makan sejuk-sejuk barulah sedap.

Cara buat puding jagung berkrim berlemak dan tak manis sangat, bolehlah ikut cara ni. Tekstur puding dia pun lembut je. Ala-ala kaswi gedik gitu. 

Resipi dan cara baut puding jagung paling mudah dan sedap. Confirm Jadi!

Bahan-bahan puding jagung guna 7 bahan je

  • 1 tin jagung manis ala krim (sweet corn cream style)
  • 1 tin susu cair (evaporated creamer)
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 9 sudu besar tepung kastard
  • 9 sudu besar gula (kalau nak manis boleh letak lebih sikit)
  • 1 sudu butter
  • secubit garam
Resipi puding jagung guna sukatan yang mudah je. Tak perlu guna sukatan cawan bagai. Cara buat pun ringkas dan senang faham. 

Cara buat puding jagung

  1. Satukan semua bahan dalam periuk/kuali. Kacau rata untuk elakkan adunan berketul.
  2. Setelah kacau rata letak atas dapur dan hidupkan api. Gunakan api yang perlahan.
  3. Kacau sampai adunan pekat. Kalau pekat dan ada meletup-letup tu, dah boleh tutup api dan tuangkan terus adunan dalam bekas yang sesuai.
  4. Biarkan sejuk dulu, baru masuk simpan dalam peti ais.
  5. Agak-agak dah keras dan sejuk, bolehlah dihidangkan.
Kejadian puding jagung saya. Lembut dan lemak manis jagung terasa. Cuma potongan dia tak berapa nak estetik. Sebenarnya dia tinggi sikit tapi disebabkan dia lembut. Tak stabil nak berdiri. Jadi, saya potong sikit tebal dia tu. Barulah dapat dipotretkan dengan elok.

Resipi Puding Jagung Paling Mudah Dan Sedap Confirm Jadi

Biar rupa mu tidak ku kenang, tapi rasanya enak sekali. Sedap gabungan jagung manis, susu cair berkrim dan butter. Saya suka letak butter berbanding marjerin. Ada orang tambah santan juga. Tapi saya tak letak, saya suka versi macam ni. Ringkas tapi sedap.