Senarai Hotel View KLCC Twin Tower

Bermalam di hotel bukan sekadar untuk bermalam sahaja. Bagi mereka yang menitik berat kan percutian yang menarik, sudah tentu akan memilih hotel yang selesa, bersih dan menarik terutamanya view luar yang menarik.

Jika berkunjung di Kuala Lumpur dan ingin bermalam di hotel berdekatan KLCC dengan view KLCC yang menarik, berikut senarai best view KLCC hotel yang juga merupakan hotel best area KLCC yang popular. Ada hotel murah dengan view KLCC, hotel swimming pool view KLCC, hotel KLCC view with bathtub dan juga apartment view KLCC.

Boleh buat kira-kira mengikut bajet masing-masing. Sesekali macam best juga kalau bermalam di hotel Kuala Lumpur sambil menikmati view KLCC Twin Tower.

best view klcc hotel berdekatan klcc

Senarai best view KLCC hotel dan hotel best area KLCC

1. Hotel Corus 

Hotel Corus merupakan hotel 4 bintang yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Lokasi yang strategik di tengah bandar Kuala Lumpur berdekatan dengan KLCC Twin Tower / Petronas Twin Tower. Antara hotel murah dengan view KLCC yang cantik bermula dengan harga RM230.

hotel view klcc hotel corus

2. Tamu Hotel & Suites

Tamu Hotel & Suites bertaraf 4 bintang terletak di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru Kuala Lumpur yang berjarak 1.7km dari KLCC Twin Tower (Menara Berkembar Petronas) yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan berjalan kaki.

hotel view klcc tamu hotel

3. Hotel Traders

Traders Hotel Kuala Lumpur merupakan hotel mewah bertaraf 4 bintang dengan swimming pool dalam bangunan. Lokasi terpaling strategik boleh access ke Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas (KLCC Twin Tower) dengan berjalan kaki dalam masa 10 minit.

hotel view klcc hotel traders

4. Mandarin Oriental

Hotel mewah 5 bintang yang terletak di antara KLCC Twin Tower dan the lush gardens of Kuala Lumpur City Park. Lokasi yang strategik dengan tempat-tempat menarik sekitarnya seperti Pavilion mall.

hotel view klcc hotel traders

5. Grand Hyatt

Hotel mewah bertaraf 5 bintang yang popular dan antara the best hotel di Kuala Lumpur. Hotel Grand Hyatt juga hotel yang strategik dengan view KLCC Twin Tower yang agak dekat dan berdekatan dengan Pavilion Mall.

hotel view klcc grand hyatt

6. The RuMa Hotel & Residences

The RuMa Hotel & Residences bertaraf 5 bintang terletak berdekatan dengan KLCC Twin Tower di nombor 7, Jalan Kia Peng Kuala Lumpur. Ia Seperti apartment mewah berkonsepkan seperti rumah.

hotel view klcc the ruma

7. W Hotel

W Hotel, sebuah hotel mewah yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur bertaraf 5 bintang. Berdekatan dengan Suria KLCC Mall, Aquaria KLCC dan Metro Station.

hotel view klcc w hotel

8. Banyan Tree

Banyan Tree hotel terpaling mewah yang terletak berdekatan dengan Pavillion Mall dengan permandangan view KLCC Twin Tower yang menarik. Hotel exclusive yang cantik serta mewah dengan pelbagai jenis kemudahan.

hotel view klcc banyan tree

Dapat bermalam di Banyan Tree ni tak keluar bilik pun takpe. Habiskan masa di bilik saja menikmati permandangan indah. Bilik mahal-mahal ni rasa rugi kalau hanya untuk bermalam je. Haruslah habiskan banyak masa di didalam bilik.

note : photo credit to the respective owner

16 comments:

  1. Kalau dapat menginap kat pokok banyan tu rasanya taknak balik
    Tapi tak mampulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang taknak balik lah cerita dia kan wak..Tapi itulah, rakyat marhaen macam kita mampu tengok je dulu. Pasang cita cita dulu. Mana tahu ada rezeki nanti.

      Delete
  2. Replies
    1. Saya pun teringin juga :) Harap ada rezeki kita merasa.

      Delete
  3. setuju part yg last tu...kalau bayar mahal2..memang dok dlm bilik je la baru berbaloi kan. he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Baru berbaloi bayar mahal. Duduk menikmati cuti² dalam bilik je.

      Delete
  4. mmg best kalo dpt view klcc tp rege pn mmg cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali nak merasa juga stay hotel ada view KLCC kan. Itulah tu, harga pun cantik lah juga..huhu...

      Delete
  5. Betul, kalau di Banyan Tree tu rugi keluar bilik. Haha
    Akak pernah menginap di Tamu Hotel tu je, tapi dapat sipi-sipi view KLCC. Nak yang menghadap betul, kena tambah duit upgrade bilik. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..Rasa ralat kalau tak dihabiskan masa dalam bilik. Tamu Hotel pun menarik. Kalau nak book kena request view yang cantik sebab tak semua bilik menghadap betul betul view klcc. Charge tu dah tentu ada. Ada modal bolehlah kan sesekali :)

      Delete
  6. Wah semua pun saya tak pernah stay. Maybe sebab boleh dikatakan nampak KLCC hari-hari on the way gi kerja. Tapi kalau ada pelawa tidur di Banyan tu, tak tolak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lagilah. Tak pernah lansung stay hotel di KL ni. Hehe... Mesti dah muak dah tengok KLCC. Kalau dipelawa jangan ditolak. Merasa juga duduk hotel kayangan.

      Delete
  7. Saya pernah stayed yg traders, Mandarin oriental, dan corus. Tapi Mandarin oriental saat itu masih kuliah lagi dan menginap di sana karena papa yang bayar 😂. Sukaaaa dengan 3 hotel yg menghadap ke twin towers ini. Semoga kalo nanti ke KL lagi, bisa mencoba hotel lainnya yg view menghadap tower.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh..beruntung ada pengalaman stay di hotel view klcc tu. Next time boleh cuba stay di hotel lain pula kan :)

      Delete
  8. wishlist aida are tamu hotel & traders hotel.
    belum berkesempatan, fiza.
    stay 2 malam, then round KL, gonna be fun, kan.

    dulu kala pernah buat. stay Impiana.
    jalan2 sekitar tu. masa tu anak2 aida kekecik lagi.
    wajib repeat :) hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua² hotel cantik. Hotel Trader tu macam dekat lagi dengan view KLCC. Harap ada kesempatan rezeki dan masa nanti. A'ah betul tu Kak Aida. Boleh playing tourist naik hop on hop off bus tu sekali dengan anak-anak cipta kenangan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.