Header Ads


Bab 6 : Jun 2022

Tiba-tiba dah bulan Jun. Bulan Mei yang penuh dengan segala mak nenek urusan. Raya sakan tak sampai seminggu pun. Bertabahlah bila otak dah serabut dengan macam-macam hal. Bila jiwa kacau ni faham-fahamlah, buat apa pun serba tak kena.

Okay, mari lupakan hal bulan Mei. Masuk bulan Jun dengan semangat baru. Harap boleh bawa bertenang sikit. Yang penting bulan Jun, birthday month kesayangan hati hamba. 

Awal bulan June 2022, June Holiday 2022 dimulakan dengan hari Gawai. June long weekend 2022 pula menyusul pada 4, 5 dan 6 Jun (Sabtu, Ahad dan Isnin). Bolehlah sambung cuti raya. Ehhh..dah lebih sebulan dah. Ke masih ada lagi open house?

Raya tahun ni tak pergi mana-mana open house pun. Jemputan pun nan hado. Last pergi kenduri kahwin anak buah awal raya haritu je lah. 

June holidays 2022

1 Jun (Rabu) : Hari Gawai (Sarawak)
2 Jun (Khamis) : Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
6 Jun (Isnin) : Hari Keputeraan YDP Agong (Semua Negeri)
19 Jun (Ahad) : Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)

kalendar jun 2022

Maaf, masih belum sempat beraya di rumah kawan-kawan blogger. Nak kata lemau makan kuih raya, tak! Nak kata sibuk sangat, tak jugak! Mood tercampak jauh ke laut dalam tiba-tiba. Ke writer's block? Entahlah..tak ada jawapan yang pasti. Depression? Oh tidak!

Masih mencari rentak lama untuk back on track. Terima kasih masih sudi singgah dan tinggalkan komen. Harapnya Jun kembali cemerlang, gemilang, terbilang.

20 comments:

  1. Biasa turun naik mood.
    Harap Fiza jumpa rentak dan semangat semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya lah kak. Nak hilangkan keserabutan ni agak payah.

      Delete
  2. Yeah...Jun yang Indah...sambut birthday sebulan macam sambut raya...hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah semestinya bulan fav akak kan, sebab birthday akak tak lama lagi. Ye betul, sambutannya sebulan macam sambut raya :)

      Delete
  3. Hello Juni..semoga Fiza baik2 aja..chaiyok!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga yang baik baik je. Aamiinn..Terima kasih kak.

      Delete
  4. Replies
    1. Betul tu kak, kejap je nanti dah hujung tahun. Tak terasa cepatnya masa berlalu.

      Delete
  5. sekejap aje dah nk masuk stgh tahun dah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mamapp, tahu tahu dah Jun dah. Bila sibuk macam tu lah kan.

      Delete
  6. oh next Monday cuti rupanya. nasib baca blog fiza..kalau tak naya je pak karim

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan segala urusan Fizah. Pejam celik pejam celik dah bulan 6 dah.. Ada 6 bulan lagi sebelum habis tahun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..terima kasih untuk doanya naniey.
      Sekejap je dah nak habis setengah tahun kan.

      Delete
  8. Pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan tahun! Semoga dipermudahkan urusan kak fiza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat masa berlalu, tahu tahu dah masuk Jun dah kan.
      Aamiin..terima kasih untuk doanya Nadia.

      Delete
  9. Dah tengah tahun dah kita.
    Semoga Fizah kembali bersemangat dan semuanya baik-baik saja. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis bulan Jun ni makanya dah habislah setengah tahun kita. Aamiin..Terima kasih Kak Nur :)

      Delete
  10. Moga terus cemerlang, gemilang dann terrrbilanggg 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin...
      Marilah kita bersama terus cemerlang, gemilang dan terbilang :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.