Hujung minggu tak kemana-mana sebab encik suami demam. Duduk rumah je lah kita. Nak keluar pun malas. Teringin nak makan ayam gunting. Jadi, pesan guna grabfood delivery je lah. Pilih yang tak jauh dari rumah sebab nak cepat. Charge delivery pun murahlah sikit.
Saya pesan ayam gunting dan enoki goreng crispy, alang-alang ada dalam satu kedai. Setiap satu ada 4 pilihan tahap pedas dia. Tak pedas, mild, spicy dan extra spicy.
Walaupun kami sejenis pempedas (suka pedas) tapi tak pilih yang extra spicy. Risau pula kalau pedas nak mati. Nanti lansung tak habis makan. Jadi, pilih spicy sahaja.
Tak lama menunggu dalam 20 minit macam tu sampailah pesanan. Betul-betul cepat ni. Jarang sesingkat ini masa menunggu grab sampai.
Makanan sampai panas-panas lagi. Terus buka sebab nanti kalau berwap tu dah tak garing. Bagi camera makan dulu, barulah kita menjamu selera.

10 Comments
Bestlah tu dapat makan yang panas² dan masih crispy.
ReplyDeleteSemalam baru belikan Wafi ayam gunting kat gerai pasar malam. Sekeping RM10.
A'ah. Pilih yang dekat je. Harga pasar malam okay lagi tu RM10.
DeleteNampak sedap tu..ni ayam gunting yg kat depan 7E Megaway ke?
ReplyDeleteYang depan 7E Megaway tu sedap kak. Selalu gak beli situ. Ni tempat lain area Desa Rhu.
DeleteMemang kena makan pans² ayam gunting tu..baru sedap...Linda tak beli spicy,memang tak tahan pedas dia tu...beli biasa je..tu pun ada rase pedas² manja juga
ReplyDeletebetul tu. Dah sejuk dia jadi liat lansung kurang sedap rasa dia. Jenis tak tahan pedas, jangan berani makan yang pedas. Kadang level pedas dia lain macam.
Deleterezeki akak laaa dapat cepat..mungkin masa tu customer lain tiada yang order
ReplyDeleteItulah tu, rezeki dapat cepat juga. Agaknya lah kan.
DeleteNampak tu, sejenis pempedas pun tak tahan pedas. Memang ketara merahnya enoki crispy dan ayam gunting tu. Harga mahal sikit tapi bagusnya tak payah gohead kereta sendiri.
ReplyDeleteWarna merah tu nampak pedas menyengat.
ReplyDelete