Dalam perjalanan balik Seremban dari Kuala Lumpur ambil mak, kami singgah makan malam di Richiamo Coffee Pajam, Nilai. Tak ada idea nak makan kat mana. Sinilah kami singgah makan malam. Waktu dah hampir jam 9.00 masa tu.

Ada masa 1 jam lagi sebelum Richiamo Coffee tutup. Masa kamia sampai cuma meja je ada penghuni. Okaylah tu, tak lama sangat menunggu nanti kan.

Nampak dekorasi baru di Richiamo Coffee Pajam, Nilai ni. Tak tahu lah baru ke lama. Kali terakhir datang singgah makan tengah hari di Richiamo Coffee sini bulan Mac tahun lepas.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam, Nilai

Dah banyak juga perubahan dekorasi, semakin meriah. Macam biasa encik suami buat pesanan di kaunter. Saya dan mak duduk di tempat pilihan berdekatan dengan dinding kaca telus cahaya.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam, Nilai

Siap ada dekorasi untuk sambutan birthday lagi. Tak pernah nampak pula cawangan lain ada dekorasi birthday ni. Menarik juga kan sambut birthday di sini ada dekorasi birthday.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam, Nilai

Tak lama menunggu buzzer pun berbunyi. Pesanan kami siap semua sekali. Senang sekali ambil je di kaunter. Macam biasa saya pesan set nasi daging salai asap which is daging salai masak lemak cili api.

Tengok rupa daging salai asap kali ni macam kurang menarik. Rasa dia agak kurang sikit. Macam santan dia kurang sikit. Sebelum ni makan di sini menu ni okay je. Maksudnya tak konsisten lah kan. 

Kecewa sikit tapi saya makan je. Hidangan saya, camera makan dulu.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam, Nilai

Encik suami pesan set nasi daging hitam dan mak mentua pilih nasi lemak daging rendang. Nasi lemaknya tak ada, ganti nasi putih. Gambar tak ada sebab tak nak kacau mak mentua makan, nanti lambat pula.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam, Nilai

Hazelnut latte saya tetap tak dilupakan. Mana boleh tanpa dia. Di Richiamo Coffee Pajam Nilai ni masih maintain mengekalkan cawan warna putih. Di tempat lain warna hitam. Latte art yang kemas can cantik. Rasa dia tentulah kopi yang sedap. Terima kasih barista yang buat air kopi sedap ni untuk saya.

Terubat sikit kecewa dengan daging asap salai tu tadi. 

Sedikit info yang saya dapat dari AI overview, Richiamo (Ri-KEE-AH-MO) maksudnya memikat atau menarik perhatian dalam Bahasa Itali. Dalam konteks Kafe, Richiamo Coffee menggunakan nama ini untuk menunjukkan bahawa mereka menawarkan kopi premium yang berkualiti dan lazat yang akan menarik pelanggan untuk mencuba dan kembali lagi.

Ya, itu benar. Berkali-kali sudah saya datang kupi-kupi di Richiamo Coffee beberapa cawangan.