Buntu betul nak masak apa untuk sarapan pagi ni. Scan kejap apa yang ada kat dapur tu untuk dimasak. Bihun dah masak semalam. Takkan bihun lagi. Okay ada stok mi sedaap goreng perisa asli. Jadi kita buat sarapan mi sedaap goreng je lah. Mudah dan cepat siap.
Walaupun dalam bungkusan tu semua dah disediakan, tetaplah kita masak juga dengan cara menumis. Itu lagi sedap berbanding dengan cara penyediaan dibungkusan.

Masak mi sedaap goreng cara saya
Didihkan air dan rebus mi sampai lembut. Angkat dan toskan. Panaskan minyak sikit, tumiskan bawang besar dan 2 ulas bawang putih. Bawang hiris halus je, malas nak menumbuk harini. Saja guna sebiji sebab suka bawang banyak, lagi sedap.Bawang putih, ketuk je dengan pisau. Tumiskan kedua-dua bawang sampai naik bau. Tambahkan sambal geprek sebab malas nak tumbuk atau potong cili api. Masukkan sayur baby kailan kebetulan tinggal stok sikit dan pecahkan 2 biji telur.
Masukkan mi yang dah direbus tadi, kacau rata. Barulah masukkan segala perencah yang ada dalam bungkusan tu. Kena letak juga, kalau tidak tak sedap. Saya tambah lagi kicap pekat sikit. Gaul rata sampai mesra alam semua bahannya.
Dah masuk dalam pinggan baru tabur kriuk kriuk nya. Jangan lupa hidangkan bersama telur mata goreng. Masak mi sedaap goreng untuk sarapan je. Tak ada bekal untuk Encik Suami hari ni sebab hari Jumaat. Lepas solat Jumaat dia akan makan diluar dengan rakan sekerja.
Selain perisa asli, saya macam pernah nampak perisa ayam krispi. Tapi tak pernah cuba lagi. Sedap ke?
10 Comments
yums sgt!!
ReplyDeleteAlhamdulillah..nyummylicious.
DeleteSedap kan masak macam ni...akak pun ada stok maggi sedaap kat rumah..kalau buntu x tau nak makan apa senang buat macam ni je...
ReplyDeleteA'ah, sedap masak macam ni. Saya suka. Betul, wajib ada stok boleh masak bila tak tahu nak masak apa dah.
Deletesama la kita kadang pagi-pagi termenung fikir nak sarapan apa
ReplyDeleteMasalah sejagat orang perempuan begitulah. Hari-hari pening fikir nak masak apa. huhu...
DeleteAkk pun kalau masak megi gini, tetap tumis dulu. Lagi sedap rasanya
ReplyDeleteKann...Lagi sedap ditumis.
Deletesy jarang makan mi segera tp kalau mkn dari dulu smpi laa ni cuma makan megi kari je... hehehe so mmg tak tahu apa rasa mi segera dari brand2 lain ;-)
ReplyDeleteSeriouslah Anies? Betul-betul setia pada mi maggi kari ni.
Delete