Petang semalam dapat whatsapp dari courier akan hantar barang. Dah sampai barang, dapat pula gambar yang telah selamat dihantar. Bagus courier ni letak bungkusan di sebalik tembok tempat yang tersorok.
Kadang courier ni dia main letak je dalam pagar dengan terang-terangan nampak parcel. Ada juga courier yang suka baling depan bonet kereta. Macam-macam gaya courier ni. Janji barang sampai dengan selamat tanpa rosak.
Besar betul bungkusannya. Berat pula tu. Entah apa yang ada di dalamnya. Hadiah ni kiriman daripada blogger Kak Amie sempena saya jadi salah seorang top komentator blog beliau.
Saya pun tak sangka tersenarai sekali, padahal terpaling corot tu. Benar, rezeki tak pernah salah alamat. Alhamdulillah...

Marilah kita unboxing hadiah daripada blogger kak Amie. Dalam bungkusan, ada bungkusannya lagi. Beg woven dengan ucapan Terima kasih. Saya nampak motif bunga-bunga disebalik beg woven tu. Saya ingatkan baju motif bunga-bunga.


Bungkusan pertama


Bungkusan kedua

Kain batik
Kain batik motif pua kumbu kalau tak silap saya lah. Cantik gabungan pelbagai tona hijau, hitam, putih dan coklat. Naik motif batik tu.Fridge magnet
Fridge magnet Rumah Terbalik di Sabah. Diperbuat daripada kayu asli dan ukirannya menggunakan kaedah laser. Cantik sangat seni halus ukiran rumah terbalik ni. Rumah tu timbul ye.Tawau White Coffee
Wah, sebagai penggemar kopi saya teruja dapat kopi dari Tawau ni. Tak sabar nak bancuh kopinya nanti.Beg duit manik
Comel beg duit dengan hiasan manik diluarnya. Manik dijahit kemas dengan motif apa, saya pun kurang pasti.Cantik gabungan manik warna putih, merah, dan hijau berlatarbelakangkan manik warna hitam. Begnya tebal boleh tahan juga.
Beg bulat besi berzip
Beg bulat biru tertulis Brunei Darussalam tu saya tak pasti bekas untuk letak apa. Permukaan atas bawahnya besi dan ada zip. Luarnya ada gambar masjid. Bekas untuk letak apa ek? Mungkin kak Amie tahu boleh tolong jawabkan. Hihi...Terima kasih banyak-banyak kak Amie sudi menghargai komentator dan berkongsi rezeki dengan kami semua. Semoga bertambah-tambah rezeki kak Amie sekeluarga dengan segala keberkatan. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
Saya suka ke dapur kak Amie sebab banyak makanan yang sedap. Tak dapat makan, dapat tengok pun jadilah. Mostly banyak hidangan yang rare kak Amie masak yang tak ada di semenanjung ni.
2 Comments
Kalau Linda,bekas bulat besi tu,buat isi brooch kecik².. hihihi
ReplyDeleteWahhh macam macam ado.... Tahniah....cantik cantik hadiah nya
ReplyDelete